Umumnya kita selalu dengar, apa sahaja emosi yang dizahirkan diawal pagi akan mempengaruhi mood kita untuk sepanjang hari.
Lantaran itu, saranan daripada ustazah Asma Harun ini sebaiknya difahami dan dipraktikkan. Bukan sahaja memastikan untuk memulakan hari dengan emosi yang positif, malah harus dilakukan bermula dari saat penghujung malam.
Bagainana caranya dan apa yang harus dilakukan?
Ayuh hadam perkongsian ini.
Bagaimana kita mengakhirkan malam sangat mempengaruhi bagaimana tenang dan senang kita bermula pagi esok. Selepas Isyak;
1. Solat Taubat
2. Solat witir
3. Surah AlMulk
Panggil semua ahli keluarga berkumpul, ini sangat penting walaupun hanya dalam 5 minit tetapi mempengaruhi ikatan kasih mesra, boleh backup apa yang kurang, kesilapan atau rasa bersalah kita pada anak-anak. Baca sama-sama sambil menadah tangan umpama doa
1. Surah al Ikhlas 3x
2. Surah al Falaq 1x
3. Surah An Nas 1x
4. Ayat Kursi 1x
Tiupkan pada kedua tapak tangan dan sapu ke seluruh tubuh setakat yang mampu dicapai. Zikir dan cara ini adalah sunnah Nabi SAW.
Kemudian, salam dan peluk semua sambil minta maaf dan ucap terima kasih. SubhanAllah.. Memang indah sangat sebuah keluarga mengakhirkan malamnya dengan cara yang mendamaikan. Moga kita semua masuk Syurga sekeluarga, Aamiin.
*Terpulang kepada masing-masing untuk tambahan amalan.
Ustazah Asma Harun
sumber : Asma Harun