Masih ingat lagi sewaktu kecil dulu setiap kali kami adik-beradik demam, ibu akan cepat-cepat melumur dengan lendir dari daun lidah buaya atau lebih dikenali dengan nama aloe vera.
Ibu akan lulurkan pada umbun-umbun kepala, dahi, ketiak dan leher. Alhamdullilah, kami adik-beradik jarang ke klinik kerana selepas dilumurkan dengan lendir lidah buaya ini, suhu badan akan turun.
Caranya sangat senang :
Hanya patahkan daun lidah buaya
Buang kulitnya.
Masukkan lendir ke dalam bekas.
Campurkan sedikit sahaja air agar tidak terlalu pekat.
Petua ini sampai ke generasi kami adik-beradik masih digunakan apabila anak-anak demam dan pokok lidah buaya memang wajib ada di rumah kami.
Pokoknya senang membiak dan tidak sukar dijaga.
Kalau sukar untuk mendapatkan pokok ini, anda boleh dapatkan di farmasi.
Terdapat beberapa jenama yang menjual lendir ini secara komersial. Jadi wajibkannya dalam First Aid anda supaya dapat menbuat langkah awal jika anak tiba-tiba demam panas.
Ads
Selain daripada itu, banyak khasiat aloe vera ini yang secara tidak langsung akan kita dapat apabila memakainya seperti :
Untuk kulit yang cantik.
Dapat mengurangkan parut dia wajah dan badan.
Sebagai masker muka.
Mengurangkan kelemumur
Membantu merawat Ekzema
Di sini, terdapat beberapa jenama Aloe Vera yang boleh anda dapatkan di farmasi.
Sakit gigi antara tiga kesakitan tertinggi yang buat kita cukup menderita. Dapat mencabut gigi yang bermasalah sejak bertahun lama dulu umpama melepaskan bebanan yang tertanggung sekian lama.
Bagi mereka yang sudah mencabut gigi yang lama memberi masalah ini pasti terasa akan nikmatnya. Bebas dan tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata!
Jadi mengapa ada sesetengah daripada kita, terutama sekali para suami enggan setiap kali diajak ke klinik gigi? Takut..itulah yang menjadi punca pada diri kita. Bila suami merungut atau kita sendiri yang mengalaminya, ubat tahan sakitlah ubatnya.
Namun ada baiknya kali ini kita cuba pula petua tradisional yang dikatakan cukup mujarab dalam menghilangkan masalah sakit gigi. Anda juga boleh tidur lena!
1. Lemon Panas
Ambil secawan lemon panas dan minum airnya ketika masih panas atau suam. Asid dari sebiji lemon membuatkan kita merasa tenang selain bertindak balas pada gigi yang sakit. Nak hebat lagi, ambil lemon dan letakkan pada gigi yang sakit.
2. Garam Kasar
Tak perlu fikir panjang, ambillah garam kasar yang bersaiz besar dan letakkanlah pada gigi yang berlubang. Jika bukan berlubang, kumur sahaja dengan air garam dan biarkan seketika. Dengutan kuat pada gigi buat sakit reda. Kena buat!
3. Bunga Cengkih
Ia umpama ubat bius bagi masalah gigi. Kunyah sahaja dan jadikan seperti snek ringan. Herba dengan kandungan eugenol ini bertindak seperti ubat pelali dan bius. Jadi sakit dapatlah dikurangkan. Kunyah sahaja tanpa banyak soal!
4. Teh Pudina
Mungkin bersifat sementara namun ia sangat membantu. Teh hitam yang pekat memiliki tanin astringen yang membantu menghilangkan sakit dan meredakan bengkak dengan pantas. Manakala teh pudina pula sesuai digunakan untuk berkumur. Kedua-dua jenis teh ini sangat membantu. Anda juga boleh gunakan uncang teh yang suam dan tuamkan pada gigi yang sakit.
5. Bawang Merah
Bagi yang boleh mengunyah bawang merah mentah dengan jayanya mungkin tidak punya masalah. Ketika sakit gigi datang menyerang, kunyahlah bawang merah beberapa minit atau sehingga sakit kian reda. Bawang memiliki antiseptik yang boleh mengawal sakit gigi. Ia memberi kelegaan dan meredakan sakit.
6. Lada Hitam
Campurkan lada hitam bersama garam kasar dan tumbuk untuk dijadikan pes. Kedua-dua bahan ini mempunyai antibakteria, anti-radang dan pelali yang cukup baik meredakan sakit pada gigi. Letakkan pes ini pada gigi yang sakit dan biarkan beberapa minit. Buat ini setiap hari dalam masa beberapa hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahan, beku jenazah bayi perbuatan penganiayaan, menyalahi hukum syarak. Pada dasarnya syari’at kita, menganjurkan menyegerakan pengurusan jenazah, memandikan, mengkafani, menyembahyangkan dan menguburkannya.
Tahan, Beku Jenazah Bayi Perbuatan Penganiayaan, Menyalahi Hukum Syarak
Baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan tindakan sebuah hospital swasta yang didakwa ‘menahan’ jenazah bayi selama dua minggu disifatkan sebagai suatu penganiayaan yang menyalahi hukum syarak.
DR Mohd Hapiz Mahaiyadin. FOTO Ihsan UITM.
Menurut pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin (memetik laporan Harian Metro) menyimpan jenazah di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu adalah tidak wajar kerana ia menyebabkan kelewatan pengebumian jenazah yang sepatutnya disegerakan jika tiada sebarang keuzuran.
“Tindakan penahanan disebabkan menunggu si bapa untuk menyelesaikan kos bersalin ibunya bukanlah suatu keuzuran syarie (seperti kes pembunuhan, kemalangan dan sebagainya yang perlu dibedah siasat) kerana tuntutan kos itu boleh diselesaikan dengan cara lain.
“Dalam hal ini, ia menjadi satu penganiayaan fizikal yang menyalahi syarak yang tidak wajar dibiarkan berulang sekali lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, terdapat beberapa perkara berkaitan hukum syarak yang perlu dipertegaskan berhubung perbuatan menahan jenazah bayi berkenaan.
Jenazah bayi lelaki tidak cukup sifat selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam di Klang. FOTO Facebook Mr Wan Cai Official.
Menurutnya, jika bayi yang dilahirkan sudah berusia enam bulan dan ke atas, maka jenazahnya wajib dilakukan seperti jenazah orang dewasa iaitu dimandikan dan dikafankan, solat jenazah dan dikebumikan.
“Jenazah bayi berkenaan sudah melebihi usia enam bulan, jadi wajib disegerakan melainkan terdapat keuzuran seperti menunggu kedatangan wali (bapa, ibu atau penjaga yang sah) dalam jarak masa singkat yang mana dipercayai badan jenayah masih elok dan tidak berlaku perubahan (membusuk dan seumpamanya),” katanya.
Bagaimanapun katanya, ia boleh ditangguhkan jika terdapat keperluan (maslahah) yang kritikal seperti wujudnya keraguan tentang punca kematian atau tujuan bedah siasat dalam kes tertentu seperti pembunuhan, kemalangan dan sebagainya.
Sementara itu, berhubung dakwaan menghina fizikal bayi itu katanya, seorang Muslim perlu berakhlak Islam dengan menjaga lidah dan tangan daripada menyakiti orang lain.
“Tindakan menghina seseorang dalam semua keadaan adalah suatu yang menyalahi akhlak Islam.
“Kita seharusnya menjauhi daripada memaki, mencela, dan berkata tidak elok pada orang lain atau mengenai diri mereka,” katanya.
Kutu menjadi sebahagian masalah anak perempuan yang sukar dibendung. Tidak tahu di mana puncanya, secara tiba-tiba anak dihinggapi makhluk yang satu ini dan menggaru kepala setiap masa.
Rungsing pula dibuatnya bila anak mengalami masalah ini. Lebih-lebih lagi ia mudah berjangkit biarpun ketika mereka berada di sekolah.
Jika tidak dibendung, habislah satu rumah pula yang akan diserang kutu-kutu ini.
Selain mencuba rawatan dan ubat kutu khas yang dibekalkan oleh doktor, ada baiknya anda cuba beberapa petua tradisional ini. Ia sangat membantu!
1. Bawang Merah
Bahan:
5 biji bawang merah
Caranya:
1. Basuh bersih bawang merah.
2. Kisar bawang merah ini hingga halus.
3. Kemudian ratakan bawang kisar pada seluruh kepala. Kenakan pada kulit kepala dan kawasan sekitarnya.
4. Bungkus kepada dengan tuala bersih dan biarkan selama satu jam.
5. Bilas dengan air bersih.
6. Pakai syampu dan cuci rambut seperti biasa.
* Bau bawang yang kuat disertakan dengan gas-gasnya buat kutu tidak dapat bertahan lama dan akan keluar dengan sendirinya.
2. Bawang Merah & Minyak Kelapa
Bahan:
5 biji bawang merah
3 sudu makan minyak kelapa
Caranya:
1. Kisar bawang merah hingga halus.
2. Campurkan dengan minyak kelapa dan gaul sebati.
3. Sapu dan lumurkan pada kepala anak hingga rata.
4. Ambil tuala bersih dan tutupkan kepala. Biarkan selama satu jam atau lebih.
5. Kemudian basuh kepala dengan bersih.
6. Cuci dengan syampu biasa.
3. Cuka & Lemon
Bahan:
1 biji lemon
Sedikit cuka
Caranya:
1. Hiris lemon nipis-nipis.
2. Gaulkan lemon bersama cuka.
3. Lumurkan bahan ini kepada kulit kepala anak dan seluruh kawasan kepala.
4. Tutup kepala dan biarkan seketika selama 1 jam.
5. Bilas bersih dan cuci semula dengan syampu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.