Nak Selamatkan Keluarga Dari Gigitan Nyamuk, Kenalah Tanam Pokok Ni!

Share

Kali ini ibu-ibu boleh tersenyum lega sebab dengan menanam beberapa jenis pokok  dihalaman rumah boleh menghalau nyamuk daripada memasuki kediaman kita. Jika sebelum ini hanya dengan menggunakan racun serangga, dengan cara ini lebih bersifat semulajadi dan yang pentingnya bebas bahan kimia dan dalam masa yang sama laman kediaman kita menjadi lebih cantik dan menarik dengan adanya tumbuhan penghalau nyamuk ini.

Mungkin ada yang kurang rasa percaya, hanya dengan tanaman nyamuk boleh dihalau. Namun pengalaman tersebut memang benar-benar dirasai oleh puan Haida setelah menanam sejenis pokok bunga yang dikenali sebagai pokok bunga tahi ayam.

Ini Perkonsiannya.

Ini bunga Tahi Ayam. Baru beli semalam.

Subhanallah! Betullah petua tanam pokok ini mampu menghalau nyamuk.

Maghrib semalam sehingga maghrib hari ini walaupun pintu dikuak, nyamuk tidak menyerang masuk berpusu pusu seperti kebiasaan.

Tidak perlu sembur seperti selalu. Kawasan kejiranan ini, setiap rumah dipasang ‘mosquito net’ sebagai pemudahcara. Esok, bercadang mahu beli dua pokok Bunga tahi ayam lagi supaya hiasi kawasan belakang rumah.

Kos sepasu adalah seperti berikut:


 Pokok Rm8.
 Pasu Rm6
 Sekampit tanah Rm10 (dapat dua pasu)

Selain pokok bunga ini ada beberapa lagi jenis tanaman yang boleh dijadikan sebagai penghalau nyamuk secara semulajadi.

 

sumber : Haida Kamaruzaman via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri