Nak Sekolahkan Anak Di SJKC? Perkongsian Ibu Ni Boleh Jadikan Panduan!

Share

Pejam celik pejam celik dalam sedar tak sedar, rupanya kita menghampiri penghujung tahun. Berbaki beberapa bulan lagi ke tahun baharu dan tentunya anak kita akan  bertambah umurnya. Mungkin ada antaranya  akan menjejakkan keki ke bangku sekolah.

Pastinya dalam memilih sekolah, kita sebagai ibu ayah  mahukan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik.

Maka perkara pertama yang diberi perhatian adalah dalam membuat pilihan sama ada ingin menghantar anak di Sekolah Kebangsaan biasa, bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau sebagainya.

Berpandukan keputusan yang dibuat, ia akan menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil oleh ibu dan ayah bagi mempersiapkan anak-anak.

Tidak dinafikan juga, pasti akan timbul delima dan keraguan di hati, ada pro dan kontra sebagaimana yang telah dikongsikan oleh seorang ibu bernama Puan Farawahida Dzulkifli. Difahamkan dia  telah pun menghantar anaknya bersekolah di SJKC.

Jom semak apa katanya.


Ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Sekolah Cina or SJKC mesti korang rasa apa yang Sis Fa rasa kan?

First thing first. Kenapa Sis Fa nak hantar anak ke sekolah Cina ya?

Zaman Sis Fa muda dahulu Sis Fa lebih ramai kawan yang berbangsa Cina. Oleh itu Sis Fa memang bertekad untuk menghantar anak Sis Fa untuk mempelajari bahasa Cina. Sis Fa memang tidak tahu berbahasa Cina langsung.

Dari pengalaman Sis Fa lah lagi banyak pertuturan bahasa yang kita kuasai, lebih cerah dan lebih mudah untuk kita di masa hadapan.

Hebat bukan jika anak kita boleh berkomunikasi/ menguasai Bahasa Cina dengan fasih?

Bermula seawal umur anak Sis Fa empat tahun Sis Fa menghantar anak Sis Fa ke tadika Cina sehinggalah umurnya 6 tahun.

Tahun 2017 adalah tahun pertama anak Sis Fa menjejakkan kaki ke Tahun Satu. Nervous dan macam- macam perasaan ada tapi Sis Fa memang dah tekad untuk meneruskan pengajian anak Sis Fa ke sekolah Cina.

Tahun 2018 ini adalah tahun kedua. Alhamdulillah Sis Fa tetap teruskan. So far semua nya ok cuma biasalah kita sebagai ibu mesti risau kan jika anak kita susah dan masih tak dapat menguasai Bahasa Cina dengan baik.

Berikut adalah 9 dilema yang Sis Fa hadapi sepanjang dua tahun menghantar anak Sis Fa ke sekolah Cina / SJKC:

1) Bahasa/ Pertuturan
Bahasa dan Pertuturan mereka di sekolah semestinya Bahasa Cina sahaja. Risau juga nanti kalau anak Sis Fa terlupa pula bahasa Ibunda dia…KihKihKih

2)Pembelajaran
Semua subjek Pembelajaran mereka adalah dalam bahasa Cina kecuali BM, BI dan Agama. Pening juga tengok buku-buku sekolah anak Sis Fa.

3)Makanan/ Minuman
Sis Fa tidak menggalakkan anak Sis Fa untuk membeli di kantin sekolah. Lagi pun katanya tidak sempat sebab kena beratur panjang. Waktu rehat pula singkat kerana masa inilah mereka hendak makan lah, hendak ke tandas lah. Mesti bawa bekal setiap hari dari rumah.

4) Kawan/ Pergaulan
Anak Sis Fa lebih cenderung berkawan dengan murid Cina. Ada juga kawan lain yang berbangsa Melayu dan India. Biasalah anak Sis Fa suka berkawan dengan semua orang… Macam Sis Fa juga!

5) Belajar Agama
Setiap hari ada pelajaran agama tetapi result tidak memberangsangkan. Oleh sebab itu Sis Fa menghantar anak Sis Fa ke kelas KAFA setiap hari kecuali Hari Rabu.

6) Kelas Tambahan
Sangat perlu sebab tidak ada seorang pun di rumah yang boleh mengajar dalam bahasa Cina. Kalau ada kerja rumah yang tidak sempat buat atau terlupa bawa, biasanya Sis Fa akan cuba bantu dengan menggunakan ‘Google Translator’ atau pun meminta tolong kawan-kawan Sis Fa yang berbangsa Cina.

7) Mengaji

Belajar mengaji di rumah sahaja buat sementara waktu. Kadang sempat kadang tidak sempat pun.

Owh, Sis Fa dah dapat cari tempat mengaji dah… Kelas mengaji setiap hari selepas kelas KAFA dengan ustazah yang sama. Bila weekend Sis Fa akan ulangkaji Iqra dengan anak Sis Fa pula.

8 ) Hari Sukan /Mesyuarat PIBG
Biasanya mereka berkomunikasi dalam Bahasa Cina. Sepatah pun Sis Fa tidak faham. Biasanya orang sebelah akan jadi ‘translator’ lah.

9) Buku
Masalah buku banyak dan beg berat… Kadang-kadang kesiankan… Tapi hendak buat macamana.. Anak Sis Fa pun suka bawa semua buku ke sekolah…Hahaha..

Ini adalah apa yang dikongsikan oleh Puan farawahida setahun yang lalu di akaun fbnya. Bagi mengetahui cerita terkini, kami hubunginya untuk mengetahui cerita terkini pada tahun ini dan ini katanya.

“Alhamdulillah untuk tahun 2019, tahun ke – 3 anak saya di SJKC. Tahun ini jadual agak padat sikit. Ada kelas Wushu, ada Kokurikulum… Baru je minggu lepas pergi Mesyuarat PIBG, jumpa cikgu-cikgu setiap pelajaran tanya perkembangan dia. So far semua positive, ada peningkatan cikgu cakap dia ni smart, independent, sangat talkative.

“Bila cikgu – cikgu bagitau anak saya suka bercakap, talkative sangat dalam kelas. Bagus jugalah kan, boleh ada peningkatan Bahasa Mandarin dia tapi itulah kena pesan kat dia juga, masa cikgu mengajar jangan main- main, jangan berbual. Dalam hal pembelajaran, semua ok. Ada peningkatan, walaupun jadual setiap hari amat padat. Sabtu dan Ahad saya bagi dia rehat. Hanya ulangkaji sendiri di rumah.

“Bab makan dan minum, saya masih pastikan anak akan bawa makanan dan minuman dari rumah. Belajar Agama/ Mengaji: Kelas kafa selepas waktu sekolah dari jam 2.45pm-5.45pm. Lepas tu sambung belajar mengaji dengan ustazah kafa yang sama. Manakala kelas tambahan, tahun 2019 so far belum ke kelas tambahan. Ulangkaji sendiri dari rumah.

“Saya juga ingin berpesan kepada ibu ayah yang menghantar anak-anak di sekolah SJKC ini, pada Hari Sukan/ Mesyuarat PIBG Wajib hadirkan diri setiap tahun. Sebab masa ini lah kita jumpa cikgu – cikgu, ibu bapa dan kawan-kawan anak kita. Masa ni juga jumpa setiap cikgu untuk tahu perkembangan anak kita di sekolah.”

 

sumber : Farahwahida Dzulkifli 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club