Nak Segera Dijemput Jadi TetamuNya, Lakukan Amalan Ni!

Share

Mendengar ada kaum keluarga dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci, dengan sedirinya kita tumpang berasa gembira.

Apatah lagi jika diri sendiri dapat ke sana, bertambah gembira dan bersyukur rasanya.  Untuk itu, ketahui perkongsian ini.

CARA NAK ALLAH JEMPUT TUNAI HAJI

Tips ini bukan untuk riak, bukan tunjuk lagak tapi untuk Ajak.

Ramai yang cakap, sesiapa yang Allah jemput itu mesti ada duit simpanan yang banyak atau mencukupi untuk bayar pakej. SALAH!

Allah tak jemput siapa yang mampu..
TAPI..
Allah jemput siapa yang ingin ke sana
Allah jemput siapa yang rindu
Allah jemput siapa yang berusaha ke sana

Tanamkan dalam hati, pasangkan niat dalam setiap solat, setiap doa. Ada yang ajar, doa lah setiap kali kita berbuat baik sebagai contoh, ‘jika ada pahala dalam sedekah aku, Kau jemputlah aku untuk mengerjakan umrah’.. Bukan bermaksud kita berkira dengan Allah sampai meminta balasan. Tapi itu yang sebenarnya lebih disukai Allah bila hambaNya meminta kepadaNya.

Tambahkan lagi keinginan dengan melakukan langkah pertama iaitu melihat dan mengkaji selidik pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet. Untuk yang ingin pertama kali ke tanah suci, tak perlu pakej yang mahal atau hotel dekat atau umrah premium jika mampu untuk berjalan jauh sebab di sana kita akan banyak menghabiskan masa beritikaf di Masjid. Kecuali jika membawa ahli keluarga yang kurang kekuatan dan upaya untuk berjalan jauh, elok la mengambil pakej hotel dekat untuk memudahkan urusan.

Bila dah jumpa yang bersesuaian dan yakin, boleh terus mendaftar dengan membayar deposit. Seeloknya ambil tarikh yang panjang 6-9 bulan sebelum berangkat jika kuatir tidak mampu untuk mengumpul duit yang banyak sekaligus. Ada yang cakap, duit tak ada nak pergi umrah, belum cukup duit, tak mampu sebab pakej mahal.. Cakap kan doa.. Kenapa kita perlu doa yang tak molek?

Bila kita dah daftar, secara automatik kita akan ada rasa tanggungjawab untuk menabung, berjimat cermat.. Di situ lah Allah akan bantu bila Dia nampak kesungguhan kita..

Bila dah dijemput, Allah jentik hati untuk rasa rindu ke sana lagi dan lagi dan lagi

KERANA APA?

Bila disana kita lupa segala masalah
Bila disana kita jumpa ketenangan jiwa
Bila disana kita berebut tingkatkan ibadah
Bila disana kita pakat kejar pahala
Bila disana kita berusaha berubah
Bila disana kita belajar agama
Bila disana rasa dekat dengan Si Pencipta
Bila disana terubat rindu pada RasulNya

Buat kita tak mahu pulang menambah dosa bukan sebab kita lupa keluarga
Tapi buat kita mahu bawa seluruh keluarga bersama, menikmati apa yang kita rasa

Sumber: Sabariah Abd Majid