Pernah tak guna santan dalam kotak, tak habis digunakan pasti Kita simpan dalam peti sejuk terutama dibahagian beku kan.
Tapi sayangnya bila nak guna, nampak berketul- ketul bila dinyahbeku. Bukan itu je, kuah makanan juga nampak tak cantik. Seolah-olah santan tersebut sudah rosak.
Rupa-rupanya is bukanlah rosak malah boleh digunapakai dalam masakan selagi tidak masam, berbau atau basi.
Bagi mengatasi masalah ini, apa kata Cuba tip yang dikongsikan menerusi video TikTok Wan Norhasni Wan Han ini. Petua wanita ini membantu bagaimana nak pastikan supaya santan jadi elok cantik tak berketul-ketul.
Tip elak santan berketul:
1. Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan ia dinyahbeku seketika.
2.Kacau rata, bau dan pastikan ia masih elok tak masam atau basi.
Ads
3. Masukkan ke dalam bekas blender dan masukkan sedikit air panas.
4. Kisar halus seperti biasa.
5. Inilah hasilnya, sntan kembali cantik dan halus.
6. Bolehlah dimasukkan ke dalam kuah seperti biasa.
Bertuahnya badan! Siapa sangka gerai tepi jalan pun Agong, Permaisuri boleh singgah minum air kelapa.
Sifat merendah diri dan mesra dengan rakyat sudah sebati dalam diri baginda berdua sentiasa menjadi inspirasi rakyat Malaysia.
Semalam seorang remaja tidak menyangka bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika berniaga air kelapa berhampiran Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
Muhammad Aqmal Fiqrie Azrin, 16, dari Chenderawasih berkata, pada mulanya, dia hanya melihat kenderaan yang dinaiki baginda berdua serta kenderaan lain membuat pusingan U.
Namun tidak sangka kenderaan itu berhenti dan Raja Permaisuri Agong menurunkan cermin tingkap kenderaan bertanyakan air tebu.
“Saya cakap air tebu tidak ada hari ini (semalam) sebelum baginda berdua turun dan membeli air kelapa muda serta jeli kelapa.
“Ketika itu, secara tiba-tiba perasaan gementar datang tetapi saya dapat menjawab pertanyaan baginda berdua yang bertanyakan umur dan sekolah.
Katanya lagi, kebiasaannya kenderaan yang dinaiki baginda melalui jalan ini, namun kali ini baginda singgah sehingga membuatkan dirinya gementar.
“Namun, saya teruja kerana dapat bertemu baginda berdua yang cukup ramah,” kata anak sulung daripada tiga beradik.
Muhammad Aqmal Fiqrie Azrin berkata, pengalaman bertemu baginda berdua akan dikenang sampai bila-bila.
Menerusi Instagram Istana Negara memaklumkan bahawa baginda berdua dalam keberangkatan pulang ke Istana Abdulaziz dari lawatan kerja ke Ladang Yayasan Pahang di Gambang, Pahang.
Dalam kehidupan seharian, kita sering menjumpai orang asing yang mungkin tidak kita kenali, tetapi tindakan mereka boleh meninggalkan impak yang mendalam dalam hidup kita. Wira tidak semestinya berpakaian seragam atau memiliki kuasa luar biasa; kadang-kadang, mereka hanyalah wira harian yang menunjukkan kebaikan dan empati.
Sesiapa saja boleh menjadi wira tanpa disangka-sangka. Apabila berbuat baik yang dapat memberi manfaat kepada orang lain, itulah pengertian seorang wira yang sebenarnya. Membantu seseorang menukar tayar kereta, mengangkat barang berat atau meminjamkan telefon jika ada kecemasan, biarpun tindakan nampak biasa tetapi sebenarnya memberi impak kepada mereka yang dibantu.
Seorang individu boleh menjadi wira yang hebat sekiranya:
Tindakan Kebaikan yang Tidak Dijangka
Sering kali, tindakan kecil boleh membawa makna besar. Mungkin nampak kecil bagi individu yang melakukan kebaikan tapi untuk orang yang ditolong, impaknya sangat besar. Tindakan atau bantuan kecil seperti inilah yang membuatkan kita sedar, masih ada insan berhati mulia di sekeliling kita! Salah satu situasi mudah, ketika kita tertinggal dompet dan ada individu baik yang sanggup membayarkan barang kita tanpa mengharapkan kita pulangkan semula duitnya.
Menyebarkan Kebaikan
Apabila seseorang menerima kebaikan daripada orang asing, mereka mungkin merasa terinspirasi untuk menyebarkan kebaikan itu kepada orang lain. Ini mencipta satu kitaran positif, di mana setiap tindakan baik boleh menghasilkan lebih banyak kebaikan dalam masyarakat yang membuat kita bangga menjadi orang Malaysia. Dalam hal ini, seorang asing bukan sahaja menjadi wira bagi seseorang, tetapi juga menjadi pemangkin untuk perubahan yang lebih besar.
Jom Calonkan Wira Wonda Anda, RM10,000 Untuk Dimenangi!
Kopi Wonda ingin meraikan wira wira harian di kalangan kita yang sedia membantu tanpa memikirkan diri sendiri. Setiap kebaikan dibuat dengan ikhlas dan niat untuk memudahkan urusan orang lain. Hebat kan, bagaimana empati dan sikap prihatin seseorang untuk membantu orang dapat menjadikan dirinya seorang wira. Tanpa perlu ‘superpower’ pun seorang wira harian itu sebenarnya sudah menjadi insan hebat & dapat memberi inspirasi buat orang lain.
Adakah anda mengetahui sesiapa wira yang ikhlas membantu orang tanpa mengharapkan balasan?
Inilah masanya untuk anda calonkan wira harian dengan kongsi kisah-kisah wira penuh inspirasi yang harus diberikan penghormatan yang selayaknya di www.wirawondakita.com. Lima kisah wira terpilih akan berpeluang membawa pulang RM5,000 untuk anda yang mencalonkan & RM5,000 untuk wira anda. Serta, anda & wira akan diraikan di rancangan MELETOP pada 1 Oktober di Astro Ria (saluran 104).
*Tertakluk terma dan syarat.
Dengan diberikan gelaran sebagai WIRA WONDA KITA, mereka yang dicalonkan ini boleh diibaratkan sebagai wira harian yang sentiasa ada di saat kita memerlukannya. Bukan saja memberi pengiktirafan kepada barisan wira hebat, tetapi gabungan inisiatif ini diwujudkan bagi memberi penghargaan khas untuk wira-wira yang sentiasa sedia membantu masyarakat tanpa mengira waktu dan batasan, yang membuat kita bangga menjadi orang Malaysia.
Diinspirasikan oleh Wonda Kopi Kluang baharu. Cita rasa kita, wira kita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bergelar ibu bapa memang momen yang cukup indah dan dinantikan bagi setiap pasangan suami isteri. Lahirnya si kecil menyemarakkan kasih sayang dan menambahkan kemanisan dalam rumah tangga.
Begitu pun, dek kesibukan urusan kerja ada kalanya membataskan kita untuk meluangkan masa dengan anak-anak. Sementelah mereka sendiri sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah. Namun, jangan sampai anda tidak sempat mengisi momen indah melihat anak-anak membesar.
Jangan sampai tiada langsung kenangan bersama untuk diingati kelak. Anak-anak ini adakalanya bila sudah besar, enggan lagi bersama ibu bapa. Alasan sibuk dengan aktiviti sendiri.
Perkongsian dari cikgu Mohd Fadli Salleh cukup bermanfaat buat pedoman kita semua. Sebagai ibu bapa, biar sesibuk mana sekalipun anak-anak dan keluarga patut menjadi keutamaan.
Anak hanya rapat dengan kita hingga umur 12 tahun~
Suatu ketika, aku mengeteh bersama kawan-kawan hingga lewat malam.
Diantara satu sisipan kopi panas, sahabat ini mula membuka topik baru.
“Anak-anak kita ni, waktu kecil sahaja rapat dengan kita. Hingga darjah 6 sahaja. Selepas itu dia mula masuk ke sekolah asrama.
Makin jauh, dan makin renggang hubungan. Jumpa pun sebulan sekali. Itu pun kalau kita tidak sibuk.”
Kami bertiga mengangguk kepala. Seorang demi seorang mencelah memberi idea dan pandangan. Kesimpulannya, kami semua setuju dengan apa yang dia kata.
Benarlah. Walau anak itu tidak ke asrama sekali pun, dia dah meningkat remaja. Bila menginjak remaja, dia mula ada rahsia. Mula ada rasa ingin berteman. Mula rasa ingin ruang untuk diri mereka.
Biasalah, remaja. Kita pun pernah remaja kan?
Mereka mula pandai berdikari. Tidak lagi boleh didukung kita. Tidak lagi mahu main kuda-kuda. Tidak lagi berebut nak panjat atas belakang. Nak makan bersuap jauh sekali lah.
Sahabat ini, dulunya dia punya perniagaan yang berjaya. Sehingga satu saat, dia jatuh terduduk ditipu kawan sendiri. 6 bulan tanpa kerja, berfikir dan merancang untuk strategi bisnes seterusnya.
Bila tanpa kerja, sehariannya hanya di rumah. Menghantar anak ke situ sini, membantu anak membuat kerja sekolah, melayan apa jua permintaan mereka.
Penat. Tapi dia puas. Letih, tapi hubungan dia dan anak lebih berkualiti dan rapat.
“Agaknya Allah sengaja uji aku agar aku sedar dan beri peluang untuk aku lebih rapat dengan anak-anak,” ujarnya sambil menguntum senyum.
Kini dia mula melebarkan empayarnya sedikit demi sedikit. Makin kukuh dan berjaya empayar baru ini. Lebih gah dan besar berbanding bisnes dulu.
Tapi kali ini, dia sudah pandai bahagi masa untuk bersama keluarga dan anak-anak. Allah dah ‘tegur’ dia dulu, kali ni dia ingat.
Kalau kita ada anak kecil, luangkanlah masa bersama mereka walau sesibuk mana pun. Biar ada memori untuk mereka dan kita kenang dimasa akan datang.
Sekejap sahaja anak ini membesar. Jangan kita tersedar bila mereka telah pun pandai berdikari. Saat mereka telah pun meningkat remaja.
Masa itu kita akan rindukan anak kecil kita yang minta kita buatkan susu. Yang minta sapukan jem pada rotinya.
Jangan terlampau sibuk dengan dunia sehingga terlupa; harga anak itu jauh lebih bernilai dari dunia dan segala isinya.
Jangan sehingga anak itu membesar, hanya kenangannya dengan bibik yang kekal diingatan. Jangan!
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...