Nak Rumah Tangga Lebih Bahagia? Ini Sebabnya Mengapa Isteri Jangan Terlalu Berdikari!

Share

Kebolehan wanita bekerjaya menguruskan diri mereka sendiri sememangnya wajib dipuji.

Mereka bukan hanya bijak mengendalikan kewangan dan urusan sendiri, lebih hebat lagi golongan wanita hari ini berkebolehan malah berani mengendalikan selok-belok urusan rumah yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki.

Membayar bil rumah, membetulkan paip, menukar lampu malah kadangkala masalah singki tersumbat juga menjadi percubaan berani oleh sesetengah wanita hari ini.

Lebih hebat lagi ada golongan wanita muda hari ini yang pandai menukar bateri kereta sendiri tanpa perlu bantuan lelaki. Terlalu berdikari! Itulah yang boleh digambarkan perihal wanita kini.

Kebiasaan ini membuatkan wanita yang melangkah ke alam perkahwinan menjadi begitu menjengkelkan apabila diuruskan suami.

Mereka kekok kerana hanya terpaksa memandang dari jauh dan membantu secara minima. Namun inilah hakikatnya. Wanita perlu memberi peluang kepada sang suami untuk menunjukkan kemahiran yang mereka ada.

Beri Kepercayaan Pada Suami
Ahli psikologi terkemuka, Jay Carter menulis dalam sebuah artikelnya, wanita tidak boleh terlalu mengikut keinginan mereka dan memastikan semua perkara dalam keadaan baik dan sempurna seperti yang diinginkan mereka.

Katanya lagi, keadaan ini hanya akan merimaskan lelaki. Jadi berilah lelaki peluang kerana mereka juga serba tahu malah lebih bijak mengendalikan dalam pelbagai perkara. Lelaki nyata lebih relaks dan sedikit perlahan dalam melakukan kerja-kerja yang disuruh kerana mereka gemar melakukannya dalam waktu yang tenang dan santai.

Ajar Pasangan Peka
Memberi peluang kepada suami untuk melakukan pelbagai urusan rumah tangga juga membuka mata mereka supaya lebih peka dengan urusan di rumah.

Jika semua benda dilakukan secara sendiri, sedikit sebanyak anda sebenarnya sedang mengajar pasangan menjadi kurang peka

. Mereka secara perlahan-lahan belajar penolakkan yang diciptakan oleh anda sendiri. Akhirnya mereka langsung tidak ambil tahu akan perihal urusan rumah tangga.

Lebih Bahagia Buat Bersama
Bukankah semua perkara yang dilakukan bersama ternyata lebih indah dan bahagia. Apa sahaja aktiviti harian atau kerja yang boleh dilakukan bersama, sebaiknya masukkanlah sekali suami anda dalam aktivitinya. Urusan yang dilakukan bersama membuatkan hubungan jadi makin serasi.

Rasa disayangi, dihargai dan sokongan yang kuat ketika sama-sama membuat keputusan memilih membuatkan hubungan tambah akrab.

Membeli barangan basah di pasar misalnya, memilih ikan atau sayur segar menjadikan anda mencapai matlamat yang sama ketika membeli. Bukankah ia mengukuhkan lagi hubungan rumah tangga? Malah komunikasi anda bersama juga makin mantap.

Bukan ‘Superwoman’
Perlu diingat bahawa anda bukan ‘superwoman’. Sebijak mana pun wanita, anda bukanlah sekuat dan hebat dalam mengendalikan semua perkara. Jika kereta anda mengalami kerosakan di tengah jalan, panggilan pertama yang anda lakukan adalah tentunya sang suami.

Walau dia tidak dapat membantu kerana sedang bekerja, biarkan dia tahu bahawa andalah orang pertama yang diharapkan dalam apa jua masalah. Jangan sesekali cuba perbaikinya sendiri. Jangan tukar bateri kereta sendiri sekalipun anda mampu melakukannya!

Tahukah Anda?
Kajian oleh Universal Networks International bersama rakan penyelidik Synovate terhadap wanita Malaysia mendapati, wanita yang pandai berdikari tergolong dalam 10 ciri wanita menarik, bijak serta penuh pesona. Namun usah berlebih-lebihan!

Biarlah anda bukan hanya cantik, menarik, bijak dan penuh pesona tetapi juga bahagia kerana mendahului suami dalam segala kerja. Buat bersama-sama, itulah kunci bahagia!