Kebolehan wanita bekerjaya menguruskan diri mereka sendiri sememangnya wajib dipuji.
Mereka bukan hanya bijak mengendalikan kewangan dan urusan sendiri, lebih hebat lagi golongan wanita hari ini berkebolehan malah berani mengendalikan selok-belok urusan rumah yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki.
Membayar bil rumah, membetulkan paip, menukar lampu malah kadangkala masalah singki tersumbat juga menjadi percubaan berani oleh sesetengah wanita hari ini.
Lebih hebat lagi ada golongan wanita muda hari ini yang pandai menukar bateri kereta sendiri tanpa perlu bantuan lelaki. Terlalu berdikari! Itulah yang boleh digambarkan perihal wanita kini.
Kebiasaan ini membuatkan wanita yang melangkah ke alam perkahwinan menjadi begitu menjengkelkan apabila diuruskan suami.
Mereka kekok kerana hanya terpaksa memandang dari jauh dan membantu secara minima. Namun inilah hakikatnya. Wanita perlu memberi peluang kepada sang suami untuk menunjukkan kemahiran yang mereka ada.
Ads
Beri Kepercayaan Pada Suami
Ahli psikologi terkemuka, Jay Carter menulis dalam sebuah artikelnya, wanita tidak boleh terlalu mengikut keinginan mereka dan memastikan semua perkara dalam keadaan baik dan sempurna seperti yang diinginkan mereka.
Katanya lagi, keadaan ini hanya akan merimaskan lelaki. Jadi berilah lelaki peluang kerana mereka juga serba tahu malah lebih bijak mengendalikan dalam pelbagai perkara. Lelaki nyata lebih relaks dan sedikit perlahan dalam melakukan kerja-kerja yang disuruh kerana mereka gemar melakukannya dalam waktu yang tenang dan santai.
Ajar Pasangan Peka
Memberi peluang kepada suami untuk melakukan pelbagai urusan rumah tangga juga membuka mata mereka supaya lebih peka dengan urusan di rumah.
Jika semua benda dilakukan secara sendiri, sedikit sebanyak anda sebenarnya sedang mengajar pasangan menjadi kurang peka. Mereka secara perlahan-lahan belajar penolakkan yang diciptakan oleh anda sendiri. Akhirnya mereka langsung tidak ambil tahu akan perihal urusan rumah tangga.
Ads
Lebih Bahagia Buat Bersama
Bukankah semua perkara yang dilakukan bersama ternyata lebih indah dan bahagia. Apa sahaja aktiviti harian atau kerja yang boleh dilakukan bersama, sebaiknya masukkanlah sekali suami anda dalam aktivitinya. Urusan yang dilakukan bersama membuatkan hubungan jadi makin serasi.
Rasa disayangi, dihargai dan sokongan yang kuat ketika sama-sama membuat keputusan memilih membuatkan hubungan tambah akrab.
Membeli barangan basah di pasar misalnya, memilih ikan atau sayur segar menjadikan anda mencapai matlamat yang sama ketika membeli. Bukankah ia mengukuhkan lagi hubungan rumah tangga? Malah komunikasi anda bersama juga makin mantap.
Ads
Bukan ‘Superwoman’
Perlu diingat bahawa anda bukan ‘superwoman’. Sebijak mana pun wanita, anda bukanlah sekuat dan hebat dalam mengendalikan semua perkara. Jika kereta anda mengalami kerosakan di tengah jalan, panggilan pertama yang anda lakukan adalah tentunya sang suami.
Walau dia tidak dapat membantu kerana sedang bekerja, biarkan dia tahu bahawa andalah orang pertama yang diharapkan dalam apa jua masalah. Jangan sesekali cuba perbaikinya sendiri. Jangan tukar bateri kereta sendiri sekalipun anda mampu melakukannya!
Tahukah Anda?
Kajian oleh Universal Networks International bersama rakan penyelidik Synovate terhadap wanita Malaysia mendapati, wanita yang pandai berdikari tergolong dalam 10 ciri wanita menarik, bijak serta penuh pesona. Namun usah berlebih-lebihan!
Biarlah anda bukan hanya cantik, menarik, bijak dan penuh pesona tetapi juga bahagia kerana mendahului suami dalam segala kerja. Buat bersama-sama, itulah kunci bahagia!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kaji selidik menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak manfaatnya. Ia menambahkan keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri. Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!
Malah, tidur berpelukan juga menampakkan situasi yang cukup romantik. Tetapi ada yang mengatakan ia menimbulkan rasa rimas, panas dan macam-macam alasan lain lagi. Tetapi percayalah, selepas baca info ini, pasti anda akan tidur berpelukan mulai hari ini.
Nak tahu apa manfaatnya tidur berpelukan, nah baca ini:
1.Mencegah Stres
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu. Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
2.Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
3 .Tidur Lebih Nyenyak
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
4. Baik Untuk Jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
5. Bangun Penuh Bertenaga
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
6. Panjang Umur
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menerima hadiah kejutan di hari istimewa pastinya meninggalkan memori yang cukup manis dalam hidup.
Demikian juga dengan wanita ini apabila suaminya yang menghadiahkan seutas rantai emas dengan cara yang cukup berbeza dan tidak disangka-sangka.
Perkongsian ini dimuatnaik wanita berkenaan menerusi satu video di akaun TikTok @aien_suraya.
Rupa-rupanya sang suami telah menghabiskan seutas rantai emas yang ‘disorok’ di dalam kek hari lahirnya.
Malangnya hadiah tersebut hanya diketahui selepas tiga hari.
”Tarikh 3/2/22 potong kek, 6/2/22 jumpa hadiah dalam kek. Nasib baik terdetik nak makan, betul-betul surprise,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, dia juga hampir-hampir memberikan kek itu kepada jiran. Namun mujur anaknya menemui rantai emas berkenan ketika makan di bahagian tengah kek.
”Kebetulan masa potong kek hari tu separuh je makan, lepas tu simpan dalam peti ais selama tiga hari.
“Ni pun sebab anak dah korek makan kat tengah. Kalau tak, memang tak tahu ada emas”, ujarnya lagi.
Video berdurasi 12 saat itu telah meraih lebih 2.1 juta tontonan dan 52.2k tanda suka hanya dalam tempoh 48 jam dimuat naik.
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut melahirkan rasa gembira dan menitipkan ucapan tahniah kepada wanita berkenaan.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...