Rumah kemas, memang menjadi idaman semua orang. Apabila rumah dalam tersusun, tentu kita akan berada tenang apabila berada di rumah. Namun nak pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas, kita kena didik diri menjadi seorang yang displin termasuk anak-anak. Ia supaya memastikan rumah dalam keadaan kemas.

Untuk itu, nak pastikan rumah kemas ada caranya walaupun ada anak kecil. Sebagaimana perkongsian ini.

______________________________________________________________________

Sejujurnya rumah kita bukanlah sentiasa kemas dan teratur 100% perfect seperti dalam gambar yang kita tangkap. Betul tak? Tapi bukanlah disebaliknya rumah macam tongkang pecah lak apa yang saya nak sampaikan di sini ialah mesti ada sahaja aktiviti rutin harian kita bersama keluarga yang melibatkan anak2 kecik. Mustahil kita nak pastikan sentiasa kemas dan teratur kan?

Ads

Jadi di sini saya nak share sedikit apa yang saya buat di rumah bersama anak2 even saya masih lakukan homeschooling dengan mereka 

Nak Rumah Sentiasa Kemas Dan Tersusun Walaupun Ada Anak Kecil, Ikuti Perkongsian Wanita Ini.

1) 1st kita sendiri kena didik anak2 dari kecik(umur yang mereka dah boleh faham) supaya jangan conteng di dinding, tapi lukis atau tulislah di kertas. Bagi kertas pada mereka, belilah kertas atau buku kosong atau lg menarik belikan whiteboard besar. Baru anak2 rasa seronok nak lukis hasil kreativiti mereka. Pesan banyak kali, bila diorang terconteng jangan terus marah. Tapi puji cantiknya adik lukis, tapi kan best lukis kt kertas ni. Nanti mama boleh tampal kertas ni kt dinding banyak2

Ads

2) keluarkan mainan yang diperlukan sahaja(untuk ruang selain toys room) dan ajar mereka kemas balik mainan selepas main. Ini penting. Selalu pesan dan ajak mereka kemas sama2. Sebab nanti bila dibiarkan lama2, mereka dh terbiasa main sepah2 last2 dia tahu ada orang yang akan kemaskan. Jadi di sini kita kena didik mereka mainlah sepuasnya tapi yang penting kemas semula 

3) ajar anak2 untuk makan duduk dan lapik. Tak kiralah nak makan di mana dan apa, yang penting jangan makan berjalan2 dan lapiklah elok2 sekurang2nya dengan pinggan. Kalau mereka dah terbiasa makan bersepah2 nanti kita juga yang penat kena sentiasa sapu. Jadi proses tarbiyah bermula dari sini, adab makan pun terjaga 

Ads

4) selalu minta bantuan anak2 untuk sama2 kemas rumah dengan kita. Ini memang susah nak buat. Kadang2 lain disuruh lain dibuat kan tak apa, ajar mereka perlahan2. Nanti lama2 diorang sendiri akan pandai kemas rumah sendiri. Tapi janganlah bagi task yang berat2, cukup ajar mereka susun bantal, letak pinggan kotor dalam sink, lap meja, baju kotor letak dalam bakul dan lain2 *anak lelaki lagi kena ajar buat kerja rumah, nanti dah kahwin senang bini dia

5) Last but not least, tanggungjawab memastikan rumah kemas dan bersih itu adalah tugas penting kita sebagai ibu sebenarnya. Kalau kita pun jenis tak kisah mengemas, anak2 pun akan terikut dengan sikap kita. Macam saya kadang2 hampir setiap hari kena mop rumah. Lagi2 kalau faqih dah keluarkan playdoh dia, dia buat lak track car guna playdoh.. Memang menarik! 

Sumber: Nur Nazihah Abd Razak

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI