Melangkah kaki masuk ke dalam rumah, jiwa bertambah serabut melihat keadaan rumah yang semak dan tidak terurus. Ditambah lagi dengan susunan dan atur letak perabot yang tidak tersusun membuatkan kediaman yang kecil nampak lebih semak.
Nak cantikkan kediaman bukan bergantung pada berapa banyak barang yang dibeli atau berapa mahal barangan tersebut. Sebaliknya jika pandai menghias, kediaman yang kecil pun nampak menarik dan kemas.
Nak tahu caranya, jom kita baca perkongsian dari saudara Muhammad Arif Arif ini. Selamat mendekorasi!
“HOME SWEET HOME”
Rumah Condo di Sentul,Kuala Lumpur ini dikenakan gaya ringkas dan penggunaan warna ‘earth tone’ + elemen hijau bagi mewujudkan suasana relax dan santai dengan mengunakan tona warna yang tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap.
Sedia maklum rumah condo/apartment kebiasaanya akan mengalami masalah ruang terhad. Jadi, kita kena bijak menggunakan ruang seperti rak kasut tertutup untuk simpan kasut dan juga ‘mini store’, pengunaan meja boleh laras kepanjangannya (khusus untuk menerima tetamu) , katil yang boleh ‘transform’ dari katil ‘single’ kepada ‘queen’ dan lain2 lagi.
1)sentiasa kurangkan barang dari rumah lama untuk dibawa ke rumah baru barang yg xperlu jangan bawa (barang2 xpenting dan xguna boleh beri pada org, jual atau buangkan shj)
Mengikut kajian 60% rakyat malaysia mengalami masalah xcukup tempat simpan barang.. sbb xsuka buang barang😂
2)sediakan ruangan storan tertutup seperti (cabinet berpintu) supaya kita boleh sorok macam2 dalam tu 😬
3)didapur, bahan2 dan alatan masak seperti sudip, botol2 kicap, sos masukkan dalam satu bekas simpan didalam cabinet bila selesai memasak.
4)Bagi yang ada anak kecil, rumah korang XAKAN kemas ketika
mereka bermain, biarkan sahaja 🤣, selesai mereka bermain , kemas je..
By
Arif Latif
AL Decodesign