Kalau sudah namanya isteri dan ibu, memang segala kerja rumah terletak di bahu wanita ini. Baik kelengkapan anak-anak mahupun keperluan lain. Celik mata sahaja, sudah ada kerja menanti, rehat hanya diperoleh bila mana meletakkan kepala ke bantal. Namun, rutin itu akan disambung semula keesokan harinya.
Demikian lah perjalanan hidup wanita yang sudah berkahwin dan memiliki anak. Terutama sekali yang bergelar suri rumah. Nampak mudah namun percayalah, kepenatan yang ditanggung hanya Tuhan yang tahu.
Sebab tu, sebagai suami kena bantu ringankan beban isteri. Tak pandai buat kerja rumah bukan alasan, atau penat pulang dari pejabat tidak boleh diguna pakai untuk mengelak dari membantu isteri. Sedangkan isteri bersengkang mata dari awal dinihari membawa ke tengah malam, namun masih mampu bertahan. Justeru, dalam rumah tangga kena saling bertolak ansur dan membantu antara satu sama lain. Inilah yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin.
“Ayg, esok je la buat…”
Kaum isteri ni, xbleh disuruh sambung buat keje rumah esok hari sbb dia tak bleh dduk jika nmpk rumah bersepah, kain baju penuh bakul, mainan anak berterabur, pinggan mangkuk bersusun disinki, sampah tak buang lagi dan sebagainya…
Hatta dia dah dduk berehat tgok TV sekalipun, dia boleh tiba2 bgun dan cari penyapu, pegang mop, ambik kain buruk bilamana dia ternampak sesuatu yg masih tak bersih, tak kemas dan perlu utk di kemaskan…
Dia tak tunggu esok hari utk buat…
Ini bukan sejenis sindrom atau anxiety disorder…dia tak sakit, dia xde penyakit, dia cuma xbleh biar keadaan rumah mcm tu walaupun dia tahu dlm 5 ke 10 minit nnt, rumah pasti akan bersepah kembali sbb ada anak2…dan dia akan ulangi mengemas semula…over n over again…
Mcm tu la sifat dan tingkah laku seorang wanita dlm rumahtangga bila dh jd isteri dan mak2 ni…kita yg jd suami, rasa semakkan bila kita suruh rehat dia xnak rehat, still buat keje dan keje2 tu plak nmpk mcm xpenah hbis baginya…
No worries…
Tolong ringankan beban dia, tolong dia buat keje2 tu…bila dia dh “nampak” mcm xde keje, terus ajak dia kluar jalan2 di taman, shopping kompleks, bwk p pasar mlm atau mkn kt luar…
“Larikan” dia dari rumah…
Ini adalah masa yg dia btol2 akan gunakan utk “berehat”…dia perlu tinggalkan rumah utk berehat…jika dia masih didlm rumah, maka tiada rehat bagi diri seorang isteri dan juga ibu…?