Orang cakap nak rezeki bertambah kena layan isteri dengan baik. Betul ke? Nak lagi faham kena dengar apa kata Ustaz Don tentang hal ni.
“Keluarga bahagia mengundang barakah. Asas keluaga bahagia masing-masing menunaikan tanggung jawab. Be responsible
Allah akan melimpahkan rahmat Dia kerana keluarga yang ikut perintah Allah, maka Dia akan berikan berkat.Apabila banyak berkat, banyaklah pintu rahmat yang kita dapat.
“Namun masalah hari ini semua orang menuntut hak tapi tak nak buat tanggung jawab. Suami atau isteri nak hak tapi tak mahu tunaikan tanggung jawab. Begitu juga dengan anak atau ibu bapa tetapi masing-masing tak nak buat tanggung jawab.
Contoh terbaik dalam surah Al-Fatihah yang bermaksud, “Aku tunaikan tanggung jawab aku Ya Allah, beribadah kepada Engkau, barulah aku minta pertolongan kepada Engkau. Itu asasnya.
“Jadi kena buat tanggung jawab. Inilah yang akan mengundang berkat atau bahasa orang kita murah rezeki.
Sumber gmbar: IG husnazahry