“Macam mana nak buat sambal bilis yang sedap”. Pertanyaan sebegini selalu kita dengar kan?. Sebenarnya memasak sambal asasnya adalah sama sahaja. Tetapi kenapa sambal yang dimasak orang lain rasanya lebih sedap daripada yang kita masak. Mungkin cara dan bahan yang digunakan berbeza membuatkan sambal yang kita buat tak sama rasanya.
Sebarang aneka masakan bersambal memang enak dijadikan menu utama setiap hari. Tambah lagi dimakan bersama nasi mahupun dicicah dengan lempeng mahupun dimakan dengan lontong. Bagaimana menjadikan rasa sambal bilis yang lebih sedap?
Ibu Sambal Bilis Wangi
Jom ikut petua yang dikongsikan oleh cikgu Afy AL Habibi
ini.Masaklah berulang kali pun, hanya cara ini cikgu suka untuk rasa sambal yang istimewa. Wangiiii. Sekali cikgu buat mesti banyak. Sebab selain dimakan bersama dengan nasi lemak, cikgu akan buat jadi sambal sotong,udang, ikan, telur, paru dan banyak lagilah. Cicah cekodok panas-panas juga sedap. Regu dengan lontong pun terangkat!
Ikutlah resepi cikgu. Kalau isteri yang masak untuk suami dan anak-anak mesti mereka puji terlebih.
Tahan lama untuk stok
– tiga genggam cili kering saiz besar
(Direbus dan dibuang biji)
– 1 tangkai cili padi merah @ guna cili kering kerinting
(Tambah rasa pedas)
– 2 ulas bawang merah saiz besar
– 1 ulas bawang putih
– 1/4 bawang holland
– 1/2 genggam ikan bilis direndam
– 2 genggam ikan bilis digoreng rangup
– 1 inci belacan
– 2 sudu besar udang kering direndam
– 1 batang serai
– 1 simpul daun pandan
– dua kerek nisse
Cara membuat:
Kisar terlebih dahulu bawang dengan sedikit air.