Nak Resipi Bihun Soto Terbaik, Ikut Cara Wanita Ini. Lepas Makan Confirm Teringat!

Share

Hujung minggu begini, pasti akan ada saudara mahupun teman yang ingin berkunjung ke rumah kan. Sambil beraya boleh menikmati air tangan tuan rumah.

Jika ibu-ibu tak tahu nak sediakan apa hari ini, apa kata cuba Bihun Soto perkongsian Rozainie Zainal  yang sememangnya sangat sedap dan terbaik. Bak kata anak buahnya “Soto Mama Terbaik Di dunia”.

tip mudah untuk sediakan Bihun Soto Ini untuk Ibu-ibu. Yang penting  adalah rasa kuahnya itu. Kalau kuahnya sedap maka bihun soto anda sememangnya akan sedap. Tak caya jom cuba sendiri ikut resipi ini!


Hari ni zai nak share 1 of my KILLER RESEPI iaitu Bihun Soto..bukan nak cakap apa tapi kenyataan hihi..igauan kepada sesiapa yang pernah menikmatinya .Bak kata anak buah ” Soto mama terbaik di dunia “.. Zai bagi resepi ni so ikut bulat-bulat..ikuti step by step cara nak masak ni tau..Tips nya masak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan..Zai halalkan resepi ni dan semoga bermanfaat.

Resepi ni sukatan untuk 1 ekor ayam bersaiz besar

1.  Potong 4 dan bersihkan.

Bahan kisar :

Bawang besar 5 ulas (pilih saiz sederhana)
Bawang putih 6 ulas
Halia lebih kurang seinci setengah

Panaskan minyak.

Dalam peket Sup Bunjut Tulang Adabi ada benda-benda dalam pic ni..kejap lagi korang mesti faham kenapa.

Goreng dulu 5 sekawan tu sampai naik bau..faham dahh

Masukkan pula serai yang dah di ketuk dan bahan-bahan kisar tadi..tumis sampai naik minyak.

Bahan kisar dah naik minyak masukkan rempah kurma dan sup Babas. Zai tak bancuh dengan air rempah-rempah tu..Kalau korang takut rempah tu cepat hangit..boleh je bancuh dengan air dulu..

Bila rempah-rempah tadi dah naik minyak.. masukkan ayam dan gaul rata-rata.

Bila ayam dah agak kecut…masukkan bunjut dan sedikit air..gaul rata-rata lagi ya.

Ayam dah kecut jadi boleh lah masukkan air..bab air berapa banyak nak taruk..terpulang pada korang..kalau nak kuah sup pekat masuklah air sikit..kalau nak kuah cair masuklah air banyak..kalau zai..zai lebih suka kuah yang tak terlalu pekat atau cair..so so je..sederhana katanya..

Terjunkan kiub pati ayam berapa ketul nak letak ikut korang lah..karang kata concent pasal kesihatan lah..terlalu banyak perisa lah..ini lah..itu lah..so korang decide sendirI

Bila ayam dah masak keluarkan.

Bila ayam kita dah keluarkan..masa ni kuah sup dah kurangkannn..so top up air semula..boleh la letak garam dan Pak Aji..perisa dah sebati dan cun..tutup api.

selain bihun korang boleh jugak makan dengan mee kasar dan nasi impit.

Bahan aksesori

  1. Taugeh
  2. Duan sup dan daun bawang di racik
  3. Kacang tanah goreng.
  4. Bawang Goreng
  5. Isi ayam diracik

Tip: Nak goreng kacang tanah..masukkan kacang dalam kuali sebelum minyak panas..make sure api kecik.

Kuah kicap power melelehhh

Bahan-bahan:

Cili padi
Bawang putih
Limau nipis
Kicap lemak manis Cap Kipas Udang

Cara-caranya:

  1. Masuk minyak masak lepas tu terus masukkan cili padi dan bawang putih dan tutup dengan penutup.
  2. Goreng sampai hangus sikit, masukkan dalam pengisar, letak kicap dan perahan limau nipis. Kisar. Tak perlu letak air.

Semoga bermanfaat.