Nak Rebus Barli Memang Makan Masa, Jadi Buat Begini Elak Merebus Setiap Hari!

Share

Alangkah  sedapnya jika dapat menikmati air barli suam, atau jika inginkan minuman yang lebih menyegarkan pasti anda anak beranak akan berpuas hati andai dihidangkan menu sirap barli  atau air barli laici.

Dalam menyediakan minuman ini, diakui memerlukan masa yang agak lama untuk memastikan  barli yang direbus empuk.

Ini bermaksud, setiap kali hendak minum air barli, perlu direbus dalam tempoh yang lama terlebih dahulu.

Pun begitu, melalui Perkongsian Ana Mahabu ini, bukan sahaja berkongsi cara merebus barli dengan mudah malah turut berkongsi antara khasiat mengamalkan minuman barli ini. Jom hadam perkongsian ini.


Ni cara saya nak elak hari-hari rebus barli rebus 1 cawan barli bersama 3 cawan air, apabila barli dah masak lembut air rebusan dah pekat tutup api(guna api perlahan je) sejukkan dulu sebelum isi dalam bekas simpan dalam peti. Setiap kali nak minum ambil 2 sudu besar dan tuang air panas mendidih 1 gelas biar 30 minit baru minum. Sehari 2 kali minum.

Antara khasiatnya
1. Mampu kurangkan kolestrol dalam badan.
2. Mampu kurangkan berat badan, saya memang minum sekali makan biji barli dan saya sarapan boleh kenyang sampai tengah hari.
3. Mampu turunkan suhu badan ketika deman.
4. Sesuai untuk ibu mengadung mampu elak sembelit dan kawal gula dalam badan.
5. Sesuai untuk ibu menyusu(milk boster)
6. Kaya vitamin b dan kalsium.
7. Bermanfaat untuk mengubati batuk dan suara serak
8. Bagus untuk melancarkan rembesan
9. Melancarkan pembuangan air kecil (kesan diuretik)
10. Membersihkan bahagian-bahagian di dalam perut
11. Menghilangkan dahaga dan rasa panas (kesan refrigeran)
12. Mengandungi daya pengilap, pelembut dan penguraian

Caranya: Boleh juga ambil barli yang telah dihancurkan dengan sukatan tertentu dan campur air sebanyak 5 kali ganda, kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus dengan api yang seimbang hingga kira-kira tinggal separuh, selanjutnya tapis dan gunakan sesuai dengan keperluan.

Sesungguhnya ia (sup Barli) menyegarkan hati orang yang bersedih dan membahagiakan hati yang sakit sebagaimana salah seorang anda menghapuskan kotoran dengan air dari wajahnya.

Air rebusan Barli banyak mengandungi khasiat

Sumber : Ana Mahabu

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club