Cara bagaimana hendak dipilih sama ada menggunakan kaedah moden atau mengamalkan cara tradisional sekali pun, kedua-duanya dapat memberi kesan yang diharapkan.
Untuk itu, bagi yang ingin mencuba kaedah menggunakan bahan alami, di sini dihimpunkan untuk memudahkan anda mencubanya. Jom semak.
UNTUK RAMBUT
Bahan semula jadi rawat rambut gugur. Ia bukan hanya boleh dilakukan golongan berusia, namun juga sesuai dibuat golongan remaja sekerap yang mungkin kerana semua kaedah ini tidak mempunyai kesan sampingan memudaratkan.
Lidah buaya
Penjagaan rambut menggunakan pati lidah buaya sebagai bahan utama.
Ambil daun lidah buaya, potong bahagian tengahnya dan ambil lendirnya. Lumur pada rambut hingga rata. Urut kulit kepala dan biarkan lima minit. Cuci rambut hingga bersih.
Minyak kelapa
Minyak kelapa adalah perapi semula jadi yang dapat mencegah pertumbuhan rambut rosak.
Ads
Untuk mengatasi rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga mengenai seluruh kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas. Mengurut juga membantu peredaran darah menjadi lebih lancar.
Minyak zaitun
Mengurangkan kerosakan akibat penggunaan produk perapi atau pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia.
Sebaiknya gunakan minyak zaitun asli. Caranya campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur.
Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunakan syampu yang lembut.
Ads
Avokado
Membaiki kerosakan rambut. Ia bukan sekadar mengembalikan kilauan, memperkuat dan membaiki tekstur helaian rambut, malah mengubah rambut kusam menjadi lebih segar, beralun.
Caranya, lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu. Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun.
Daun inai
Khususnya dalam merawat masalah rambut serta kulit kepala. Cuba kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes.
Ads
Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Selesai tempoh berkenaan, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulangi langkah ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.
CUBA INI: Selain dijadikan minuman, daun teh juga boleh diaplikasikan dalam kamus cantik untuk menghaluskan kulit serta mencantikkan rambut.
Caranya; cuci bersih daun teh, masukkan ke dalam gelas berisi air putih. Tutup gelas dan biarkan semalaman. Keesokan harinya, campurkan air rendaman daun teh yang sudah ditapis dengan perahan limau nipis. Gunakan ramuan ini untuk membilas rambut setiap kali selepas bersyampu. Hasil rambut sihat bermaya pasti jadi milik anda.
CUBA INI: Pandan sering digunakan dalam masakan bagi mencipta aroma harum pada setiap hidangan. Selain itu, ia juga digunakan untuk tujuan kecantikan. Bagi yang ingin menghitamkan rambut, hiris halus daun pandan muda, rebus sehingga air berwarna hijau, lalu diembunkan semalaman.
Pada keesokan hari, campurkan air rebusan daun pandan tadi bersama perahan biji buah mengkudu. Sapu air tersebut pada rambut dan ramas perlahan-lahan selama 10 – 15 minit, kemudian bilas. Lakukan tiga atau empat kali seminggu.
Sumber : Ana Mahabu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mesti ramai yang suka minum jus sebab rasanya yang enak dan menyelerakan. Selain itu terdapat banyak khasiat yang tersembunyi disebalik kesedapan jus-jus itu untuk kecantikan dan kesihatan.
Ini sebagai mana pengalaman Puan Suhana yang mula mengamalkan minum jus sebagai usaha memastikan dirinya cantik di hari persandingan. Ikuti perkongsiannya.
Inilah jus kegilaan kak Hana sebelum naik atas pelamin. Ketika itu, risau sangat jerawat naik, kulit kusam, badan pun berisi dari biasa. Kemudian apa kak Hana buat, kak Hana mulai research dan tingkatkan pembacaan berkenaan kebaikan daun celery atau ada yang sebut batang sederi.
Banyak rupanya manfaat dia. Kak Hana blender daun celery itu sekali dengan epal hijau, rasanya masam dan sedap, me personally suka sangat. Blend then simpan dalam peti ais. Buat setiap 2 hari dalam jar besar. Juicy dan fresh!
Masa : Minum waktu pagi dan malam.
Apa yang kak Hana rasa radang jerawat ketika itu, makin surut, kulit badan lebih lembut, badan lebih ringan. Baju pegantin tak ketat, tak perlu tahan napas 3-10 round bila photographer shoot gambar.
Begitulah episod sebelum melangkah ke alam perkahwinan kak Hana lebih rajin menyediakan sendiri, now selepas bersalin ni, kak hana lebih suka amalkan jus kecur air. Kak Hana amalkan untuk lebih fokus masalah keremajaan dalaman wanita.
Ekstra Info Manfaat Celery
Sebatang celery mempunyai 10 kalori jadi sangat elok untuk orang yang nak berdiet.
2. Jangan tak tau, celery ini sedap untuk buat kudapan, berair sahaja rasa tekak.
3. Siapa yang ada masalah sembelit, susah sangat nak hadam, Kak Hana advice amalkan sayur ini sebab ada kandungan air dan fiber yang agak tinggi elok sangatlah tu. Korang boleh je buat salad, sup atau jus.
4. Dalam celery ni ada garam/sodium yang diperlukan oleh tubuh badan, tapi bukanlah bermakna dia sama dengan table salt tau, garam dalam celery bersifat natural.
5. Tahukah anda Vitamin A dalam celery ini baik untuk kesihatan mata, ia lindungi mata dari semakin merosot fungsinya akibat umur yang semakin meningkat.
Mengikut kajian: Amalan makan 2 batang celery setiap hari dapat singkirkan kolestrol jahat dan dapat turunkan tekanan darah sekiranya di makan mentah begitu sahaja.
sumber : Suhana Kamal Admi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai orang menghadapi masalah kekeringan pada bibir, malah mulut, bermula dari kekeringan biasa akhirnya masalah melarat menjadi luka dan kadang kalanya bernanah atau menjadi kuping (scaling).
Bibir yang kering lalu merekah dan menyebabkan luka mengganggu aktiviti seharian yang melibatkan bibir seperti senyuman, makan dan ketika bercakap.
Bibir akan menjadi kering apabila terdedah kepada suhu yang keterlaluan. Tidak kira sama ada ianya ianya suhu tinggi atau suhu yang terlalu rendah. Bibir boleh merekah dan menyebabkan ketidakselesaan. Bila keadaan ini berlaku, menggunakan pelembap bibir akan membantu mengurangkan kekeringan itu.
Kekurangan air (dehydration) yang sederhana juga akan menyebabkan bibir menjadi kering. Ramai yang menyangka dengan meminum air, seseorang itu boleh menyahidrasi. Namun berhati-hatilah dengan apa minuman yang kita minum. Meminum caffeine atau alcohol juga sebenarnya menyebabkan dehidrasi tanpa disedari.
MINUM AIR
Cara terbaik ialah dengan minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari. Namun kita harus minum air jika keadaan lebih panas, atau melakukan aktiviti di luar rumah atau badan seseorang dikirakan obese.
Orang obese memerlukan air melebihi orang yang tidak obese kerana permukaan kulitnya yang lebih besar, menyebabkan lebih banyak air tersejat melalui kulit.
Kekeringan dan rekahan bibir turut dialami oleh orang yang cuba membasahkan bibir mereka dengan air liur sendiri. Mereka menyangka dengan ’menjilat’ bibir sendiri dapat mengekalkan kelembapan bibir. Sebaliknya ianya menyebabkan bibir menjadi lebih lebih kering.
Masalah keradangan (irritation) juga menyebabkan kekeringan bibir berlaku. Selain dari air liur (saliva), lipstick dan makanan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.
Tanpa disedari makan yang dimakan mengandungi bahan yang seseorang alergik terhadapnya, lalu bibirnya secara tiba-tiba menjadi bengkak, kadang kala kering akibat alahan terhadap bahan itu. Ini menjadi isu serius bagi penghidap penyakit eczema.
KERJA TEMPOH YANG LAMA
Kehidupan di bandar kadang kala memerlukan seseorang itu bekerja dengan waktu yang panjang. Secara tidak langsung menyebabkan bibir seseorang itu kering.
Ini kerana stress dan kepenatan bekerja menyebabkan daya tahan tubuh (immune system) menjadi rendah. Maka senanglah berlaku jangkitan kuman di sekitar mulut dan bibir.
Ada beberapa cara untuk menghilangkan whitehead & blackhead yang ramai wanita di luar sana amalkan. Pun begitu semahunya kita lebih selesa untuk melakukan rawatan wajah ini dengan kos yang murah, tidak menyakitkan dan yang paling penting berkesan.
Melalui perkongsian dua wanita ini dalam bab penjagaan wajah agar bebas daripada whitehead dan blackhead, cukup menarik. Mereka mnggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah dan siapa sangka kesan yang dipaparkan cukup menggujakan.
Nyata, untuk cantik tidak semestinya perlu treeatment yang mahal-mahal apa yang penting rajin untuk dijadikan amalan. Barulah muka bersih dan cantik berseri.
Jadi, jom semak bagaimana cara mereka amalkan!
CARA 1
Blackhead dengan whitehead ni paling banyak duk bertepek kat hidung dengan dagu. Bila pegang part tuh boleh rasa tajam-tajam.
Ok sambil cuci muka nak tidur malam kan cuba korang try tips ni. Ni in case kalau kebetulan takde skrub dekat rumah. Tapi ok je nak terus guna cara ni sebab memang berkesan. Untuk yang belum tau korang boleh cuba.
Bahan yang di perlukan :
Berus gigi ( pastikan guna khas untuk ni je jangan rembat laki punya pulak ).
Ubat gigi letas sikit je sekadar keperluan.
Sedikit garam ikut pada nisbah ubat gigi.
Untuk seterusnya boleh tengok step by step pada video. Video malas nak edit lelawa sebab tak prepare awal haha. Hope membantu mereka yang nak cuba tips ni.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...