Tak Perlu Cuci Rambut Setiap Hari, Ini Tip Rambut Sihat Dan Tidak Rosak Untuk Wanita Berhijab!

Share

Penjagaan rambut sangat penting bagi wanita yang bertudung. Nak nak lagi di musim perayaan begini, pasti anda akan menutup kepala sepanjang hari terutama keluar beraya.

Rambut yang ditutup akan menyebabkan aliran udara yang tidak sempurna. Selain rambut berbau, jika tidak dirawat akan menyebabkan ia gugur dan rosak. Justeru, Ti

Tip untuk wanita bertudung:

Tidak Perlu Cuci Rambut Setiap Hari

Anda tidak perlu cuci rambut setiap hari. Cukup setakat setiap 2 atau 3 hari sekali. Sekiranya anda ingin mencuci rambut pada sebelah pagi, pastikan anda cuci rambut anda 2 jam sebelum memakai tudung. Keringkan rambut secara semulajadi dan biarkan rambut anda bebas dan jangan bungkuskan dengan tuala.

Pilih Syampu Yang Sesuai

Cari syampu yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala anda. Elakkan guna syampu yang mengandungi banyak bahan kimia. Usah khuatir kerana sekarang ini terdapat banyak syampu yang dibuat khas untuk wanita bertudung. Pilih yang mana sesuai dengan anda.

Keringkan Secara Semula jadi

Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum mengenakan tudung. Rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum anda memakai tudung. Elakkan dari menggunakan pengering rambut kerana ia akan membuatkan rambut anda kusam dan tidak bermaya. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan rambut anda lepas bebas dan elakkan dari membungkus rambut anda dengan tuala.

Pilih Kain Tudung Yang Sesuai

Pemilihan kain tudung yang sesuai juga penting untuk memastikan rambut anda sentiasa sihat. Pilih fabrik lembut untuk tudung dan elakkan tudung yang diperbuat dari material kapas kerana ia mudah memerangkap haba dan akan membuatkan kulit kepala anda cepat berpeluh. Kalau anda selesa, elakkan dari memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan kemas supaya rambut tidak terkeluar

Rehatkan Rambut

Sebaik sahaja anda sampai di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala anda bernafas terlebih dahulu. Rehatkan kulit kepala anda selama setengah jam untuk memastikan peluh di kulit kepala benar-benar kering. Sebaiknya, anda buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut anda terus berikat atau jangan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.