Meraikan hari ulang tahun kelahiran menjadi suatu detik yang cukup menggembirakan dan membahagiakan sesiapapun, apatah lagi buat anak-anak. Keterujaan akan jelas terpancar di wajah anak-anak ini andai sambutan tersebut dirai bersama kawan-kawannya.
Sedar hal itu, alangkah bagusnya jika sambutan tersebut dibuat di sekolah. Namun adakah hal ini dibenarkan oleh pihak sekolah atau bagaimana cara sewajarnya ibu ayah lakukan untuk merialisasikan majlis sambutan hari lahir anak di sekolah.
Oleh itu, jom semak perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh semoga bermanfaat untuk ibu ayah yang berhajat hendak raikan hari jadi anak di sekolah.
Hari ini aku nak kongsi tentang sambutan hari jadi di sekolah. Apa yang boleh dan apa yang tak sesuai kau buat.
Zaman sekarang, ada satu budaya yang bagus (pada aku) bila murid menyambut hari lahir. Kebanyakan ibu bapa bersedekah dan memberi hadiah pada kawan-kawan anak mereka di hari lahir anak mereka.
Kalau dulu, kita yang kena bagi hadiah pada birthday boy/girl. Zaman la ni, bila anak sambut hari lahir, ibu bapa akan bagi goodies bag kat kawan-kawan sekelas anak mereka.
Siap masak mee, nasi, kuih dan juga kek sambutan hari lahir. Hal ini tak salah. Boleh sambut di sekolah dengan syarat, minta izin pentadbir dan guru kelas. Itu syarat utama. Jangan masuk main redah sahaja.
Biasanya, pentadbir dan guru kelas akan benarkan. Sambutan biasanya dibuat pada waktu rehat murid. Malah, kadang-kadang guru-guru pun dijemput sama. Alhamdulillah. Rezeki.
Panduan Buat Ibu Ayah
Cuma aku nak bagi sedikit panduan untuk ibu bapa yang berhajat nak sambut hari lahir anak mereka di sekolah.
Ads
1. Minta izin pihak sekolah. Ini syarat utama. Memang ada yang jenis redah tanpa izin.
2. Berpakaian sopan. Pernah ada seorang ibu datang dengan kawan-kawan yang seksi meksi. Sampai aku tak tahu mahu melihat dada ayam KFC atau dada orang. Hormat kak. Hormat peraturan sekolah.
3. Tak payah guna lilin untuk letak atas kek. Bahaya. Sebelum ada kejadian yang tak diingini, baik kita cegah awal, ye tak?
4. Bawa goodies bag dan makanan secukupnya untuk murid kelas tersebut, DAN sediakan juga satu untuk guru yang handle sambutan hari lahir itu.
Cikgu bukan lapar sangat nak makan, mereka boleh je makan kat kantin. Tapi itu sebagai adab dan tanda menghormati guru yang sanggup tidak turun rehat dan handle majlis anak kita. Bantu agih hadiah dan sebagainya.
Ramai parent suka letak jajan/cekedis atau junk food dalam goodies bag. Memang la budak-budak suka, tapi itu makanan tak sihat kan? Tak payahlah letak.
Ads
Budak-budak ni, bagi hadiah apa pun mereka seronok. Baik, aku bagi cadangan apa yang sesuai letak dalam goodies bag tu.
a) Air susu/milo kotak. b) Epal, roti, muffin cake. c) Alat tulis. Pensel, pemadam, pembaris. d) Angpau. RM1 pun seronok sangat dah budak-budak.
Angpau untuk cikgu sekali. Sebaiknya letak 5 keping not RM100. Itu sebaiknya. Tak lah. Aku gurau je bab angpau cikgu tu. Kau serius sangat dah kenapa?
Tapi point aku nombor 5 tu tolonglah kau ambil berat. Tolong sangat-sangat ya!
Bila sambut birthday di sekolah…
Ads
Ada orang berpendapat, budaya begini tak elok kerana murid yang tak mampu pula dengki lihat kawan mereka sambut hari lahir dengan grand dan meriah. Itu kata mereka.
Namun, aku berpendapat sambutan begini sangat bagus kerana :-
i) Menggalakkan budaya bersedekah. ii) Merapatkan hubungan antara guru dan ibubapa. iii) Murid dari keluarga kurang senang dapat hadiah dan makan yang sedap-sedap.
Pernah aku dengar murid-murid bercakap sesama mereka,
” Bestlah sambutan hari jadi ni. Dapat hadiah. Kalau sambutan hari jadi ada setiap hari kan seronok.”
Kan bagus begitu. Murid yang kurang mampu pun terasa mereka diraikan pada hari lahir kawan mereka yang agak berada.
Apa pun, terpulanglah pada pandangan kalian. Yang berhajat nak buat sambutan hari lahir anak kat sekolah, mohon hadam semua point aku.
Sebagai ibu bapa tentu kita mengharapkan anak-anak dapat melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat teringgi. Pun begitu dalam harapan kita yang menggunung, perlu kita sedar bahawa kewangan adalah perkara utama perlu difikirkan kerana kos untuk menyambung pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT) bukannya murah.
Walaupun pelbagai pinjaman disediakan sama ada daripada kerajaan mahupun institusi perbankan, sebaik-baiknya ibu bapa perlu mengelak anak daripada terbabit dengan hutang apabila tamat pengajian.
Jadi begini cara kira-kiranya dan tip yang boleh dipraktikkan untuk memastikan tabungan pendidikan anak-anak dapat disediakan sepertimana perkongsian Puan Yasmin Hanani yang dapat dijadikan panduan.
Simpanan pendidikan anak-anak
Bagaimana anda membuat perkiraan simpanan perbelanjaan pendidikan anak-anak?
Tadika- swasta berapa sebulan? RM200-300/seorang?
Sekolah rendah swasta- RM200-300
Sekolah menengah swasta- RM300-RM1000 (bergantung asrama atau tidak)
Diploma/asasi/matrik/politeknik- institusi awam atau swasta
Degree dalam dan atau luar negara?
PTPTN? Pinjaman? Biasiswa (bukan senang)? FAMA
Mudah kata plus minus untuk pendidikan tinggi anak-anak kita perlu cuba menyimpan RM20,000 atau RM10,000 seorang.
Atau adakah anda mahu bebankan anak anda dengan hutang yang banyak bila mereka sudah bergraduasi?
Tempat belajar dengan kos sara hidup yang tinggi juga akan menambahkan beban kewangan berkali ganda. Pilihlah tempat belajar yang sesuai dengan kemampuan.
Cuba Kumpul
Bermula usia anak anda setahun, cuba kumpulkan sekurang-kurangnya RM500 setahun. Umur 20 tahun, sudah ada RM10,000 insha Allah.
RM500/anak x 20 tahun = RM10,000
Kalau tak dapat RM500 setahun, cubalah simpan RM200. Duit raya setiap anak pun pasti lebih dari tu kan. Ajar anak-anak menabung bersama cukupkan target. Ada emak bapa yang membiarkan anak-anak menghabiskan begitu sahaja duit raya.
Ada anak ramai ni, cara hidup kita memang kena banyak berjimat.
Kalau kita ada pelan simpanan holiday, simpanan emas, simpanan haji, pasti kita ada pelan simpanan pendidikan kan?
Semoga Allah murahkan rezeki untuk semua ibu bapa yang sentiasa berusaha untuk keluarga tercinta.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Keadaan rumah yang bersih dan kemas memainkan peranan utama dalam membangkitkan suasana atau mood yang lebih positif.
Biarpun mempunyai anak yang ramai, ia bukan penghalang untuk memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih.
Perkongsian keliarga besar ini yang memilik tujuh orang puteri telah menarik perhatian warganet.
Cara susunan yang ringkas memberi aura tersendiri.
Semua pakat share deco rayaka. Kami statik jer cam ni dah 3 tahun. Tunggu anak tujuh besar dulu baru kita ubah. Selagi tak besar ini jerlah deconya.
RUANG TAMU KEMAS DAN RINGKAS
KAWASAN DAPUR TEMA HIJAU
Kawasan Dapur rumah bukan sahaja akan lebih selesa dan sedap mata memandang apabila keadaannya bersih, namun susun atur peralatan atau barangan memainkan peranan yang penting yang mampu memberi impak pandangan yang menyegarkan mata.
RUANG SANTAI DAN MAKAN BERSAMA KELUARGA
KAMAR TIDUR ANAK-ANAK
Memilih patchwork cotton menjadikan kamar anak-anak nampak kemas dan rapi.
Konsep dormitory sesuai untuk anak yang ramai.
TANDAS
DEKORASI RINGKAS
Ruang ini dibiarkan kosong tanpa banyak perabot. Jelas memudahkan pemilik mengemas rumah dengan mudah. Malah menjadikan ruang ini seakan ruang santai buat keluarga.
Semoga menjadi inspirasi buat keluarga yang memiliki anak yang ramai.
Selalunya dalam enam biji balang kuih raya yang diletakkan tersusun cantik di atas meja, kuih muih berwarna warni selalunya menjadi perhatian kita.
Begitu juga dengan anak-anak kita yang secara semulajadinya memang mudah tertarik pada warna. Apa lagi kalau warna-warni. Pasti buat mata tak bergerak memandang.
Makanan yang berwarna pasti jadi tarikan anak-anak kita. Tak percaya? Jom buat resipi ni.
Bukan hanya kaya warna, malah cara nak buatnya pun senang sahaja. Perkongsian ibu muda, Zai Seroy Asyraf di facebooknya mendapat perhatian netizen.
Menariknya, ibu muda ini hanya guna empat bahan sahaja untuk buat samperit khas untuk anak-anak ini. Menarik dan paling penting samperit paddle popnya menjadi kesukaan anak-anak.
Jom kita cuba.
Samperit Susu Paddle Pop
Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm tepung ubi
1/2 tin susu manis
450gm tepung jagung
Pewarna merah jambu, biru dan kuning.
Cara-cara:
1. Campurkan mentega dengan susu manis. Gaulkan rata tetapi jangan terlalu lama.
2. Masukkan tepung ubi bersama tepung jagung dan uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan adunan kepada tiga warna dengan warna pink (strawberi), kuning (vanila) dan biru (keladi). Gentelkan menjadi kecil dan buat sampai habis adunan.
4. Ambil sedikit setiap warna dan gabungkan menjadi satu. Bila da siap cantumkan senang la nak masukkn dalam acuan…
5. Masukkan ke dalam acuan samperit dan paipkan di atas dulang yang telah disapu dengan mentega.
6. Letakkan coklat cip di bahagian tengah.
7. Bakar selama 13 minit dengan suhu 170 C, panas atas dan bawah. Pastikan letak loyang di rak paling bawah supaya tak hangus atasnya.. 😉
8. Angkat dan sejukkan.
Kredit: Zai Seroy Asyraf.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.