Nak Pindah Rumah Tanpa Perlu Strees Lori Terlebih Muatan. Lelaki Ini Kongsi Caranya!

Share

 

[su_quote]Barang rumah kita ni banyak bang, cukup ke kita sewa lori 3 tan ni? Bimbang juga dibuatnya, silap-silap kena buat dua tiga kali trip. Itu duit lagi tu nak tambah…..[/su_quote]

Keluhan dan kebimbangan yang dirasi tiap kali hendak berpindah ke rumah baharu sebenarnya boleh diredakan. Bukan dengan menyewa lori yang paling besar daripada itu, tetapi perlu bijak menyusun dan menyelenggarakan barang-barang yang ingin dibawa.

Memang benar, berpindah ini suatu proses yang cukup melecehkan dan boleh menyebabkan sesetengah antara kita jadi stress. Untuk itu, ada baiknya anda cuba ikuti  tip yang dikongsi oleh Qayy Lori SewaMurah ini untuk pastikan proses perpindahan dapat dijalankan dengan teratur dan dalam masa yang sama boleh menjimatkan kos untuk sewaan lori.

Teknik Pengasingan Barangan

Kerja-kerja pengasingan dan pembungkusan barang perlu dibuat awal agar anda tidak terasa terbeban bila tiba waktu yang ditetapkan tiba. Untuk itu perhatikan cara yang disarankan oleh Qayy ini.

[su_button]Barang Kecil [/su_button]
Pakaian,kasut,barang dapur,barang perhiasan,buku-buku,mainan anak-anak dan lain-lain seeloknya dibungkus dalam kotak..dan kotak seharusnya cari yg elok dan di bungkus dengan kemas.

*Tujuannya kotak senang disusun dan bole menjimatkan ruang.

[su_button]Barang Besar [/su_button]
Almari baju,kabinet dapur,almari barang perhiasan,almari kasut,peti sejuk,mesin basuh seeloknya dikosongkan bagi tujuan memudahkan pekerja untuk mengangkat dan disusun dalam lori.

*Barang yang dibungkus dalam kotak boleh juga dimuatkan dalam almari apabila almari sudah berada di atas lori bagi menjimatkan ruang supaya dapat menyusun barang lain dengan teratur dan kemas.

Barang siap untuk diangkat ke dalam lori

Ekstra Tip

  • Penyewa seharusnya bijak memilih barang-barang yang elok untuk dibungkus. Barang yang tidak elok seharusnya diasingkan terlebih dahulu bagi tujuan menyenangkan laluan semasa proses mengangkat barang.
  • Elakkan membungkus menggunakan plastik kerana senang koyak dan akan menyukarkan pekerja untuk menyusun barang.
  • Kerangka/Badan Katil seeloknya dileraikan bagi menjimatkan ruang.

Sumber : Qayy Lori SewaMurah