Ibu-Ibu Tengah Diet Tapi Nak Perut Cepat Kenyang, Amalkan Minuman Ini. Badan Pun Fresh dan Fit!

Share

Bagi anda yang  tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak.

Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung. Akibatnya, diet terus ke laut.

Perkongsian jus sihat ini mungkin boleh membantu ibu-ibu. Kaedah ini dipraktikkan oleh Sharinaz Redwan dengan hanya menggunakan 4 bahan asas sahaja. Antaranya, Epal Hijau, Timun, Lemon dan juga Madu.

Bahan-bahan ini pastinya boleh di dapati di dapur  dan sememangnya memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh.

Menurut Sharinaz lagi, selepas minum anda akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit. Tunggu apa lagi, jom cuba!

Bahan Asas:
timun
epal hijau
lemon
madu.

TIMUN DAN KHASIATNYA
Antara kelebihan timun ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh membuang toksin dalam badan dan berikan rasa sejuk dalam badan.

EPAL HIJAU DAN KHASIATNYA
Epal hijau dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Sesiapa yang mempunyai masalah sembelit, elok amalkan makan epal hijau ni tau.

LEMON DAN KHASIATNYA
Tidak dinafikan buah lemon lagi tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.

BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 slice lemon, amik jus je
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar

CARA-CARA:


Semua atas ni dikisar. Nak tapis boleh. Lagi bagus tak di tapis kerana hampas itu menjadikan fiber lebih tinggi.
Minum macam tu je.
Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!

Sumber: Sharinaz Redwan