Nak Permukaan Lantai Berkilat Sampai Boleh Buat Cermin, Jangan Abaikan 3 Bahan Ajaib Ni. Simple Je, Rumah Pun Wangi!

Share

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas memasak. Ibu-ibu tak payah pening kepada dan  buang masa sebaliknya cuba kaedah yang dikongsikan ini. Pasti bantu ibu yang ingin memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi.

Sebelum itu, mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Ikuti langkah mudah ini dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja.


Tips Lantai Rumah Sentiasa Berkilat.

Hanya guna tiga bahan ini. Caranya pun cukup mudah.  Air panas + cuka makan + downy dicampurkan sekali dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba ni!

ru

Memang berkilat & wangi satu rumah. Selamat mencuba!

Selain pastikan lantai bersih dan berkilat, ibu-ibu juga boleh cuba langkah ini untuk kediaman anda.

Habuk Tak Melekat Pada Perabot

Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali.

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • 10 cawan air

Cara:

Mudah sahaja, ancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

Wangikan Rumah

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • Cuka

Cara:

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 cawan air

Cara:

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Kredit : Najirul Airis Faris Iman, Ilham Deko