Ramai antara kita kini suka menanam pokok bunga untuk mengisi masa yang terluang dan dalam masa yang sama dapat juga menambahkan keserian ruangan laman dengan pokok-pokok bunga yang dijaga rapi.
Selain pokok-pokok bunga ini boleh terus di tanam ke tanah, menarik juga jika ditanam di dalam pasu yang boleh dipindah alih bagi memberikan gaya susunan laman yang lebih menarik.
Bercerita tentang pilihlah pasu, sebaiknya pilihlah yang bersaiz besar agar pokok dapat hidup subur dan membesar dengan baik. Pun begitu, lazimnya pasu yang bersaiz besar harganya pun boleh tahan juga. Jadi untuk lebih berjimat, apa kata anda lakukan DIY seperti yang dikongsikan oleh Puan Zalina Zakaria di group fb Kelab Kaki Deco Barang Eco/Mr DIY .
Bahan-bahan yang diperlukan :
Besen
Drill
Langkah 1 : Beli besen bersaiz besar dan sama saiz untuk nampak sekata bila ditempatkan di laman.
Langkah 2 : Gunakan drill dan tebuk bahagian bawah besen. Mulakan daripada menebuk bahagian tengah.
Ads
Langkah 3 : Buat beberapa lubang seperti di dalam gambar. Siap untuk digunakan.
Langkah 4: Masukkan tanah ke dalam besen tersebut dan tanam seperti biasa.
Ekstra info : Untuk nampak lebih cantik perletakkan pokok bunga, boleh juga dibuatkan kaki menggunakan campuran simen dan pasir terlebih dahulu.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Wabak Covid-19 kian menular kini, ramai yang menjadi mangsa termasuk lah golongan selebriti.
Terbaru, pelakon Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar dilaporkan positif Covid-19.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Emma yang telah membuat ujian swab di rumahnya.
“Melakukan ujian swab di rumah dengan @kumpulan_megaklinik_zahran. Terima kasih banyak kerana datang dan terima kasih @kai_armd @nafidzrazak kerana memberikan maklumat yang kami perlukan.
Sangat bagus n sangat profesional. mereka boleh datang ke rumah anda dan melakukannya,” tulisnya sambil berkongsi video dia sedang menjalani ujian tersebut.
Di dalam perkongsian tersebut juga, Emma memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang simptom, namun hasil ujian yang dikeluarkan adalah positif.
“Saya sama sekali tidak mempunyai simptom, tetapi hasil yang diperoleh adalah positif.
“Jadi, walau pun rasa sihat buat je swab test sebab kita tak tahu kalau kita ada ke tak. Sila jaga dan ikuti sop. Selamat kuarantin kepada saya,” ujarnya.
Selalu bersangka baik dengan Dia Yang Satu, jangan putus berdoa dan selama 11 tahun dia tidak pernah berhenti berharap bahkan sentiasa berdoa untuk diberi peluang menjadi seorang ibu. Itulah dia Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dimakbulkan doanya untuk mendukung zuriatnya sendiri.
Perkongsian bersama Ustaz Ebit Lew dalam program ‘A Bit With Ebit’ terbitan tv AlHijrah bukan sahaja menitiskan air mata ibu Siti Aafiyah ini, bahkan membuatkan penonton dan Ustaz Ebit sendiri tidak dapat menahan rasa sebak dan terharu.
Betapa hati seorang ibu…dari mula sampai habis kami cuma menangis di pentas. Semua hadirin menangis bersama-sama.
Sebak hari ini. Sepanjang di pentas Datuk Seri Siti Nurhaliza menangis cerita tentang perjalanan ujian Allah kasih sayang Allah sehingga di anugerahkan anak dalam program ‘A Bit With Ebit’ di tv alhijrah..ya Allah siapa sangkakan…dengar saat kemuncak rasa lemah dan kuat. Usaha dan doa yang dilakukannya. Tak berhenti tangisan yang membuatkan kita tersedar..serius sangat dalam nasihat Tok Ti.. Terasa dari hatinya yang sangat ikhlas…Allahu..tonton nanti yer..
Dari naik pentas beliau menangis cerita bagaimana impiannya dan proses perjalanan dan tepat masanya Allah anugerahkan Siti Afiah. Ya Allah saya betul-betul terharu bila cara siti cerita tentang kesabaran dan terima ujian Allah. Jangan putus asa. Sangka baik pada rahmat Allah..Allah baik. Allah bertindak mengikut sangkaan…berulang kali ucapannya..
Bila saya tanya harapannya pada anaknya..beliau ingin anaknya menjadi anak yang mendoakan ibu ayah. Anak yang memberi manfaat buat manusia dan hafizah Al-Quran..subhanallah. hafizah Daieah alimah solehah insyaAllah…
Kan..betapa hati seorang ibu…dari mula sampai habis kami cuma menangis di pentas. Semua hadirin menangis bersama-sama..
Jika arwah mak saya ada mesti happy sebab selalu doakan TokTi..tadi bidadari saya sempat jumpa. Kata Tokti best sangat makan dekat ParamountCoffeeHouse. Beliau beberapa kali singgah dan sampaikan salam pada saya..hari ini baru makbul doa dapat jumpa.. Sempat hadiahkan buku isterikuBidadari dalam live rakaman tadi..teringin orang sepertinya dapat buku ‘isteriku Bidadari’.
Beliau memang sangat rendah diri. Dan sangat baik orangnya. Bahasanya memang sangat lembut. Katanya ustaz tolong pimpin dan betulkan kalau saya salah. Sangat rendah diri. Semoga Allah terus beri kesihatan buat dirinya dan keluarga. Semoga Siti Afiah jadi anak solehah dan hafizah AlQuran yang bertakwa.
Saya bila tengok ‘a bit with ebit’. Menangis lak..cuma teringat mak saya selalu menangis bila saya sedih dan peluk saya bila orang marah atau halau masa berdakwah..tu jer..ya Allah terimalah program ini jadi asbab hidayah. Pohon doa semua yer tayangan ogos 2018 ini di tv alhijrah. Bawa suami isteri dan seisi keluarga yer menonton……-ebitlew Paramount Coffee House.
‘Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri’, petikan lagi Tan Sri P Ramlee ini begitu menggambarkan kehidupan sebenar suami isteri.
Perbalahan kecil, perselisihan faham adalah lumrah kehidupan berumah tangga. Walau bagaimanapun, hal yang dianggap kecil jika diperbesarkan boleh membawa kepada masalah besar dan seterusnya mencetuskan bibit-bibit pergaduhan sekaligus perceraian.
Bagi mengelakkan pertengkaran, tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu anda dalam menangani pertengkaran yang kerap berulang.
1.Jangan bangkitkan lagi kemarahan pasangan anda
Sekiranya perselisihan faham atau perbualan anda dan pasangan sudah menunjukkan ke arah pertengkaran, berhenti seketika dan bertindak menjadi pendengar. Elakkan daripada menambahkan kemarahan pasangan anda dengan ayat-ayat yang berunsurkan emosi atau negatif. Kadang kala perkataan yang diutarakan ketika pergaduhan berlaku adalah di luar kawalan fikiran.
2.Bertolak ansur dalam pertengkaran
Beri ruang kepada pasangan untuk menyuarakan luahan atau pendapatnya agar anda dapat mengetahui keadaan sebenar dengan lebih jelas lagi. Sabda Rasulullah s.a.w, “Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” Justeru itu, beralah tidak bermaksud bahawa anda sebaliknya, anda menjadi penyelamat kepada perhubungan anda.
3.Banyakkan bersabar
Sudah pasti ketika pertengkaran berlaku, tahap kesabaran anda diuji dalam menangani masalah yang timbul. Berkorban demi kebaikan adalah wajar dilakukan demi kesejahteraan rumah tangga bersama. Ketika anda dan pasangan dalam keadaan tegang, cuba anda beristighfar supaya hati yang membara boleh sejukkan kemarahan tersebut. Sesungguhnya, syaitan sentiasa menjadi orang tengah yang berusaha untuk menjatuhkan masjid yang terbina bagi menyesatkan lagi umat Islam.
4.Panggilan manja
Kadang kala pertengkaran yang berlaku boleh menjadi tenang andai anda menggunakan panggilan manja kepada pasangan anda. Jika sebelum ini anda membiasakan panggilan ‘sayang’ ‘manja’ atau ‘baby’, kekalkan panggilan tersebut ketika pertengkaran. Hindari sikap yang mementingkan diri sendiri sehingga tergamak untuk membahasakan diri dengan ‘aku’ atau ‘kau’ kepada pasangan anda. ini hanya meningkatkan lagi kemarahan pasangan kepada anda.
5.Jangan melibatkan orang ketiga
Kadang kala ada sesetengah pasangan menggunakan khidmat orang ketiga dalam membantu menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. Namun, perlu diinginkan bahawa segala rahsia rumah tangga haruslah terkunci rapi dalam ‘peti besi’ kerana isi hati manusia adalah berbeza-beza. Mungkin pihak ketiga tersebut hanya ingin mengambil kesempatan terhadap pergolakan yang berlaku dan penyelesaian yang ingin dicari hanya membawa kemudaratan kepada hubungan suami isteri.
6.Selesaikan masalah sebelum meninggalkan pasangan anda
Jangan sesekali meninggalkan pasangan anda tanpa sebarang kata putus atau penyelesaian kerana ia akan membuatkan pasangan anda keliru akan situasi yang berlaku. Lazimnya, ada yang berpendapat bahawa meninggalkan pasangan sendirian adalah jalan penyelesaian daripada membiarkan ia berterusan. Ini akan menyebabkan masalah anda tidak akan tamat dan berkemungkinan ia akan menjadi isu pada masa akan datang. Cuba bertindak secara profesional dan cari jalan penyelesaian bersama kerana kehidupan berumah tangga adalah tanggungjawab anda dan pasangan untuk mengemudikannya.
7.Mohon Kemaafan dan perdamaian
Setelah kedua-dua belah pihak kembali bertenang, ambillah langkah segera dengan memohon kemaafan daripada pasangan anda. Peluk pasangan anda dan ungkapkan kemaafan dengan keikhlasan agar pasangan anda dapat melihatkan kesungguhan anda untuk berdamai. Berjanjilah kepada pasangan anda bahawa kejadian tersebut tidak akan berulang lagi dan anda akan berusaha untuk mempertahankan hubungan tersebut sehingga ke akhir hayat.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...