Nak Pastikan Udang Segar Walaupun Disimpan Lama Dalam Peti Sejuk, Guna Petua Ni. Isi Pun Lembut & Tak Lembik!

Share

Menyimpan udang terlalu lama di dalam peti sejuk adakalanya menyebabkan rasanya sudah tidak segar lagi. Malah warnanya juga bertukar kehitaman. Sebab itu, bila dimasak rasanya tidak enak dan berbau.
Untuk ibu-ibu yang nak atasi masalah ini, apa kata cuba perkongsian dari puan Zai Norizah. Dengan menggunakan gula pasir, masalah ini dapat di atasi.

Dulu-dulu bos cina saya bagi petua..
Kalau nak simpan udang tahan lama & fresh isinya..taburkan gula sebelum simpan dalam peti ais..saya ikut petua nie dari dulu..
Memang betul..isi udang tak lembik2 & lembut..
Korang kalau nak cuba..boleh cuba..


Selain kaedah ini, ada juga cara lain yang boleh ibu-ibu praktikkan. En Abah hanya memasukkan air ke dalam bekas berisi udang sebelum disimpan.

Ni cara saya simpan udang untuk kekal fresh, udang direndam air sebelum simpan dlm tempat beku.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club