
Menyimpan udang terlalu lama di dalam peti sejuk adakalanya menyebabkan rasanya sudah tidak segar lagi. Malah warnanya juga bertukar kehitaman. Sebab itu, bila dimasak rasanya tidak enak dan berbau.
Untuk ibu-ibu yang nak atasi masalah ini, apa kata cuba perkongsian dari puan Zai Norizah. Dengan menggunakan gula pasir, masalah ini dapat di atasi.
Dulu-dulu bos cina saya bagi petua..
Kalau nak simpan udang tahan lama & fresh isinya..taburkan gula sebelum simpan dalam peti ais..saya ikut petua nie dari dulu..
Memang betul..isi udang tak lembik2 & lembut..
Korang kalau nak cuba..boleh cuba..
Selain kaedah ini, ada juga cara lain yang boleh ibu-ibu praktikkan. En Abah hanya memasukkan air ke dalam bekas berisi udang sebelum disimpan.
Ni cara saya simpan udang untuk kekal fresh, udang direndam air sebelum simpan dlm tempat beku.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Didik Anak Supaya Tak Kuat Merajuk, Cakap Kasar dan Memberontak, Ibu Rose Berikan Pesanan!

Berdepan dengan anak-anak yang hampir menginjak remaja turut menjadi satu permasalahan buat ibu ayah. Mula menunjukkan rasa ingin berdikari malah selalu mencuba untuk membuat keputusan sendiri dalam segala hal.
Merajuk, memberontak dengan adik beradik lain serta bercakap kasar antara perubahan peribadi yang ditunjukkan oleh anak-anak meningkat remaja. Sukarnya berdepan dengan keadaan ini, bila mana ibu ayah mula merasakan mereka sudah semakin bijak dan matang.
Hakikatnya kanak-kanak berusia 9 tahun ke atas juga perlukan kasih sayang dan perhatian daripada ibu ayah.
Dengarkan pesanan daripada Ibu Rose – Mesejnya Kasih mengenai perilaku anak yang sering bercakap kasar, suka memberontak dan kuat merajuk. Walau apa pun yang ibu lakukan, kasih sayang sepenuhnya jangan dilupakan. Penting ni!
ANAK 9 TAHUN SUKA MERAJUK DAN BERBAHASA KASAR. APA NAK BUAT?
“Saya risau dengan sikap anak saya yang suka memberontak, kuat merajuk, dan sukar ditegur. Dia sekarang berumur 9 tahun dan mempunyai dua orang adik. Saya bimbang jika saya gagal membentuk sikapnya menjadi yang lebih baik dari sekarang, nanti akan memberi kesan yang lebih teruk apabila dia mencapai usia remajanya”.
Pada usia 9 tahun, ibubapa perlu tegas semasa menegur dan membetulkan dan mendisplinkan anak-anak. Dalam masa yang sama mesti juga penuh berhemah dan kasih-sayang. Anak puan sudah hampir memasuki alam remaja.
Dia sudah menunjukkan sikap tidak menghormati puan. Dan ternyata EQnya masih belum matang kerana dia kurang memahami dan merasai perasaan orang lain terutama orang yang kasih kepadanya. Ini sebenarnya normal bagi anak-anak yang membesar kurang diberi input dan penerangan bila untuk sesuatu yang berlaku di dalam hidupnya dan orang lain.
Selain itu, anak-anak yang begini juga lebih cenderung menyimpan dendam kerana dia kurang faham dan membuat andaian dia tidak dikasihi.
Sebenarnya puan, ramai orang yang sudah dewasa pun tidak matang di dalam EQ mereka. Salah satu sebabnya ialah semasa mereka kecil tekanan emosi yang menyebabkan pemberontakan mereka itu tidak dikendalikan dengan bijak oleh orang yang lebih dewasa. Lantaran itu, ia memjejas perkembangan EQ si anak dan membawa kesan kepada dirinya sehinggalah dia dewasa dan tua.
(Di sini, Ibu selitkan juga nasihat kepada anda yang telah dewasa dan membaca posting ini untuk faham bahawa, apa sahaja yg dirasai kesilapan ibu bapa mu, maafkanlah sepenuh hati. Supaya, kesilapan mereka tidak menjadi racun dalam hidup mu.
Sayang dah dewasa, dah boleh berfikir dengan baik. Maka, kendalikan hidup dengan baik. Tidak perlu rantaikan hidup mu pada kesilapan orang kepada mu. Bebaskan diri dari sakit semalam!
Bagi sayang yg bertanya soalan ini, untuk menghentikan kelakuan anak itu menjadi tabiat dan kemudiannya menjadi karekter, maka usaha kita sekarang adalah untuk membentuk dan membina EQnya agar betambah matang.
Tindakan yang boleh diambil bagi anak seusia ini ialah:
Rapatkan diri dengannya. Dia masih mahu dibelai dan dilayan mesra. Beri input yang baik dan berkesan supaya dia memahami kesan perbuatan buruknya itu. Anak pada usia ini sudah ada ciri-ciri remaja tapi masih ada ciri-ciri anak kecil. Oleh itu puan perlu bijak mengimbangkan cara puan mendekati anak puan ini.
Puan perlu bertanya tanpa interrogatif. Tapi bertanyalah dengan penuh minat ingin tahu. Contoh bertanya dengan interrogatif, “Kenapa kamu suka sangat berkawan dengan budak tu?” Contoh bertanya dengan penuh minat hendak tahu, “ Along ada kawan baru ya? Dia duduk di mana ya? Along suka berkawan dengan dia? Cuba cerita sikit pada mama, apa sebab Along suka? Bertanya dengan penuh minat dan bukan kerana hendak mengorek rahsia. Niat mesti betul!
Untuk menguatkan EQ, SQ perlu dikuatkan. Diantara perkara yang menguatkan SQ ialah bersembahyang dan memahami tuntuan agam. Oleh itu ajak dia untuk suka melakukannya. Banyakkan bercerita mengenai contoh-contoh mereka yang berakhlak mulia. Dengan ilmu agama, anak akan memahami perlunya dia berakhlak mulia terhadap ibu bapa.
Bagi yang Muslim, selain itu bacalah surah Toha ayat 1-5 dan hembuskan ke ubunnya. Dan doalah agar Allah melembutkan akhlaknya.
Kredit: Ibu Rose – Mesejnya Kasih
Mudah Aje Buat Kek Kukus Guna Sukatan Cawan Ni. Patutlah Gebu Dan Rasa Sedap Macam Di Kedai.

Kek coklat kukus memang kegemaran ramai. Terdapat pelbagai resipi untuk membuatnya. Menariknya resipi yang dikongsi ini, ia begitu gebu dan lembut seakan makan dikedai. Malah turut menggunakan sukatan cawan. Apa kata cuba resipi mudah ni.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Kek coklat kukus ringkas, lembut dan sedap. Kalau ikut resepi 1 cawan untuk 1 adunan, cikza gandakan jadikan 2 cwan nak kek yang lebih besar.. cikza guna loyang 8×8
bahan-bahan:
2 cwan serbuk koko
2 cwan gula
2 cwan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
diblander bgi sebati ketepikan.
8 biji telur gred B diblander dn ketepikan.
2 cwan tpg gandum
2sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
ketiga bahan ni diayak.
CARA PENYEDIAAN

Dalam mangkuk, masukkan bahan yg diblander berselang seli dgn tepung yg telah diayak terlebih dahulu.nk senang blander semua bgi sebati.sapu Planta dekat loyang terlebih dahulu dn curahkan adunan yg diblander.panaskan air kukusan terlebih dahulu..kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
topping coklat
coklat masakan
sedikit Planta
masak secara double boile.
Selamat mencuba.
Sumber: Noriza Awang Hamat
Bila Buat Air Kopi Guna Susu Full Cream Lagi Sedap Rasanya, Nak Cuba Ni Resipinya!

Menghasilkan air kopi yang enak dan menepati selera tentunya setiap antara kita ada caranya yang tersendiri. Lazimnya, gabungan serbuk kopi dan susu pekat dibancuh bersama air panas sudah cukup sempurna rasanya.
Namun untuk memberi rasa yang lebih umpph, ada juga boleh menggunakan susu full cream dengan cara penyediaan yang sedikit berbeza seperti yang dikongsikan oleh Roslina Salam di group page Masak Apa Hari Ni.
Jadi tidak salah untuk kita mencuba dan rasai keenakan minuman kopi sebagaimana yang digambarkan oleh Roslina Salam ini.
Bahan-bahan:
1/2 cawan susu Full Cream
1 sudu teh gula perang/gula biasa
1 sudu teh nescafe gold/biasa
Air panas
Langkah 1 : Masukkan susu full cream ke dalam cawan.
Langkah 2 : Panaskan di dalam microwave selama 2 minit.
Langkah 3 : Kemudian masukkan gula
Langkah 4 : Masukkan nescafe dan kacau.
Langkah 5 : Tambahkan air panas.
Ekstra info : Air akan kekal panas jika menggunakan Takada Electric Thermos Pot – 3.8L. Ingin mendapatkan harga istimewa sila klik DI SINI
Langkah 6 : Air kopi sedia untuk dinikmati dan rasanya sangat sedap.
Selamat mencuba.
Sumber : Roslinah Salam
ARTIKEL MENARIK: Buat Sos Black Papper Rasa Premium, Salah Satu Bahannya Guna Susu Full Cream. Lelaki Ni Kongsikan Resipinya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club