Nak Pastikan Perut Isteri Kempis Dan Rata, Suami Boleh Bantu Buatkan 5 Petua Tradisional Ni!

Share

Masalah perut buncit memang boleh buat wanita jadi jiwa kacau. Apa lagi jika ada rakan sepejabat yang mula menegur. Memang sakit hati dengan teguran rakan-rakan tetapi ada baiknya untuk anda.

Ia penanda bahawa anda harus lebih menumpukan pada kecantikkan diri sendiri. Jangan asyik kisahkan soal menguruskan anak sahaja. Sambil-sambil masak di dapur, apa kata anda cuba buat petua ini. Kalau tak usaha, kita tak tahu akan hasilnya. Jadi kenalah cuba!

Petua 1 -Limau Nipis vs Kapur Sireh
Perah jus limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sireh. Gaulkan rata dan sapukan seperti pilis pada perut. Lakukan pada keseluruhan perut dan kemudian barulah bengkung di pakai dengan kemas seperti biasa. Lakukan langkah ini setiap pagi dan petang, selama 40 hari sepanjang tempoh waktu berpantang.

Petua 2 – Cuka Vs Kunyit Hidup
Ambil sedikit cuka, garam dan kunyit hidup kemudian kisarkan hingga halus. Sapukan pada permukaan kulit perut dan ratakan seluruh kawasan. Berbengkunglah seperti biasa dan lakukan setiap hari.

Petua 3 – Jus Gula Merah
Ambil sedikit beras dan kisar hingga halus. Kemudian ambil sedikit cekur bersama gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam dan gaulkan rata. Tapis kesemua bahan ini dan amalkan empat kali seminggu.

Petua 4 – Halia & Asam Jawa
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus kemudian gaulkan dengan perahan asam jawa yang agak pekat. Makanlah dengan nasi yang masih panas dan amalkan sajian ini setiap hari. Hasilnya, perut akan menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Petua 5 – Halia & Limau Nipis
Gunakan halia sebagai asas utama untuk membuang angin. Ambil halia, perahan jus limau nipis, air suam, garam dan sesudu kecil lada hitam kemudian dikisar halus. Kacau adunan dan tapislah airnya. Amalkan minum air ini sehingga perut leper.