Apabila ditanya tentang pilihan menu popular yang sering disediakan pada hujung minggu untuk keluarga,  pasti ramai antara kita gemar menyediakan hidangan Nasi Lemak. Memandangkan rasa hidangan nan satu ini cukup digemari ramai,  bukan sahaja bagi orang dewasa malah anak-anak juga.

Pun begitu, tidak dapat dinafikan untuk menyediakan set lengkap sajian nasi lemak ini diakui sedikit  ‘renyah’. Apa tidaknya, selain kita perlu menanak nasi kita juga perlu sediakan sambal ikan bilis terlebih dahulu di samping perlu merebus atau menggoreng telur, mengghiris timun, dan menggoreng kacang tanah.

Menyentuh tentang bab menggoreng kacang tanah walaupun tidaklah sesukar mana, tetapi kita sering berdepan dengan masalah ‘terhangus’ kerana gagal mengawal api. Sudahnya kacang tanah yang sepatutnya menambah rasa sedap nasi lemak menjadi sebaliknya. Malah lebih teruk menggagalkan rasa enak hidangan yang telah disediakan.  Akhirnya kacang tersebut terbuang begitu sahaja, langsung tidak dimakan. Benar bukan?

Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.

IKLAN

Begini caranya:

1. Tuang minyak ke dalam kuali.

2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.

3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.

4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!


 

#Pilih Sangai

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.

#Sejuk Dahulu

Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.Nak Pastikan Masak Kacang Tanah Confirm Tak Hangus, Ikut Jer Cara Ni. Senang Sangat!