Nak Pastikan Kekal Segar. Ikut Je Petua Dari Wanita Ni, Memang Terbukti Menjadi!

Share

Biasanya bukan mudah untuk ibu-ibu nak pastikan sayur-sayuran dan ramuan masakan seperti daun sup, serai, kunyit dan sebagainya  untuk kekal tahan lama dan tetap segar untuk tempoh masa yang lama. Lazimnya, walaupun disimpan elok di dalam peti sejuk, namun tidak sampai 3 atau 4 hari pasti keadaannya menjadi layu atau kering.

Namun berbeza jika menggunakan teknik atau petua merendam di dalam botol dan kemudian disimpan di dalam peti sejuk. Keadaan bahan masakan berdaun seperti daun sup, serai, hatta lengkuas atau kunyit sekali pun jika disimpan dengan teknik ini boleh menjadikan ianya lebih tahan lama dan kekal elok untuk tempoh yang panjang.

Petua ini telah dipraktikkan oleh Puan Amy Rosina dan melihat manfaat daripada petua ini, ianya telah dikongsi di laman sosial untuk info bersama. Menurutnya, walaupun sudah 6 hari, keadaan daun sup, kunyit, serai, dan sebagainya kekal elok, semua masih segar dan tak ada satu pun layu.

Antara bahan-bahan yang telah disimpan menggunakan petua rendaman ini.
?
daun kesum

?
ulam selom

?
daun sup

?
serai

?
bunga kantan

?
ibu kunyit

?
daun bawang

?
lengkuas

Menurutnya, “syukur sangat kalau tak setengah dah terpaksa buang…”-Amy Rosina.

Dan ini pula antara komen daripada beberapa orang kepada Amy tentang petua ini.

 

Semoga perkongsian ini memberi kita semua manfaat dan paling penting bila kita buat petua ini, bolehlah elakkan berlakunya pembaziran.

sumber : Amy Rosina via MAHN