Antara yang selalunya menjadi kerisauan pada kita adalah tanaman yang di tinggalkan tanpa disiram.
Rungsing tanaman tidak dijaga dan kering apabila kembali semula ke rumah. Jika itu yang menjadi kerunsingan anda, ada baiknya anda cuba lakukan tiga
perkara ini sebelum meninggalkan rumah.
Cuba langkah yang diberikan ini.
Ads
Letakkan Pelapik Air
Sebelum bergerak pulang, pastikan kesemua pasu tanaman baik bunga-bungaan atau tanaman lain dilapik dengan pelapiknya. Paling utama, kesemua pelapik ini
diletakkan air hingga parasnya. Ini bagi memastikan adanya bekalan air yang boleh diserap oleh pokok setiap masa.
Ads
Letak Air Dalam Pasu
Selain itu, langkah lain yang anda boleh lakukan adalah meletakkan air ke dalam pasu sepenuh-penuhnya. Kemudian tinggikan sebelah pasu dengan batu atau
pelapik. Sebelah kiri pasu sebaiknya pilih bahagian yang berlubang supaya membolehkan air keluar melaluinya.
Ads
Botol Air Mineral
Ini patut anda cuba. Gunakan botol mineral yang sudah digunakan dan isilah air hingga penuh. Kemudian benamkan hujung botol ke dalam tanah. Cara ini
membolehkan tanaman sentiasa dibekalkan dengan air. Jika tanaman ditinggalkan tanpa siraman pada tempoh yang agak lama, anda boleh sahaja menggunakan
botol mineral yang besar.
Selamat mencuba dan bercutilah dengan gembira dan tenang tanpa memikirkan tanaman-tanaman di rumah. Semuanya pasti terjaga dengan baik. Paling penting
sentiasa dekatnya dengan cahaya matahari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pastinya ingin memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Biarpun telah mempunyai anak yang ramai, semarak kasih sayang harus sentiasa menjadi perkara utama dalam hidup.
Justeru itu, jom kita semak 8 panduan mengekalkan cinta agar kasih sayang kekal bersemarak hingga ke akhir hayat
1. Buang syak wasangka
Perkara paling utama untuk mengukuhkan cinta yang sedia ada ialah menjauhkan diri daripada syak wasangka terhadap pasangan. Ada banyak sebab yang memungkinkan hubungan jadi hambar dan tak semestinya berpunca daripada orang ketiga. Kesilapan anda terlalu mudah menaruh syak kepada pasangan boleh menyebabkan kasih sayang menjadi hambar dan boleh menjadi pudar.
2. Betulkan mana yang silap
Sebagai suami atau isteri, anda juga perlu sentiasa betulkan diri. Tak cukup dengan menyelidik diri sendiri tetapi anda perlu berbincang dan berterus terang dengan pasangan. Cari masa dan ketika yang sesuai kemudian berundinglah. Jangan terkejut jika pasangan tak nak berbincang. Cuba dan cuba tapi jangan pula setiap hari! Berikan pasangan anda masa!
3. Luah apa yang dirasa
Senaraikan kelemahan yang anda rasai sendiri. Jika terasa salah sendiri, berusaha untuk mengatasi kesilapan tersebut. Jangan berbangga diri mengatakan diri tidak bersalah. Sebagai manusia, kita semua tak sempurna. Kita miliki kelebihan dan dalam masa yang sama, kita juga mempunyai kelemahan.
4. Pukau pasangan dengan kasih sayang
Kasih sayang bak benih tanaman. Jika benih tersebut sentiasa disiram dan dibaja, ia akan tumbuh subur. Sebaliknya jika dibiarkan tanpa siraman dan baja, akan layu dan mati. Anda perlu gunakan luahan sayang dan belaian mesra.
Luahkanlah rasa kasih anda dalam nada yang amat romantis dan menggoda, ciumlah pasangan anda dengan penuh rasa cinta. Bimbang dikatakan buang tabiat? Ketepikan kebimbangan tersebut! Lakukan saja dan jika benar perkataan tersebut keluar dari mulut pasangan anda, jawablah dengan penuh kasih sayang dan suara menggoda. Anda lakukan semua itu sebab rasa cinta dan rindu yang amat sangat kepada pasangan.
5. Buat kejutan
Sebagai contoh, jika selama ini hari jadi suami atau isteri atau majlis ulang tahun perkahwinan hanya disambut biasa, sekadar ucapan, kad dan hadiah, tukarlah kebiasaan tersebut kepada satu majlis hari jadi agak luar biasa, tak perlu besar, cukup disambut dengan bersama pasangan dan anak-anak tetapi dalam suasana yang berbeza daripada sebelum ini.
6. Imbangi antara kerjaya dan rumah tangga
Keseimbangan wujud apabila anda berjaya memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi kepada rumah tangga dan kerjaya. Tumpuan 100% kepada kedua-duanya dapat dilakukan bila anda mampu membahagikan masa sebaiknya.
Elakkan bekerja lebih masa tanpa perancangan sebelumnya. Kalau tak boleh dielakkan juga, bawalah kerja balik ke rumah tetapi pastikan pasangan dan anak-anak diberikan perhatian lebih dulu. Maklumkan kesibukan tiba-tiba anda kepada pasangan agar pasangan tidak ternanti-nanti hingga boleh timbul kekeliruan dan salah faham.
7. Kualiti masa bersama
Pastikan anda mempunyai masa untuk pasangan. Biasakan anak-anak tidur cepat, anggaran jam 9 malam atau paling lewat 10 malam adalah masa sebaiknya untuk kanak-kanak tidur.
Jadi, anda mempunyai antara satu hingga dua jam untuk diluangkan bersama suami isteri. Misalnya, menonton televisyen bersama, bergurau senda, berbual dan paling penting untuk berbincang tentang segala perkara berkaitan hubungan dan perkahwinan.
Wujudkan satu sesi perbincangan keluarga melibatkan suami isteri dan anak-anak. Peruntukkan juga satu hari penuh daripada masa seminggu anda untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama suami isteri dan anak-anak.
8. Doa
Sentiasa berdoa agar kasih sayang suami isteri sentiasa utuh, kekal dan mekar hingga ke akhir hayat. Tak perlu tunggu waktu solat sahaja sebaliknya berdoalah setiap ketika kecuali ketika qada hajat (buang air kecil atau besar).
Insya Allah, dengan segala ikhtiar dan doa anda kepada-Nya, kasih sayang suami isteri akan kembali bersemarak dan kekal hingga akhirnya.
Ibu bapa mana yang tidak bahagia apabila melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran. Pantas masa berlalku, pelakon, Sari Yanti baru-baru ini meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya meraih anugerah kecemerlangan akademik.
Pelakon kecil molek yang popular dengan drama siri Kisah Kaisara itu berkongsi momen ini di laman Instagramnya dengan memuat naik foto di samping anak lelakinya, Barr Al-Aliy, 13, yang lengkap berpakain akademik iaitu jubah dan mortarboard.
“Kejap je dah naik tingkatan 1, Dia dapat anugerah hari ni. Anugeah kecemerlangan akademik. Tahniah anak mama. Syukur alhamdulillah. Rabbi Habli Minassholihin” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengucapkan tahniah dan
mendoakan kejayaan Barr Al-Aliy di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh. Tidak kurang juga ramai yang memuji kecomelan dan kecantikan Sari Yanti, ibarat ‘kakak dan adik.
Sekadar info, Barr Al-Aliy adalah anak Sari Yanti bersama bekas suami, Mohd Edy Casmadi Che Hussin. Selain Barr, Sari turut memiliki seorang lagi cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Baasit Al-Hag, 12.
Sari Yanti yang kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 21 bulan.
Sumber : Instagram Sari yanti
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sudah pastinya sekarang laman media sosial dibajiri posting daripada bekas calon SPM 2020 yang mempamerkan slip keputusan masing-masing bagi berkongsi kegembiraan.
Penat lelah berjuang demi kejayaan berbaloi akhirnya apabila mendapat keputusan yang cemerlang. Malah dapat membanggakan ibu bapa dan keluarga.
Apa yang menarik salah satu posting menerusi tiktok menarik perhatian ramai apabila sebuah keluarga menyaksikan penuh debar keputusan SPM. Namun akhirnya bersorak bagaikan menyaksikan ‘game’ bola apabila keputusan diketahui.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 308.3K tontonan dan 44.8K tanda suka perkongsian di TikTok
Perkongsian video daripada Amir Ashman, ia memaparkan ahli keluarganya sedang menunggu keputusan SPM adik perempuannya yang terpampang di skrin TV.
Meluahkan kata tidak percaya kecemerlangan adiknya yang mendapat straight A’s.
“Omg am I even her brother, pandai bongok,” .
Kelihatan ibu dan ayahnya memeluk adik perempuannya tanda bersyukur atas kecemerlangan adik perempuannya.
Meninjau di ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah atas kejayaan. Namun apa yang mencuit hati ada yang menyifatkan cara keluarga ini melihat keputusan peperiksaan SPM ahli keluarganya bagaikan melihat permainan bola sepak. Bahkan ada yang memuji melihat keharmonian keluarga bahagia.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...