Nak Pastikan Bekas Plastik & Bekas Bekalan Anak Harum Tanpa Bau Busuk, Ikut Cara Ni!

Share

Bagi mak-mak, bekas makanan plastik atau tupperware menjadi satu kepentingan di rumah. Selain berfungsi untuk meletakkan makanan, bekalan, bekas makanan ini juga menjadi benda utama setiap kali hendak menyimpan barang.

Malah ada yang menjaganya dengan baik dan meletakkan di dalam satu almari khas, khusus untuk menempatkan bekas-bekas plastik ini.

Pun begitu, menjaga bekas plastik haruslah lebih gigih usahanya. Jika tidak dibersihkan dengan baik dan dicuci dengan bersih, bekas makanan plastik ini akan meninggalkan bau yang kurang enak.

Bau bekas plastik seakan berbau hapak buat kita rasa pening bagaimana hendak mencucinya hingga bersih. Walaupun mencucinya berkali-kali, bau ini masih ada. Lebih-lebih lagi apabila makanan jenis berminyak. Bagaimana mengatasinya masalah bau ini? Lima cara ini pasti membantu!

Roti
Kepingan roti putih ini sangat banyak kegunaannya pada kita. Selain meletakkan di dalam kereta yang baru di beli, roti putih ini juga boleh anda letakkan di dalam bekas plastik yang sudahpun dicuci. Carik-carikkan roti di dalamnya dan tutup kemas. Biarkan semalaman dan lihat hasilnya.

Garam
Garam yang bersifat alkali mampu meneutralkan rasa dan bau yang terperangkap di dalam bekas plastik. Ambil satu sudu makan garam dan masukkan ke dalam bekas plastik berkenaan. Tutup dan goncang supaya seluruh kawasannya terkena garam. Biarkan seketika. Ia bukan hanya menghilangkan kesan makanan yang terperangkap bahkan juga menghilangkan baunya.

Lemon
Rendaman lemon dengan air panas juga dikatakan baik untuk menghilangkan masalah bau ini. Biarkan seketika asid masam lemon meresapkan baunya dan lihatlah hasilnya.

Kopi
Selain garam dan roti, kopi juga merupakan salah satu cara bijak menghilangkan bau. Kopi membantu menyerapkan bau yang tertinggal. Masukkan satu sudu kecil serbuk kopi ke dalam bekas yang berbau dan tutup. Biarkan beberapa hari, kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Kertas Surat Khabar
Pilihan terakhir adalah menggunakan kertas surat khabar. Ramas beberapa helaian surat khabar kemudian celupkan dengan sedikit air. Letakkannya ke dalam bekas tersebut dan tutuplah kemas. Biarkan selama beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung di dalam kertas surat khabar mampu menyerap bau dari bekas plastik ini. Selamat mencuba.