Pesanan dan nasihat orang dulu-dulu antaranya suka ingatkan sebelum hendak ubah orang lain, tengok dulu diri sendiri.
Mungkin ada betulnya hal itu. Malah kenyataannya juga bukan mudah untuk mengubah seseorang!
Ini memandangkan untuk mempengaruhi orang lain hatta di kalangan ahli keluarga sendiri memang payah. Apatah lagi diri sendiri punya kekurangan, memang agak sukar.
Oleh itu sebaiknya jika mahukan perubahan, ubahlah dulu diri sendiri kerana ia lebih mudah dilakukan. Bila ini terjadi, dengan izin Allah ahli keluarga juga akan turut mendapat kesannya di atas perubahan yang dilakukan.
Jadi bagaimana langkah pertama yang harus dilakukan?
Untuk lebih jelas, perkongsian daripada Puan Nur Khairunnisa ini jadikan panduan.
Ini perkongsiannya.
Tak semua ibu reti influence anak.Tak semua isteri reti influence suami.
Cuma, satu benda yang pasti, kita mampu influence diri sendiri dahulu bahawa
1- Di dalam diri anak kita, pasangan kita, ada kebaikan. Carilah. Acknowledge. Really syukur dulu.
2- Di dalam diri anak kita, pasangan kita, ada kelemahan. Sama macam kita. Banyak kelemahan.
Keluarlah dari state denial. Sakit nak confront dengan realiti sebenar. Its ok.
Allah kan ada.
Ads
Pelajarilah. Put everything yang kita tak puas itu on paper. Try to understand their situation.
Understand first then to be understood. Lihat dengan mata hati penuh sayang. And work on it. Fokus on APA dan BAGAIMANA u can help them or the situation to be better. One by one.
3- Anak dan pasangan..both manusia. Kita pasti ada ruang untuk bercakap heart to heart. Cara memuji. Cara menegur. Cara meminta.
Cuma kadang, cara untuk memuji, menegur, meminta mereka itu tak semudah terus menyebut kata kata. Kita kadang kene step backword sikit, ketepikan ego sikit, supaya kita dapat pikat hati mereka.
4- Anak yang keluar dari rahim kita. Pasangan yang kita akad dengan dia dulu. Mereka adalah insan penting yang dekat dengan kita..yang Allah hadiahkan kepada kita.. supaya kita dapat upgrade ilmu, dapat upgrade ibadah dapat gain experience.
So, always ask, “Apa yang Allah nak ajar aku?”
Contoh:
Ads
-Anak susah dengar kata.
Mungkin…
Allah nak minta kita check berapa cepat kita dengar kata untuk sujud pada Dia di saat kita dengar ayatnya, dengar azan yang dilaungkan? Berapa mudah kita take action?
-Pasangan tak pandai ucap terima kasih. Tak pandai romantik. Tak pandai kerjasama. Asyik ada sahaja sesi tak puas hati perang mulut.
Mungkin…
Allah nak tegur, wahai hambaKu, Aku rindu dengar kata kata pujianmu buatKu. Aku rindu dengan sujudmu bermanja denganKu di saat orang lain sedang tidur.
Sahabat,
Tiada yang kebetulan dalam hidup ini.
Ads
Ada orang nak bahagia di akhirat sahaja. Takpelah merana di dunia. Miskin dunia.
Ada orang nak bahagia di dunia. Akhirat tidak mengapa. Belum sampai masa.
Tapi kan…
Allah da beri precise doa yang membolehkan kita dapat dunia di tangan akhirat di hati. Cuma, untuk kita dapat hasilnya, kita perlu move on, always set in mind “WHATS NEXT?” and trust the process.
Ini doanya,
Rabbana atina fid dunya hasanah. Wa fil akhirati hasanah. Waqina azabannar.
Wahai Tuhanku, berilah aku kebaikan di dunia. Dan kebaikan di akhirat. Dan lindungi aku dari azab api neraka.
Kita submit doa dengan kefahaman, cinta dan tindakan.
Moga asbab Allah permudahkan segala urusan.
Bismillah. Tawakkaltu AlaLLah.
Ummi Nisa
Just sharing my 2 cents dari apa yang saya belajar.
Baru-baru ini, usahawan dan influencer terkenal, Hafiz Mahamad meluahkan rasa syukur apabila dia telah berjaya merangkul pemenang utama Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA22) dan anugerah Digital Influencer Tergempak.
Berikutan itu, Hafiz ada memuat naik satu perkongsian di laman Instagramnya, dia tidak menyangka sama sekali bakal menerima dua anugerah tersebut dan percaya rezeki yang diterimanya adalah hasil daripada menumpang rezeki isteri.
“Dua anugerah serentak semalam. Demi Allah, selama saya bersahabat dengan kamu di laman sosial. Tak terlintas niat saya untuk dibalas, dihargai dan lebih-lebih lagi menerima award.
“Jika ini ada lah rezeki, saya percaya. Ini adalah rezeki untuk “lelaki yang hanya menumpang rezeki isteri” dan awak semua,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad memaklumkan isterinya, Syafiqah Aina enggan naik ke pentas namun selepas Hafiz memaksa Aina untuk naik ke pentas sekali untuk menerima anugerah tersebut.
Dalam pada itu, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada pekerjanya yang selama ini memberi sokongan dan tulang belakang yang membantu berjaya sehingga ke tahap ini.
“Waktu naik ke pentas semalam, saya pimpin tangan isteri walaupun dari rumah lagi dia kata “abang jangan ajak sayang naik stage” nanti malu!
“Tidak Aina perlu ada. Sampai nafas terakhir, saya tak akan terima apa-apa anugerah tanpa dia ditepi, kerana saya malu. Biarlah semua ni kita rasa sama-sama.
“Untuk awak yang menyokong, terima kasih. Awak dah bahagiakan isteri & pasukan saya. Saya terhutang budi dan saya akan balas semuanya semampu yang boleh,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak ketika melihat Hafiz menarik tangan isterinya untuk naik ke atas pentas menerima trofi tersebut. Malah, mereka juga tidak melepaskan peluang dalam menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut atas anugerah yang diterima oleh mereka.
Sumber : Instagram Hafiz Mahamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kehilangan anak yang disayangi nyata memberi kesan mendalam dalam hidup ibu dan ayah. Apatah lagi bila pemergian anak tersebut berlaku di depan mata tanpa kita sendiri mampu untuk membantu anak di saat yang sukar tersebut. Pun begitu, apa lagi daya yang boleh dilakukan oleh seorang ayah ini, bila mana anak yang sering menemaninya menemui ajal akibat diseret lembu sejauh 50 meter.
Ini sebagaimana memetik laporan di Harian Metro, Raja Abdul Wafi, 6, maut akibat diseret lembu sejauh 50 meter, di Kampung Rahmat, Jeli, jam 6.40 petang semalam.
“Lembu itu sudah seperti rakan karib anak, dan menjadi binatang kesayangannya sejak dua tahun lalu.
“Saya tidak sangka ajalnya berakhir disebabkan lembu berkenaan,” luah Raja Hishamuddin Raja Yusuf, 29.
Lelaki itu adalah bapa kepada Raja Abdul Wafi, 6, yang maut akibat diseret lembu sejauh 50 meter, di Kampung Rahmat, Jeli, jam 6.40 petang semalam.
Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, sudah menjadi rutin setiap hari anak sulungnya itu akan mengikutnya ke padang untuk mengambil lembu peliharaannya.
“Setiap petang kami berdua akan bersama-sama ke padang mengambil 13 ekor lembu yang ditambat di lokasi berkenaan kira-kira satu kilometer dari rumah.
Walau Sedih Namun Reda
“Lembu itu memang menjadi kesayangan anak saya kerana sudah dua tahun kami menjaganya sejak Abdul Wafi berusia empat tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, ketika kejadian seperti biasa dia akan mencabut tunggul lembu berkenaan serta yang lain untuk melepaskannya, sementara dia dan Abdul Wafi akan mengikut dari belakang dengan motosikal.
“Bagaimanapun ketika itu, saya yang berada tidak jauh dari lokasi tiba-tiba terkejut melihat Abdul Wafi sudah diseret lembu berkenaan, namun saya tidak boleh mengejarnya kerana bimbang lembu berkenaan lari lebih laju.
“Saya tidak tahu bagaimana lembu berkenaan boleh lari, mungkin ketika itu anak saya sedang bergurau dengan lembu itu menyebabkan binatang itu berlari dalam keadaan tali terbelit pada kaki Abdul Wafi.
“Saya hanya menghampiri anak selepas lembu berkenaan berhenti berlari dan ketika itu Abdul Wafi sudah tidak sedarkan diri,” katanya sambil menahan sebak.
Raja Hishamuddin berkata, walaupun sedih dengan kehilangan mengejut anak kesayangannya itu, namun dia reda dengan ketentuan takdir.
Merajuk Jika Tak Bawa
“Sejak kebelakangan ini Abdul Wafi begitu prihatin terhadap lembu berkenaan dan jika saya ke padang tanpa membawanya, dia akan mengamuk serta merajuk.
“Lembu itu juga sangat jinak dengan anak saya dan apa yang berlaku itu memang mengejutkan kami sekeluarga.
“Malah sehingga kini keadaan emosi isteri saya masih tidak stabil, lebih-lebih lagi dalam keadaan mengandung,” katanya sambil memaklumkan jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Lanas, Jeli.
Dalam kejadian jam 6.40 petang semalam, Raja Abdul Wafi meninggal dunia di Hospital Jeli akibat kecederaan parah di kepala berikutan diseret lembu sejauh 50 meter.
Kejadian berlaku ketika mangsa ke lokasi kejadian bersama bapanya untuk mengambil lembu peliharaan mereka.
Lazimnya kita sering mendengar, orang dulu-dulu bila tiba malam Jumaat akan membaca surah Yasin. Jika tidak dibaca beramai-ramai di surau, pasti akan dibaca secara sendirian di rumah. Tidak pun surah yasin akan dibaca ketika majlis-majlis tahlil.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya membaca surah Yasin ini tidak hanya dikhususkan pada hari-hari tertentu, bahkan adalah lebih diamalkan dalam kehidupan harian.
Melalui perkongsian daripada Yusra Idham di akaun fbnya berkenaan satu kisah amalan membaca yasin wajar untuk kita jadikan panduan. Ini perkongsian penuh daripadanya:
Dulu masa arwah Abah ada, Mak selalu pesan. “Nak Abah sihat, jangan tinggal Yasīn setiap pagi. Amal dan doa moga Abah diberi kesihatan yang baik.”
Masa tu, amal jer sebab sayang Abah. Nak sangat Abah kembali macam biasa. Gelak-gelak, melawak, ceria, boleh jalan-jalan.
Saya tak pernah tahu apa kelebihan baca Surah Yasīn setiap pagi. Hingga kakak saya Suwaidah Idrus syorkan baca Surah Yasīn. Kebetulan saya memang futur waktu tu dan rasa down sangat-sangat. Beliau lah yang menceritakan kelebihan-kelebihan baca Surah Yasīn dan keajaiban yang berlaku kepada beliau setelah mengamalkan surah ini.
Dia kata, “duk jauh dengan family elok amal surah Yasīn. Nak apa, niat jer sambil baca Surah ni. In shaa Allah, Allah maqbulkan.”
Ternyata setelah bertahun-tahun saya amalkan, Alhamdulillah satu persatu Allah makbulkan.
Antaranya, walaupun saya selalu mohon pada Allah moga Abah kembali sihat, dalam masa yang sama saya juga mohon untuk Allah beri kesempatan untuk saya berkhidmat untuk Abah.
Dan Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya, walaupun baru jer balik cuti tapi saya sempat untuk berkhidmat hingga nyawa abah yang terakhir.
Beberapa doa yang lain saya mohon pada Allah, Allah makbulkan.Walaupun lambat, Alhamdulillah saya perolehinya.
Ayuh sahabat. Saya nak sangat ajak sahabat-sahabat sama-sama amalkan surah yasīn di awal pagi sebagai permulaan sebelum kita melakukan sesuatu.
In shaa Allah biiznillah jika niat kita baik, Allah akan bantu.
Petikan ini dari buku #DiaAturKitaAkur hasil karya cikgu Khairy Tajudin.
Ini pula jawapan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan secara lebih detail tentang kelebihan membaca surah Yasin.
Berdasarkan soalan di atas, membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran. Selain itu, hadith Nabi SAW juga menunjukkan bahawa sesiapa yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang besar. Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.[Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835]
Hadith berkaitan kelebihan membaca Yasin
Terdapat sebuah hadith yang dinilai sahih oleh Ibn Hibban walaupun status menjadi perselisihan oleh para ahli hadith, namun Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam kitabnya Sahih Ibn Hibban. Daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akandiampunkan dosanya”. [Riwayat Ibn Hibban, no. hadith 2574]
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali al-Quran”. [Riwayat al-Tirmizi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 2812 dan riwayat al-Darimi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 3282]
Hukum hadith
Imam al-Tirmizi mengatakan bahawa hadith ini gharib.[Lihat: Sunan al-Tirmizi, no. hadith 2812]
Imam al-Mizzi dan Imam al-Zaila’iy menaqalkan pendapat al-Tirmizi yang menyatakan salah seorang daripada perawi di dalam hadith ini adalah majhul iaitu Harun Abu Muhammad. Selain itu, al-Hafiz Ibn Hajar juga berpendapat sedemikian.
Imam Ibn Kathir menyatakan tidak sahih disebabkan sanadnya dhaif (lemah).
Daripada Ubaiy bin Ka’ab, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin kerana Allah SWT akan diampunkan oleh Allah SWT akan dosanya, akan diberi ganjaran pahala seperti membaca al-Quran sebanyak 12 kali. Begitu juga, apabila dibacakan surah Yasin pada orang yang sakit, akan turun kepadanya setiap satu huruf sepuluh orang malaikat yang akan berdiri di sisinya dalam keadaan berbaris dan para malaikat tersebut akan selawat dan beristighfar kepadanya serta menyaksikan ketika nyawanya diambil dan akan memandikannya. Tambahan pula, akan mengikut jenazahnya serta sembahnyang ke atasnya dan menyaksikannya ketika ditanam. Selain itu juga, apabila dibacakan surah Yasin ke atas orang yang sakit ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak akan diambil nyawanya oleh malaikat maut sehingga datang malaikat Ridhuan iaitu penjaga syurga dengan membawa minuman daripada syurga maka orang tersebut akan meminumnya ketika berada di atas katil maka dia pun meninggal dalam keadaan tenang dan orang tersebut tidak mengharapkan lagi telaga daripada telaga nabi-nabi sehingga dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan tenang (bahagia)”.
Hukum hadith
Syeikh al-Albani menghukum hadith tersebut adalah palsu.[Lihat: al-Silsilah al-Dhaifah, no. hadith 4636]
Dikatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan rakaat kedua surah al-Mulk. Allah SWT jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima buku amalannya di tangan kanannya dan diberi kesempatan untuk membela 70 orang daripada ahli keluarganya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik”.
Hukum hadith
Kami tidak menjumpai asalnya. Ini kerana, asal di dalam ibadat adalah tawaqquf (terhenti) sehingga adanya dalil yang menceritakan akan hal tersebut.
Tarjih
Setelah kami melihat terhadap hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin ini, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa kebanyakan hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin adalah dhaif (lemah) atau palsu. Walaupun begitu, kita sangat digalakkan dan dituntut untuk sentiasa melazimi dan membaca al-Quran tidak kira masa atau tempat, berdasarkan dalil umum yang terdapat di dalam al-Quran dan juga di dalam al-Sunnah al-Sahihah.
Penutup
Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan al-Quran serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara lidah kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.