Nak Pasang Lantai Vinyl, Sebelum Tu Baca Dulu Perkongsian ‘Sifu’ Ni Agar Tidak Bahayakan Kesihatan!

Share

Pemasangan lantai vinyl secara DIY kini kian diminati ramai, memandangkan kaedah pemasangannya tidak memerlukan sesuatu yang begitu teknikal dan nyata boleh dilakukan sendiri.

Selain mengambil kira teknik pemasangan yang rapi untuk dapatkan hasil yang kemas, jangan pula abaikan aspek kesihatan.

Mungkin, kita tidak terfikir pun ada kesannya semasa proses pemasangan dengan material gam yang digunakan boleh memberi kesan pada kesihatan.

Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh pakar dalam bidang pemasangan lantai vinyl dan eloklah kita jadikan panduan bersama.

Ini perkongsiannya.

Sejak beberapa hari ni banyak isu mengenai vinyl flooring.

Gambar hiasan

Di sini saya nak berikan beberapa tips.. (Pengalaman saya masih cetek lagi dalam industri ni…Cuma baru 13 tahun dan masih belajar)

1. Saya cadangkan pakai acrylic vinyl glue.. Ikut pengalaman saya yg tak seberapa ni, gam yg baik atas saranan pengeluar vinyl lebih tahan dan tidak memudaratkan kesihatan.

Saya pernah berjumpa sorang “sifu” cina boleh dikatakan otai dalam industri pemasangan lantai vinyl dan seumpama dengannya… Katanya.. Sayangi otak, jangan pakai gam contact glue/dunlop.. Sifu tu dah pun kena stroke disebabkan selalu terdedah dengan menghidu contact glue.

KALAU TANYA SAYA SERIBU KALI PUN, SAYA AKAN JAWAB “TIDAK UNTUK CONTACT GLUE… SAYA SAYANG KESIHATAN SAYA”

2. Buka sedikit hujung kotak vinyl sebelum 48jam masa pemasangan. Bagi menyesuaikan suhu keadaan bilik dengan vinyl.

3. Gunakan trowel bergigi 2mm untuk menyapu gam. Bagi memastikan semua permukaan gam lekat sempurna.

4. Pastikan lantai simen betul² kering dan tanpa habuk sebelum pemasangan.. Jangan malas.. vakum dulu sebelum menyapu gam.
Nak tau camana simen tu betul² kering?
Ambil cawan kaca dan telungkupkan atas lantai.. biarkan 48jam.. Kalau wap terlalu banyak berkumpul maknanya lantai masih belum betul² kering..(ada cara dan teknik utk pemasangan dengan lantai sebegini)

Gambar hiasan

5. Lantai yg tak rata dan ponding juga antara penyebab pemasangan vinyl bermasalah.. Buat self leveling menggunakan leveling compound… Yg ni agak teknikal dan costing tapi berbaloi.

6. Dapatkan vinyl yang berkualiti.. Study dulu jenama vinyl yang betul² “Boleh Pakai”.. Penjual akan cakap ” Jenis ni memang tahannnnn”…. semua indah.. Tapi jangan pula harapkan harga yg murah tu tahan seperti yg didambakan..

Vinyl yg masuk Malaysia ada macam² kualiti.. Kualiti “sampah” pun banyak dalam pasaran.. Sayangi duit anda.. Upgrade lantai ni bukan kecik² modal.. Investment tu sebenarnya.. Pastikan ianya berbaloi…Mahal sikit x pe..asalkan puas hati..

6. HARUS DIINGAT!!! VINYL ADALAH FLOOR COVERING.. Jangka hayat vinyl sekitar 5-10 tahun bergantung pada iklim dan cara maintenance..

Sumber : Awisqarni ZulKiflee

Boleh juga klik link ni untuk yang ingin membeli online lantai vinyl.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club