Nak Pasang Lantai Vinyl Buat Kiraan Begini Sebelum Beli. Pasti Cukup & Tak Membazir!

Share

Selain untuk menjadikan ruang rumah nampak bergaya dengan penggunaan lantai kayu vinyl, dikatakan juga ia dapat memberi keselesaan pada kaki yang melangkah di atas lantai tersebut.

Bahkan lantai vinyl ini cukup mudah dilakukan dengan pemasangan sendiri.

Oleh itu, andai ada yang merancang untuk lakukan diy, sebelum membeli lantai vinyl elok kiranya ketahui tips atau formula untuk membuat pengiraan kuantiti yang diperlukan untuk sesuatu ruang.

Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.

Memandangkan ramai yang tanya macam mana cara nak kira untuk dapatkan berapa keping nak guna di setiap ruang.

Jadi mak pesan jika kita mudahkan kerja orang lain Allah SWT akan permudahkan urusan kita. Meh saya ajar cara kiraan ye..

*1kaki = 12inci
Contoh ruang yg kita nak buat tu saiz dia panjang 20 kaki kita tukarkan dulu kepada inci 20kaki x 12inci = 240inci..

Lebar pula katakan 15kaki tukar kepada inci dulu 15kaki x 12inci = 180inci.

Sekeping vinyl panjang dia 36inci dan lebar dia 6inci. So kiraan untuk tau berapa keping nak guna formula dia panjang x lebar.

240inci x 180inci =43,200
36inci x 6inci = 216inci
43,200 bahagi kan dengan 216 = 200 keping jadi tambah la dalam 5 keping sebagai extra =205 keping semua sekali.

Harap semua paham dengan kiraan ni.. Jika tak paham boleh je komen jumlah panjang dan lebar ruang korang nanti saya akan cuba bantu kirakan.. Semoga dengan ilmu yang saya bagi ni bermanfaat buat semua..

Sumber : Ameer Rahman