“Nak OOTD Sama Anak, Jangan Sampai Tak Selesa” Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara!

Share

Biarpun baru pertama kali bercuti ke luar negara bersama anaknya, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat lega bila mana melalui pengalaman menaiki kapal terbang serta bercuti dengan baik hingga tiba destinasi.

Menurut perkongsiannya di Instagram, Ayda yang kini sedang bercuti bersama suami dan anaknya, Ana Nayla ke Taiwan mengakui pengalaman itu menyeronokkan.

Ayda yang kini hamil lima bulan juga turut berkongsi beberapa tip mudah untuk membawa anak kecil ketika menaiki kapal terbang dan bercuti.

“First time baby fly luar negara! Taiwan! Alhamdulillah semua okay. Flight kita 5 hours, Nayla tidur 3 jam lebih. Dia bangun, makan and main then sampai!

“Here we go! Tips mommies and daddies bawak anak kecik fly!

1. Pack barang yang perlu untuk bawak naik flight, yang tak perlu boleh check in saja untuk elakkan bawak barang banyak and berat ke atas.

2. Boleh bawa baby food, snacks dan mainan kecil

favourite anak.

3. Bantal kecil dan selimut kecil kalau perlu.

4. Boleh main dulu dengan anak sebelum fly, supaya nanti kat atas kapal terbang anak dah penat dan mengantuk. Hehe!

5. Beri pakaian yang selesa! Faham kadang-kadang mommy nak ootd naik flight dengan anak, tapi kesian kat anak sampai tak selesa.

6. Kalau anak takut naik flight atau tiba-tiba tantrum, mommies and daddies please jangan marah anak, mengamuk dalam flight. Try la pujuk ya? Kesian dia tak biasa and takut atau mungkin tak selesa,” ujarnya berkongsi.

Anak happy sepanjang bercuti

Malah menurut Ayda lagi, sepanjang bercuti ke Taiwan, anaknya Ana Nayla cukup gembira dan riang bercuti bersama-sama ibu dan ayahnya.

“Baby happy sangat kat sini sampai kita tak sure kenapa. Maybe sebab dapat spend time with us, sebab kat Malaysia kita kerja je asyik tinggalkan dia.

“Dah tinggal few months je lagi insyaallah baby nak jadi kakak dah. Korang rasa dia dah ready tak? Share la experience please. Anak 1st akan ada perangai tak nanti bila ada adik,” kongsi Ayda yang sempat bertanya beberapa tip kepada pengikutnya.

Terdahulu, Ayda Jebat yang menjadi duta Salam Taiwan itu turut bercuti bersama suami dan anaknya untuk menjelajah bumi Taiwan.

 

Menarik: Comelnya, Madammu Belanja Wajah Baby Kayden, “Sangat Aktif & Suka Ketawa!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club