“Nak Nangis Rasa Pagi Ni.” Cepatnya Masa Berlalu Bila Semua Anak Mula Sekolah, Datin Rebecca Luah Rasa Sebak!

Share

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka selepas ia ditutup di seluruh negara mulai 9 November tahun lalu, juga menyaksikan murid dan guru menyesuaikan diri dengan norma baharu serta prosedur operasi standard (SOP).

Pelbagai gelagat dan karenah anak-anak dikongsikan di media sosial. Tak kurang juga luahan rasa ibu bapa yang teruja, sedih dan dalam masa yang sama gembira kerana anak-anak sudah mula bersekolah kembali.

Turut sama berkongsi momen anakp-anak memulakan sesi persekolahan adalah pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Islam. Menerusi laman instagramnya, ibu kepada enam cahaya mata ini meluahkan rasa sebak memandangkan semua anak-anaknya sudah mula bersekolah serentak.

Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim…
Aku melepaskan dan aku ibu redha dgn anak anak ku utk ke sekolah,
Dan dengan bantuan,Rahmat serta kasih sayangMu engkau pelihara la anak anak ku dalam jagaan MU YA RABBI 🙏🏻Hanya Kepada MU…

Nak nanggis rasa pagi ni,How Time flies 😢Anak anak mummy semua dah sekolah .. baby @ahmetreaggan bulan 7 ni 3 tahun,baby @noraurora2018 bulan 12 nanti 3 tahun..
Abg @adorablealiff bulan 4 nanti ni masuk 5 tahun..
MasyaAllah Anak anak Ku,besar dah sayang Mom ❤️
#alhamdulillah semua suka school

Kakak @noranggerikrenesmee2013 bulan 9 ni masuk 8tahun,Dan Today First day start balik masuk school,pagi pukul 6 anggerik dah bangun,pukul 7pagi dah kuar rumah..

Kakak @noranggunraverra tahun ni bulan 11 masuk 9tahun, dan Abg @nor_adam_daniel hujung bulan 3 ni masuk 13tahun ..Dua2 masih lagi ONLINE CLASS..

Ya Allah Ya Rabbi,Hanya Engkau Yg Maha Pelindung dan Maha Cinta Dgn Penuh Kasih Sayang..Cintai la Anak Anak Ku Dalam Rahmat Serta Kasih Sayang MU 🙏🏻 Jagain la mereka sentiasa 🤲 ..Jagain La Ke semua Anak anak Yg sudah masuk sekolah🙏🏻
#InsyaAllahDoaIbuTiadaHijab

Rabecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azam Sulaiman pada 24 Januari 2011, dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al- Raffael,  Nor Ahmed Al- Reaggan,  dan Nor Aurora Riana.

Selain itu, Rabecca juga memiliki seorang anak angkat, Nor Adam Daniel  serta dua anak tiri.

Sumber: rebeccanuralislamahmad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club