Nak Nampak Rempah Tersusun Rapi Walau Tak Ada Kitchen Cabinet, Ibu Boleh Buat Ni Dengan Kos RM80.70 Je!

Share

Memiliki ruang dapur yang kemas tersusun rapi dengan adanya kabinet dapur tersergam indah,  pasti mampu membuatkan ruangan dapur nampak hebat dan terserlah.

Pun begitu, siapa kata tanpa adanya kabinet dapur nan sempurna tidak mampu menjadikan ruang dapur cantik bergaya?

Ini telah dibuktikan oleh Fara di mana dengan menggayakan aturan rak yang digantung di bahagian dinding dapur, juga mampu mencipta gaya yang tersendiri untuk ruangan dapurnya.  Lebih hebat lagi,  kos untuk menghasilkannya cukup murah!

Nak tahu lebih lanjut,  ikuti perkongsian ini.


“Hari tu i promise nak share dengan uolls my spice organizer kan, here u go  total RM80.70 and u get your spice organizer yang sedap mata memandang lagi memudahkan kerja2 memasak. Semua item i beli kat Mr.DIY and daiso jer, tak semua barang murah itu tak cantik yee kawan2

Rumah sewa i kitchen dia kecik je kalau dok 2,3 orang kat situ memang akan berlaga punggung laa, so to save space this is the best way. Berangan memang nak buat kitchen cabinet tapi rumah sewa kan so tak payah la better simpan duit tu buat kat rumah sendiri nnt 

Dapur i dinding mozek nak tebuk sayang kan so im using wall hook for my spice organizer  in shaa allah lekat kuat sebab wall hook dari daiso ni jenis hot melt adhesive, cara nak guna i akan share kat bawah ni.

Rak and spice jar i beli kat Mr.DIY je, harga i dah mention kat pic bawah k. Mana yang duduk rumah sewa and ada kitchen comel mcm i boleh cuba cara ni  semoga bermanfaat”-Fara Amirullah 

Bahan-bahan yang diperlukan : 

  1. This is wall hook dari daiso, ada yang 1kg, 3kg, 4kg i ambil yang 6kg harga RM5.57 per pack i beli 4 pack for 4 rack so satu rack guna 2 wall hook ni.

 

2. Rak from Mr.DIY harga RM9.50 i guna 4

 

3. Spice jar ni i plan nak beli kat kedai eco tapi nampak kat Mr.DIY harga jaaaaauuuh lebih murah so rembat kat sini je la, RM0.85 each i beli 24pcs baru RM20.40 murah kan

Cara-caranya : 

This is how u use hot melt adhesive wall hook tu, u kena bakar sikit kat gam yang sedia ada belakang hook tu bagi cair sikit, be carefull ye kena tangan merana oii. Dah cair baru u tampal and let it sit for 2 or 3 hours baru boleh gantung rak u. Wall hook ni nak pakai kat bilik air pon boleh.

Ini hasilnya

My spice organizer berangan sangat nak ada pantri ala2 farmhouse.

 

sumber : Fara Amirullah