Sebenarnya untuk wajah kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Bahkan inilah yang diamalkan oleh orang-orang tua kita satu ketika dulu. Daripada menggunakan bahan kimia, mari kita praktikkan petua mak-mak dan nenek kita. Nak cantik kena usaha! Jom sama-sama kita amalkan;
1. Naikkan seri muka
Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
Basuh muka dengan air kelapa
Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
Ads
Bancuhan serbuk kunyit & madu
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .
Sapu yogurt asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
Ads
2. Hapuskan blackhead & whitehead
Bancuh baking soda & jus lemon
Bancuh dua sudu kecil baking soda dan 2 sudu besar jus lemon, kemudian sapu pada kawasan bermasalah terutama sekali pada bahagian hidung dan biarkan dalam 3 minit.
Selepas itu balut kedua-dua jari telunjuk dengan tisu bersih dan picit keluar whitehead & blackhead.Kemudian bilas bersih.
Ads
3. Hilangkan tanda penuaan pada wajah
Guna air mawar sebagai toner
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
INFO EKSTRA!
Tukar cadar dan sarung bantal Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali sebulan. Ini kerana minyak asli daripada rambut ketika tidur boleh menyebabkan salah satu faktor muka berjerawat.
Ketika mandi, sila pastikan cuci rambut dahulu baru cuci muka. Ini kerana selepas mencuci muka cuci liang pori wajah akan terbuka, kandungan bahan yang ada pada shampoo ketika membilas rambut akan terkena muka. Sekaligus membuatkan pori wajah tersumbat dan boleh mengakibatkan jerawat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Petang-petang begini dapat menikmati kek yang dimasak sendiri sebagai juadah minum petang menarik juga bukan? Dapat pula sedekah kepada jiran-jiran sepotong dua, bertambah berkat menu yang dimasak.
Jadi apa kata, anda sediakan kek ciffon pandan yang gebu gebas ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Mas Cotek ini. Menariknya juga resipinya menggunakan sukatan cawan, jadi lagi mudahlah untuk anda sediakan tanpa perlu ada penyukat matrik yang khusus.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita cuba resipi yang dikongsikan ini.
Kek Ciffon Pandan
Bahan A
6 biji putih telur (telur A)
1 sudu teh cream of tartar
3/4 cawan gula halus
Caranya
1.mix putih telur sehingga berbuih
2.masukkan gula dan cream of tartar
3.mix lagi sehingga kental /bertanduk.. ketepikan
Bahan B
6 kuning telur
1/2 cawan gula halus
1 3/4 cawan tepung self raising (blue key)
1/4 cawan minyak jagung
1/4 cawan air pandan (blend 4 helai)
1/2 cawan santan kara
sedikit pewarna hijau
Caranya
1.Dalam bekas lain mix kelajuan sederhana kuning telur bersama gula halus
2.Masukkan minyak,air pandan, pewarna hijau dan santan.. mix lagi
3.Akhir sekali masukkan tepung..mix perlahan sehingga sebati
4.Langkah seterusnya masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit.. kaup balikkan sehingga sebati
5.Masukkan ke dalam loyang hentak sekali dua
6. Bakar suhu 170 selama 1 jam api atas bawah
7.Keluarkan dari oven terus terbalikkan atas redai kek dan biarkan kek sejuk (lebih kurang 45min)
8. Sisipkan keliling kek keluarkan dari loyang
9. Siap
Nota:
Loyang #Jangan di lanser dgn margerin/minyak dan sebagainya
saiz loyang opah guna 22cm @ 9in
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Selain orang perempuan suka mencuba pelbagai resipi enak untuk dijadikan menu istimewa kepada keluarga, tidak dinafikan bab bercucuk tanam di laman rumah juga menjadi pilihan.
Bukan sahaja pokok-pokok bunga untuk indahkan landskap, bahkan tanaman pokok-pokok harba juga seperti pokok kunyit, serai, pokok daun sup dan pelbagai lagi. Kiranya, dapatlah juga digunakan dalam masakan bila perlu.
Jadi buat yang baru ingin mencuba menanam pokok daun sup, bolehlah jadikan panduan perkongsian ini. Semoga bermanfaat!
Bagaimana Dan Dengan Apa Saya Tanam Pokok Daun Soup, Ok Di Sini Saya Kongsi CARA SAYA Tanam Pokok Daun Soup, Buka Gambar Satu Satu Ada Saya Tunjuk Di Situ, Ok Itu Cara Saya, Jangan Kecam Hehehe….
STEP 1 :
Sediakan bahan-bahan
Tanah semai
Kotak semai
Benih
Plastik sampah
STEP 2
Masukkan tanah semai ke dalam kotak semai.
STEP 3
Tabur benih ( saya tabur banyak sebab malas nak simpan bakinya.
STEP 4
Siram
STEP 5
Masukkan kotak semai tadi ke dalam plastik sampah. Kemudian ikat.
STEP 6
Letakkan di tempat selamat. Bukan apa takut diselongkar kucing.
STEP 7
Inilah pokok yang telah bercambah. Saya pindahkan dalam bekas ala-ala hidroponik (buat macam ni sebab tak rajin nak siram)
STEP 8
Dah besar sikit pisah-pisahkan dan tanam di sini pula. Saya guna baja A B, sukatan tu saya guna EC meter.
Menyediakan menu berasaskan kari tidak akan lengkap tanpa daun kari sebagai penambah aroma hidangan. Walau digunakan sedikit, memadai untuk membangkitkan keenakan rasa sesuatu hidangan.
Pun begitu, kebiasaannya bila kita hendak membeli daun kari mana mungkin dibeli setangkai dua tetapi dijual seikat. Tentunya akan banyak lebihan daun kari setelah digunakan untuk menyediakan juadah enak untuk keluarga. Jika tidak disimpan dengan cara yang betul, lebihan daun kari tersebut akhirnya akan kering, rosak dan dibuang begitu sahaja.
Sebenarnya ada beberapa petua untuk menyimpan daun kari ini agar tahan lama dan aromanya kekal segar walau disimpan lama. Ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh Emma Zam, menurutnya dengan cara menjemur terlebih dahulu daun kari dan kemudian disimpan di dalam bekas kedap udara adalah sangat berkesan untuk pastikan daun kari kekal elok dan beraroma untuk jangka masa yang lama hingga berbulan-bulan.
Untuk itu ikuti tip yang dikongsikan olehnya, semoga bermanfaat.
“Hi semua, selamat duduk rumah. Tebang pokok kari daripada di buang baik simpan
jemur dahkering masuk toples (balang) Nak masak cekup je, bau kekal sama.”
Cara-caranya:
Daun kari dicuci bersih dan kemudian jemur di bawah cahaya matahari.
2. Bila sudah kering boleh simpan di dalam bekas kedap udara. Bila hendak masak ambil sahaja.
Meninjau di ruangan komen, warganet turut berkongsi info ekstra untuk memudahkan lagi proses menjemur daun kari tersebut.
Info Ekstra.
Jemur daun kari dengan tangkainya sekali, jadi daun-daunnya tidak berterbangan sewaktu dijemur. Bila sudah agak kering, barulah lurutkan daun kari dari tangkainya.
Cara menjemur ini juga boleh dipraktikkan untuk daun limau purut, daun kunyit dan daun kesum.
Selain dijemur di bawah cahaya matahari, boleh juga dibakar sekejap di dalam oven. Cara ini lebih mudah dan cepat.
Bila hendak menyimpan di dalam bekas, disarankan jangan padat atau penuh satu bekas. Kena ada ruang agar daun kekal kering dan tidak rosak. Selain itu bila isi terlalu padat daun akan mudah rosak.
Daun kari yang disimpan boleh diletakkan di dalam suhu bilik sahaja tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Boleh beli bekas kedap udara secara online dengan promosi menarik di sini
Sumber : Emma Zam via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...