Nak Murah Rezeki Lepas Kahwin, 3 Perkara Ni Jangan Culas, Baru Rezeki Melimpah Luah.

Share

Rumahtangga bahagia adalah impian semua pasangan. Dalam pada masa yang sama kehidupan pastinya berubah apabila menjalani perkongsian dari segala segi.

Begitu juga dengan rezeki setelah mendirikan rumahtangga. Sudah pastinya apabila rumahtangga itu bahagia rahmat dalam hubungan itu akan memberi kesan kepada kehidupan pasangan.

Sebagaimana perkongsian ini menghuraikan mengenai rezeki selepas mendirikan rumahtangga. Moga menjadi pedoman buat semua . Ikuti sharing oleh saudara Firdaus Shakirin

Rezeki melimpah ruah dalam rumah tangga

Orang lain kawin, murah je rezeki dia…kita kawin, tak murah pun rezeki kita…


Kenapa…?

Bercakap atas pengalaman sendiri, berkahwin memg membuatkan rezeki menjadi semakin murah…time xde bini, tgh bulan makan megi…time ada bini, xde plak mkn megi walaupun gaji tu masih sama, tak naik2…mcm mna bleh jd mcm ni?
Allah bagi kelapangan, Allah bagi kecukupan…

Allah mencukupkan rezeki kita dgn isteri…nak nmpk “cukup” ni senang je, gaji ketika bujang n gaji bila kawin tu sama, tapi kena sediakan keperluan isteri, mkn minum isteri, tanggung isteri, hidup berdua, namun gaji tu masih cukup utk menampung perbelanjaan kita sampai la ke gaji seterusnya…

3 perkara yg kena buat utk Allah murahkan rezeki kita selepas berkahwin :

Jaga solat, solat diawal waktu, jgn tggal solat n ajak serta suruh pasangan utk solat…jgn jadikan suasana rumah tu seperti kubur…maksudnya, hidupkan suasana rumah dgn amal ibadat…rumah yg isinya tak solat, tak beramal ibadat susah rezeki nak masuk sbb hubungan mereka dgn Pemberi Rezeki tu renggang, tak rapat…

Jaga hubungan dgn isteri, dgn ibubapa, dgn mertua, dgn adik beradik, dgn kwn2, dgn org sekeliling…mereka ni adalah org yg mendoakan kesejahteraan kita…org yg rapat dgn kita, org yg mgkin hari2 kita jumpa…jgn ada sengketa, jaga kelakuan serta perbuatan kita dgn mereka…jgn menyakiti hati sesiapapun diantara mereka…

Jgn culas bab kewajipan, tanggungjwb serta tugas sebagai seorang hamba Allah, seorang suami, seorang anak, seorang pekerja…laksanakan, tunaikan, amalkan, buatkan apa yg wajib ke atas diri kita utk buat, apa yg diamanahkan ke atas diri kita utk kita galas…ini hak org lain, yg mana kita berhak utk lakukan tanpa ada alasan sbb hukumnya adalah wajib, tak buat, tak galas, tak tunai maka berdosa…

Nak rezeki selepas berkahwin tu murah, nak urusan selepas berkahwin tu mudah, maka praktikkan 3 perkara diatas dlm kehidupan seharian…

Jgn asyik komplen rezeki tak murah, ada isteri jadi membebankan, kawin jadi menyusahkan, sedangkan diri sendiri tak pernah sujud atas sejadah dan melayan isteri sendiri mcm org gaji yg dibeli dgn lafaz akad nikah…

Sumber: Firdaus Shakirin