Nak Murah Rezeki, Beri Hadiah Kepada Ahli Keluarga. Fahaminya Baik-baik!

Share

Tidak dinafikan siang malam kita berkerja keras kerana ingin mendapatkan rezeki yang berganda-ganda untuk keluarga tercinta.

Namun terkadang terasa seperti rezeki yang dicari tidak lancar dan kehidupan semakin sempit.

Harusnya kita kena berbuat sesuatu agar masalah ini dapat diatasi dan sekali gus dimurahkan rezeki. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian mengenai cara menjemput rezeki yang boleh kita amalkan.

Nak murah rezeki, beri hadiah kepada ahli keluarga. Mudah sahaja, tak perlu pening-pening.

1. Tanya diri, kita simpan tak alamat adik beradik. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak ada, minta hari ini juga.
– hantar makanan kepada mereka.
– yang simple-simple, kurma, pop corn, apa sahaja.
– lazada, shopee bersepah-sepah boleh hantar. Save terus semua alamat adik beradik dan emak ayah di situ. Klik-klik, bayar, settle.

2. Beri emak ayah duit poket specifically untuk beli barang dapur. Cakap kepada mereka “mak, abah duit ni untuk beli ikan ayam nanti, jangan buat benda lain.”
– mereka akan buat, dan akan sentiasa sebut sesama mereka “ayam ni beli duit anak ni,” dan mereka akan sentiasa doakan.

3. Berebut-rebut membeli dan memberi kepada mereka apabila mereka sebut sesuatu.
– ayah sebut rindu nak makan biskut sekian-sekian, berebut pergi beli.
– mak sebut dah lama tak makan itu ini, berebut dapatkan.

Kawan-kawan,

Cikgu saya pesan “memberi makan ini akan buat kepuasan hati. Perut berisi akan buat jiwa tenteram. Dan akan mula ditambah dengan keindahan berdoa.

Hadiah, makanan serta apapun untuk ahli keluarga adalah keseronokan.

Ia mengeratkan, ia menambah jalinan. Banyak-banyak berbuat jangan sesekali tertinggal.

Emak ayah, mentua, pasangan, menantu adik beradik, anak-anak, anak-anak saudara, ipar duai dan sebagainya, semuanya adalah ikatan yang Allah sayang. Jaga mereka, jaga hati mereka, maka Allah akan jaga kita semua.

Sales saya hari ini RM1.27 juta sehari (average). Saya bermula 12 tahun lepas dari RM40 sehari. RM40 x 30 hari, sebulan saya hanya dapat RM1,200. Saya tekad untuk beri hadiah kepada ahli keluarga 10% dari itu. Jadi RM120. Saya pun beli sahaja karipap kecil, popia simpul atau apa sahaja. Saya beli di gerai, bungkus dan hantar di pejabat pos.

Benda itu saya ulang sampai hari ini. Jika dulu hanya beli popia, hari ini saya dah belikan mereka rumah, kereta.

Rezeki memang untuk dikongsi, dan kita kena bermula dengan darah daging sendiri dahulu. Emak ayah, adik beradik.

Di situ akan banyak pertolongan dari Allah.

Benar, adik beradik ada banyak ragam. Lantaklah, tolong sahaja!

Kalau yang paling hampir dengan hati kita pun kita tak boleh nak tolong, bagaimana Allah nak kita tolong lebih ramai lagi?”

Begitulah.

Sumber : Khairul Hakimin Muhammad