Apabila menyentuh mengenai kecantiikan pastinya semua wanita akan berminat untuk mencuba.
Kalau ikut nenek moyang kita memang bahan semulajadi lah yang terbaik untuk jaga dalaman dan naik seri muka.
Lepas tu buat pulak sendiri di dapur lagi dijamin terbaik! Guna 3 bahan dari dapur je dah dapat pakej tubuh sihat bertenaga dan makin hari makin cantik berseri.
Nak cantik kenalah amalkan lah petua ni.
Bahan diperlukan :
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 batang serai
Gula batu (optional)
Air 3 gelas
Cara membuat :
Potong atau hiris semua bahan. Kemudian masukkan 3 gelas air putih. Didihkan sehingga air rebusan menjadi 1 gelas. Pastu minum ler panas-panas. Amalkan seminggu sekali.
Senang je kan nak dapat manfaat dari bahan dapur ni. Kunyit, serai dan halia ni memang banyak sangat manfaat untuk badan tau.
Jangan lupa bersenam dengan pelbagai tip menarik.
Kunyit :
-Bantu sembuhkan luka dengan cepat.
-Melambatkan proses penuaan.
-Membuang lebihan racun berbahaya dan bahan kimia dari badan.
-Meningkatkan antibodi badan.
-Mengawal paras gula dalam badan.
-Kandungan kurkumin dalam kunyit dapat bantu kurangkan lemak badan.
Halia :
-Menurunkan paras kolestrol
-Buang angin dalam badan
-Bantu penghadaman
-Kurangkan berat badan
-Menguatkan imuniti badan
Serai :
-Bantu sistem penghadaman
-Cantikkan kulit
-Buang toksin dalam badan
-Kurangkan bau badan
-Cairkan lemak dan sebagainya
Semoga bermanfaat untuk semua. Jom #SHARE ramai-ramai supaya sama-sama dapat buat untuk kesihatan. Selamat mencuba
Sumber: Mala Mansor
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
DIY Lantai Jenis Vinyl Seluruh Rumah Dengan Modal RM500++. Jimat RM2500. Lelaki Ni Kongsikan Caranya, Mudah & Kemas!
Lantai vinly mungkin tak ramai yang tahu cara memasangnya. Tetapi sebenarnya kaedah ini cukup menjimatkan malah tuan rumah boleh memasangnya sendiri.
Cukup mudah, tak perlu membazir upah kontraktor untuk melakukannyta.
Nak tahu caranya boleh baca perkongsian dari saudara Izzul Islam. Jelasnya lagi, dengan kaedah itu, dia dapat menjimatkan modal sebanyak RM2500 dan hanya mengeluarkan belanja kira-kira RM532 sahaja.
Tak sangka boleh jimat hampir RM2500.
Sebenarnya dah lama survey laminate flooring, tapi tak jumpa yang melekat di hati.
Mozek dekat rumah ni memang agak kurang memuaskan. Ada yang retak, ada bahagian kotoran tak hilang dan ada bahgian yang kopak sedikit.
Baru-baru ni nampak makin ramai orang post pasal vinyl. Harga pun agak murah berbanding laminate flooring.
So apa lagi.. Terus bertindak.
Untuk vinly ni, ada 3mm dan 2mm. Untuk 3mm perlu guna vinyl adhesive. Untuk 2mm macam sticker, buka terus boleh tampal.
Apa yang paling penting vinyl ni ada texture. Tu yang sedap memijak tu.
Saya pilih 2mm memandangkan harganya agak murah. 1 box RM29, ada 16 pcs dengam size 36in x 6in / pcs.
Saya beli 17 box. Kalau nak ikutkan hanya perlu 16 box. Saja beli lebih untuk standby.
Walaupun vinyl ni dah ada pelekat, saya beli lagi gam tambahan untuk kasi lebih kuat melekat.
Total spent dekat sini RM532.
Nak pasang pun mudah. Susun macam main puzzle je.
Bila dah siap, nampak macam ada yang kurang. Rupanya skirting tak ada.
Maka beli lah dekat shopee 27 meter. Total semua RM130.25.
Total keseluruhan RM682.25 termasuk tools RM20.
Nak pasangnya mudah, tapi paling baik buatlah lebih daripada seorang.
Bukan apa, tangkap pinggang oii.. Saya buat demam 2 hari.
Oh ya.. Saya beli vinyl ni dekat Nilai 3. Boleh tengok alamat di resit gambar last sekali.
Tag la pasangan korang. Mana tau ada rezeki boleh buat
……………………………………………………
Nak baca lagi perkongsian saya?Jom join channel saya untuk dapatkan tips, panduan dan info terkini tentang hartanah, kewangan dan perlindungan.
1. Klik https://t.me/IzzulislamSK
2. Klik JOIN.
#izzulislam
Selain itu, bagi anda yang mempunyai masalah pada lantai rumah terutama bagi masalah tikar getah selalu terkoyak. Boleh cuba tip mudah ini iaitu cat lantai tersebut.
Tip ini dikongsikan oleh Man Masyitah menerusi Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY ini.
Hanya DIY sendiri dengan menggunakan cat epoxy ini bagi menggantikan tikar getah yang terkoyak.
Sorry u all since posting sy pasal cat epoxy ganti tikar getah lma yg koyak tu bertubi-tubi comments masuk sorry x dpt nk response smua comment coz terlalu bnyak sgt..
Sy pn bru 1st time cat epoxy ni dkt rmah yg sy swa ni sblum ni pon pkai tikar getah jer..idea ni dpt dri member kita jgk dlm group ni thanks ya..
Cat ni nma epoxy ivory heavy duty
Sy bli 5 liter rm135 jer
Cara2 pengunaan nya
-cat ni kna bancoh dgn epoxy hardener
– once dh bancoh kna gunakan sampai hbis klu x cat akn membeku.
-tempoh masa utuk kering lbih kurang 2 jam tp lg better biarkn seharian
-bnyak pilihan warna jga antarany grey,green yellow n bnyak lg lh..
-sy cat mngunakn brush roller yg kecil ada contoh dlm gambar kt bwah..
-klu bleh guna kn brush kicil untk sapu d bahagian tp dahulu kmudian bru lh guna roller di bahagian tgh..
Apa lg ya ok cukup kot..
Slamat mncuba
Rahsia Cantik Dengan Masker Putih Telur, Murah Lagi Mantap Dengan Cara Ni. Terlajak Mudah!
Memiliki wajah yang cantik, bukan hanya dengan menjaga pemakanan tetapi sebaliknya penjagaan wajah juga penting. Sebab tu kena bermula sejak awal lagi. Selain penggunaan produk moden, anda juga boleh amalkanpetua-petua yang baik untuk kulit.
Tidak salah mencuba petua ini kerana ia bersifat semulajadi. Jika ada sebarang masalah, hentikan sahaja daripada mencubanya. Senang sahaja!
Masker daripada putih telur antara petua tradisional yang diguna pakai sejak turun temurun. Terbukti rahsia putih telur ada baiknya untuk kulit wajah kita, sehingga diyakini sehingga ke hari ini. Pun begitu, jom cuba lima petua daripada putih telur ini. Pasti lebih membantu.
Putih Telur & Madu
Campur sebiji putih telur dan satu sudu besar madu. Kacau sehingga sebati dan sapu ke seluruh wajah dan juga leher. Biarkan selama 15 minit dan kemudian basuh dengan air sejuk. Kulit lebih lembap dan wajah nampak lebih segar.
Putih telur & Yogurt
Campur sebiji putih telur dengan satu sudu besar yogurt. Tambah sedikit gula merah. Letakkan pada wajah dan leher anda dengan secukupnya dan urut dengan perlahan selama 10 minit. Biarkan masker ini selama 10 minit sebelum dicuci. Masker ini dikatakan membantu membuang sel kulit mati dan menegangkan kulit yang makin menampakkan garisan kedut. Wow!
Putih Telur & Oatmeal
Kocakkan putih telur ini bersama dua sudu besar oatmeal. Jadikan ia sebagai pes dan sapu pada seluruh kulit muka. Biarkan ia selama 20 minit dan alamilah perbezaannya secara natural. Sentiasa lakukan hingga terasa kesannya pada anda.
Putih Telur & Lemon
Campurkan sebiji putih telur bersama dua sudu besar jus lemon. Tambah sedikit madu asli. Kocakkan kesemua bahan ini sehingga menjadi buih dan sapu ke wajah dan leher. Tunggu selama 30 minit sebelum anda membasuhnya.
Jus lemon membantu menghilang dan meredakan bintik hitam, kulit mati dan minyak berlebihan manakala putih telur menjadikan kulit lebih tegang. Manakala madu pula membantu meningkatkan lembapan yang hilang.
Putih Telur & Cuka Epal
Campur dua sudu besar cuka epal dengan sebiji putih telur dan gaulkan sehingga sebati. Sapu pada seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit.
Kemudian bersihkan dengan air yang mengalir. Cuka epal akan membersih wajah dan melegakan kulit sementara putih telur akan menegangkan kulit.
Selamat mencuba!
Nak Cantik Macam Wanita Korea, Ibu Anak Sorang Ni Listkan Rahsia Hasil Pemerhatiannya Sepanjang Menetap Di Sana!
Andai kita berbicara tentang wanita-wanita cantik dari pelbagai negara, tentunya salah satunya adalah wanita Korea. Ini memandangkan wanita Korea mempunyai kulit wajah yang putih, halus, bersih dan berseri, bentuk badan yang kurus dan sekali gus menampakkan kecantikan yang diimpikan oleh ramai wanita lain.
Agaknya apakah rutin penjagaan harian mereka hingga menjadikan majoriti wanita Korea sedemikian. Mengetahui hal ini, perkongsian di akaun fb milik Sakinah Omar sungguh bermanfaat memandangkan Sakinah pernah tinggal lama di negara itu.
Jom ketahui 10 rahsia itu dan ternyata kita boleh amalkan. Cuma yang terakhir dalam senarai tersebut, mungkin kita boleh tolak ketepi.
Cara-Cara Orang Korea Jaga Muka & Badan
Sepanjang menetap di Jeju, ada banyak perkara yg kina belajar dari orang korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit & badan. Kalau anda dtg korea mesti perasan kulit diorang ni banyak yg putih, bersih, dan badan pun slim je kan?
Kina pernah tanya sendiri dengan kawan2 Korean cara diorg jaga kecantikan, so kat bawah ni kina list kan beberapa secret tips yg diorg bgtau dan hasil dari pemerhatian kina sendiri:
1) Penjagaan kulit yg wajib ada :
– pencuci muka (kina perasan ada yg cuci muka guna berus muka pobling tu, ni mmg sgt2 berkesan)
– toner
– moisturizer
Ketiga2 benda kat atas ni adalah benda asas yg setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream, night cream, essence etc.. tapi tiga2 di atas adalah yg paling basic. So kalau malas sangat nak ada cream banyak2, at least yg tiga tu mesti ada.
2) Peeling Gel
Ini roomate Korean kina sendiri yang bagitau. Peeling gel ni macam scrub yang exfoliate kulit2 mati & daki2. Wajib pakai sekurang2 nya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga, kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sbb tu kalau tgk kulit badan diorg pun flawless dan licin. Dulu kina pernah jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah stop sebab tak larat nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok kat setiap kedai cosmetic brand Korea, mesti ada Peeling gel ni. Kalau brand Nature Republic kina recommend Aqua Peeling.
3) Sunblock
Kalau kat Malaysia orang kita pakai time nak pergi tepi pantai je kan, tapi org Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan beauty consultant yg bekerja dengan It’s Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni. Tak pakai makeup takpa, asalkan pakai Sunblock. Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik2 jeragat, jerawat, sunburn etc. Bagi org Korea sunblock ni benda basic juga dan tersangat2 lah penting.
4) Tidak makan makanan yg berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yg minimum
Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak & manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang korea slim2.
5) Banyak makan sayur
Kalau sesiapa yg pernah pergi Korea mesti tau pasal ni, menu makanan diorg biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dah la main dish tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan2 sayur ni dan tak perlu explain lagi.
6) Banyak bersukan
Waktu kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut memang sediakan bilik gym. Dan setiap hari gym tu mesti penuh. Kina perhatikan dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga, dan ada yg buat zumba. Yang ini kalau di universiti, kalau di luar pula lain ceritanya. Kina pernah jadi private tutor english kepada 2 org veteran korea (umur dh 50 ke atas). Diorg kata, setiap weekend diorg pergi hiking gunung Hallasan gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50+ ok dan badan diorg mmg slim, kulit pun tegang mcm baru 45+. Kina sendiri pernah panjat Hallasan tu sekali je ? So apa kata kita rakyat Malaysia ni dari spend weekend tengok wayang atau window shopping, cuba tukar aktiviti pergi bersukan pulak.. takkan nak kalah dengan makcik2 kat Korea ni kan.
7) Pakai Face Mask 2kali seminggu
Kawan2 Korean kina kat dorm dulu memang rajin sangat la pakai face mask ni, dan siapa yg pernah sampai korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening taktau nak beli yg mana. Mask ni sangatt membantu untuk lembutkan & buat kulit rasa refresh. Kina perhati kawan2 yg rajin pakai mask kan, kulit diorg licin jenis berkilat tu. Sangat glowing. Kalau anda tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh. Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih & telur kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air. Lepastu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon / limau kat telur tu. Buat 2kali seminggu.
8) Makan seaweed
Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada seaweed yg dah diproses, ada juga seaweed fresh yg dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak collagen yg sangat bagus untuk kulit. Dan org Korea selalu guna seaweed dalam masakan diorg. Siapa pernah makan seaweed sup? Sedap kan? Favourite kina tu.
9) Tauhu
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga mcm seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi visit rumah kawan Korea dan dia serve tauhu mentah + kimchi.. mula2 pelik tp bila makan sedap! Tauhu tu diorg makan colet dengan Kimchi mcm makan kopok lekor cicah sos hihihi
10) Kosmetik surgey
Of course, ni tak boleh disangkal lagi. Tapi surgery ni diorg buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka etc.. untuk penjagaan kulit & dalaman adalah semua yg dah disenaraikan kat atas tu
So boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman lagi, pemakanan, aktiviti sukan etc. Lupa nak mention, mereka sangat menjaga kesihatan sebab health care kat sini sangat2 la mahal. Jadi seboleh2 nya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital.. sebabtu kalau kat Jeju ni nenek2 umur 70-90 tahun masih boleh diving dalam laut sedalam 20meter. Dahsyat kan?
sumber : Sakinah Omar