Nak Mudah Tapi Rupanya Uncang Teh Boleh Undang Bahaya Pada Kesihatan. Lelaki Ni Kongsikan Sebabnya!

Share

Teh antara minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat.

Setiap hari kita membancuh teh uncang bagi memudahkan kerja. Tak perlu menapis dan sebagainya.

Tetapi tahukah anda, teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri. Saudara Muhammad Hassan berkongsi bahaya di sebalik uncang teh.


Terbaca pagi ini mengenai bahaya satu uncang teh di Majalah Sains.

Sedikit ringkasan fakta mengenai ini:

1. Para penyelidik dari Unversiti McGrill di kanada mendapati 1 uncang teh akan mengeluarkan 11.6 Bilion zarah plastik mikro dan 3.1 bilion zarah plastik nano pada suhu 95 darjah Celcius.

2. Dianalisis menggunakan Fourier Transform Infared Spectroscopy(FTIR) dan X-Ray Photoelectron Microscopy(XPS)

https://youtu.be/Xw3Pk1jSNXQ

3. Mengikut kajian World Wide Fund for Nature individu normal menelan sebanyak 5gram plastik setiap minggu dan sekurangnya 50ribu zarah plastik mikro pada setiap tahun.

 

4. Malaysia juga tidak terlepas dari pencemarah mikroplastik tanpa kita sedari.

5. Masyarakat tidak sedar akan perkara ini namun pihak syarikat teh sedar akan perkara ini namun mereka memberi alasan masyarakat sudah terbiasa dan menerima unjang teh terutama mereka menggunakan bahan asas iaitu nylon.

6. Saya mencadangkan merendam teh seperti cara traditional dan menapis teh tersebut dengan menggunakan penapis teh dari buluh atau dari stainless steel.

Nampaknya kita lebih perlu cermat untuk mengambil apa apa minuman dan makanan,terutama apabila makanan tersebut dibungkus dalam polystyrene dan air minuman panas dibungkus di dalam plastik.

Prihatin tentang kesihatan kita semua
-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta ‘direndam’ terlalu lama. Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 – 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang ‘terhilang’ akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.

Dipetik dari: ENSAIKLOPEDIA MELAYU LAMA