Nak Mohon I-Sinar Tapi Tak Tahu Caranya? Ikut Step By Step Ni!

Share

Permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula dibuka secara dalam talian hari ini dengan melibatkan dua kategori kriteria kelayakan pemohon membabitkan lapan juta ahli.

Bagi pemohon yang tergolong dalam kategori 1, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kriteria permohonan bagi kategori 1 melibatkan ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Selain itu ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020 turut boleh mengemukakan permohonan dalam kategori ini.

CARA PERMOHONAN I-SINAR KWSP KATEGORI 1 TANPA I-AKAUN

Berikut dikongsikan langkah membuat permohonan i-Sinar Kategori 1 KWSP melalui posting Syima Rifqi Aisy di Facebook yang telah berjaya membuat diproses untuk kelulusan.

Layari laman web rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/ . Masukkan nombor IC dan butiran yang diperlukan.

Pilih amaun berdasarkan kelayakan.

Akan keluar notis begini. Isi maklumat pemohon.

Double check semua maklumat. Kemudian tetapkan jumlah bayaran bulan pertama.

Klik ‘Teruskan’.

Buat pengesahan pemohon. Pastikan semua maklumat betul, terutama sekali akaun bank. Bila dah ok, tekan ‘tick’ dalam kotak kosong tu.

Selesai!