Pengurusan kewangan mungkin ramai yang menganggapnya suatu istilah yang rumit dan sukar untuk dilakukan dan tidak semua berjaya laksanakan tanpa disiplin yang tinggi. Namun percayalah, dengan pengurusan yang baik dalam kewangan akan menjadikan kehidupan lebih selesa dan mudah.
Pun begitu, dalam mendidik diri untuk melakukan pengurusan yang baik, tidak dinafikan ada juga sebahagiannya mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk dikikis dalam membelanjakan wang. Contohnya boros berbelanja kalau hendak menyimpan biasanya bila sudah beli itu dan ini barulah baki yang ada disimpan dan pelbagai lagi tabiat lain yang sebenarnya akan menjadi punca dan penyebab bertambah sukar untuk mengurus kewangan menjadi lebih baik dan stabil di masa depan.
Bukan itu sahaja, banyak lagi tabiat buruk berkaitan wang yang mungkin sedar atau tidak anda lakukan. Nak tahu lanjut, ini dikongsikan oleh pakar kewangan Dr Azizul Azli Ahmad. Bersama jadi panduan dan cubalah berubah untuk tidak terus melakukan tabiat yang tidak bagus dalam usaha merancang kewangan anda.
TABIAT BURUK TENTANG WANG
1. Kita tak buat simpanan automatik, sepatutnya terus potong gaji masuk ASB atau Tabung Haji.
2. Kita masih percaya bahaya, ada lebih nanti baru nak simpan. Hakikatnya, selalu tak lebih.
3. Tiada pengetahuan tentang wang, yang tahu belanja dan habiskan sahaja. Zalim sungguh.
4. Guna kad kredit tak betul, kecemasan kita untuk beli bag tangan dan rim tayar kereta.
5. Tidak pernah bawa bekal ketempat kerja, jika bawa tepaware mesti hilang atau tak bawak balik punya. Bini marah terus merajuk makan dikedai Leha janda anak lima.
6. Tiada rekod perbenjaan , selagi duit ada belanja ikut apa yang suka.
7. Menabung bukan hiburan, kita cepat bosan. Cuba buat tabung hijau atau jingga, kita mesti teruja menabung punya.
8. Banyak beli dan simpan barang tak perlu, “ini ex mama bagi dulu nie kasut nie, walaupun dah buruk tapi tiap kali pijak. Mama rasa macam pijak muka dia jer!”
9. Malas banding harga barang, ada banyak app yang boleh bantu kita kini. Guna sahaja.
10. Abai skor kredit kewangan kita. Tak pernah kisah bayar hutang awal atau lewat. Janji bayar katanya.
11. Tidak jaga kesihatan, takaful akan jadi lebih tinggi.
12. Tidak periksa penyata kad kredit, janji bayar minimum saja dah cukup.
13. Tak jaga kenderaan, makin dibiarkan makin tinggi belanja selanggara kereta sebenarnya.
14. Malas bayar hutang kad kredit, kad kredit adalah duit masa depan yang kita dah gunakan masa sekarang.
15. Tak pernah beli buku kewangan sedangkan bab duit akan pegang sampai kita meninggal.
16. Beranggapan wang tak penting, yang penting kebahagiaan.
Jika kita masih amalkan semua ini, bersedialah bahawa kita akan hidup susah nanti. Baiki diri jadilah kaya dan mulia agar terus membantu sesama manusia.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Ads
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi berita gembira kini sedang hamil anak pertama.
Mengakui teruja dengan pengalaman bakal bergelar ibu tak lama lagi, perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman media sosial Instagramnya.
“Saya sangat teruja untuk berkongsi berita indah ini dengan anda – saya hamil! Saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi perkara ini dengan anda semua.
“Walaupun media sosial ialah platform yang hebat untuk berkongsi siaran pendidikan dan pengalaman positif, ia juga boleh menjadi tempat yang sukar dan menghakimi,” katanya.
Dr Amalina juga memberitahu, bekerja dalam tempoh yang panjang dan pada masa sama menyiapkan PhD (Ijazah Doktor Falsafah) adalah yang sukar dan memenatkan.
Malah, dia juga melalui trimester pertama yang sukar sehingga awal trimester kedua terutamanya dengan alahan dan muntah sehingga hilang berat badan.
“Keletihan juga memainkan faktor. Apabila anda terpaksa menyiapkan pelbagai tugas, kadang-kala ia boleh menjadi cabaran yang nyata.
“Perkara yang dahulu boleh saya lakukan tiba-tiba menjadi satu tugas yang sukar,” katanya.
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana dikurniakan suami dan ibu, Sabariah Hassan, yang sentiasa memahami serta menyokong.
“Saya sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat menyokong untuk melalui perjalanan ini bersama-sama.
“Ya, dia sangat teruja dan akan membaca semua buku berkaitan bayi yang disyorkan. Dia mungkin tahu lebih banyak mengenai kehamilan berbanding saya.
“Ibu saya pula sangat mengagumkan dan sentiasa memastikan saya makan cukup. Ibu akan membekukan banyak makanan di dalam peti sejuk sebelum dia pulang ke Malaysia,” katanya.
Katanya, keadaannya kini bertambah baik dan berasa seronok melalui perjalanan sebagai seorang wanita hamil apabila dapat merasai pergerakan bayi di dalam perut.
Dalam usia yang masih muda dimana rakan-rakan seusianya mungkin masih ingin bermain tanpa memikirkan masa depan, namun tidak bagi kanak-kanak ini.
Clovis Hung, seorang kanak-kanak dari California yang berusia 12 tahun telah berjaya melakukan sesuatu hal yang luar biasa apabila berjaya mendapatkan lima ijazah di usia yang masih mentah.
Dia berjaya melakukan semua ini melalui hasil didikan di rumah dan menamatkan pengajiannya bersama rakan sekelas yang lain.
Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk menghadiri Kolej Fullerton selepas melihat Jack Rico iaitu seorang remaja berusia 16 tahun mendaftar dan menamatkan pengajian dengan empat ijazah pada usia muda 13 tahun.
Clovis bagaimanapun berjaya mengatasi rekod itu dan telah menjadi graduan termuda dalam sejarah Fullerton. Beliau telah menamatkan pengajiannya dengan lima ijazah Bersekutu Seni dalam Sejarah, Sains Sosial, Tingkah Laku Sosial dan Pembangunan Diri, Seni dan Ekspresi Manusia, serta Sains dan Matematik.
Fullerton mempunyai program khas yang membolehkan pelajar menghadiri kolej mereka sambil melengkapkan kurikulum homeschool.
Clovis dan ibunya mengakui agak sukar untuk melakukannya lebih-lebih lagi dengan pembahagian masa. Bagaimanapun, usahanya berjaya membuahkan hasil.
“Soalan pertama yang biasa ditanya oleh profesor dan rakan sekelas ialah berapa umur saya. Mereka terkejut dengan apa yang saya buat di sini dan sentiasa ingin tahu tentang markah kuiz dan peperiksaan saya.
“Namun, selepas itu, saya telah menunjukkan sikap yang serius terhadap pelajaran saya. Membuatkan mereka semua percaya pada keupayaan dan keazaman saya untuk mendapat gred yang baik,” katanya.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.