Sedari kecil kita diajar tentang pelbagai adab agar bila besar menjadi orang yang tahu berbudi dan agar setiap tingkah laku tidak menyakitkan hati orang lain.
Begitu juga halnya dalam adab melawat saudara mara atau rakan taulan yang sedang diuji dengan penyakit kanser.
Bimbang jika salah bicara boleh mengguris hati mereka. Oleh itu elok kiranya kita fahami hati dan perasaan mereka dengan ambil tahu adap-adap yang perlu dijaga sebagaimana yang telah dikongsikan oleh Puan Zuraini Kamal, yang juga merupakan Canser Surviver. Jom semak.
ADAB ZIARAH PESAKIT KANSER:
Saya ingin berkongsi sedikit `cadangan’ Bagaimana Nak `menyantuni’ Pesakit Kanser.
Apa yg nak diperkatakan apabila Menziarahi saudara atau sahabat kita yg kena Kanser?
Bagaimana kita dapat membantu Sahabat & keluarga Pesakit Kanser?
Niat
Ziarah dengan Niat Ukhwah `lillahita’ala’ (utk mendapat Redho ALLAH SWT) – jangan menjadi Doktor (walaupon anda seorg Doktor perubatan)
Juz be A Friend!
Tak perlu bagi Nasihat – Tak Perlu bagi CADANGAN tentang pemakanan ataupon rawatan. (Kecuali jika Pesakit Minta Pandangan dan nasihat anda).
Ads
Adakalanya kami dah letih mendengar `medical advice’ dari Onko .. so bila datang berziarah secara santai .. please talk about something else: sembang santai je.
Be A shoulder to cry on:
Kalau dah tak de idea nak sembang .. juz LISTEN to us! Berilah ruang kepada Pesakit Kanser bercerita meluahkan perasaan. Dan anda hanya perlu mendengar dengan senyuman.-
Jangan Dok tanya Tahap Berapa
Tahap 1 – Tahap 2 – Tahap 3 – Tahap 4! Bagi kami pesakit kanser … Tahap atau Stage tuh semua sama. Semua stage Menakutkan.Canser is still Cancer!
Bawaklah buah tangan atau pon buah2an
Bila datang Ziarah moleklah jangan datang hanya dengan senyum & Doa.
Bawaklah sesuatu utk mengembirakan hati Pesakit dan Keluarga mereka.
Siapa Tak suka menerima Hadiah ?
Pemberian itu adalah tanda `ingatan & kasih sayang kita’.
In sha ALLAH dapat Pahala tau.
Ads
Seeloknya buatlah `Tabung Prihatin’
kutiplah sedikit sumbangan Bantulah kewangan pesakit Kanser dan keluarga mereka. Cancer is very2 expensive illness tau. Kalau ada rakan Wassap grup – 30 org kalau sorang menyumbang RM10 hengget dah kumpul RM300 kan. Apa guna ada Grup wassap mekalu ahli dlm kumpulan sakit kita tak leh pakat2 bantu sorang sikit kan.
RM10/RM5 hanyalah harga sepinggan Nasik. Berpuasalah kita pd hari tersebut utk kita infakkan pd rakan kita yg lebih memerlukan. In sha ALLAH – ALLAH akan ganti DOUBLE.
Nak Bergambar?
Seeloknya adab berziarah SILA mohon izin sebelum ambik gambar dan maklumkan jika gambar ingin di Upload di FB/IG. Berilah ruang pesakit untuk `bersiap dan jagalah aurat mereka’
Ads
Saya dulu tak suka `gambar sakit diambil’ .. saya sentiasa mahu dilihat `cantek & ceria’
Sebagai Jiran: sentiasa ambil berat jika Jiran anda Sakit Kanser. Tanyakan Keperluan Mereka. Pengurusan anak2 & pemakanan pesakit Kanser.
Pernah seorang sahabat terpaksa meninggalkan isterinya terlantar sakit di rumah seharian kerana beliau terpaksa pergi bekerja. Si isteri yg sakit terbaring hanya mampu makan dan minum apa yg ada disediakan di tepi katil. (saya pon pernah melalui pengalaman terbaring sepanjang hari di rumah sorang2 .. nak masak tak larat. so … saya tak makan seharian hinggalah keesokkan harinya seorg sahabat kebetulan datang menziarahi saya dengan membawa Nasik Bungkus. Alhamdulillah dapat saya makan)
JANGAN JADI USTAZ/USTAZAH:
Tolong Jangan kata Kanser itu Kifarah Dosa.Tidak usahlah dok bercakap tentang Dosa/Pahala. Kanser bukan satu hukuman dari Tuhan.
Nabi Ayob a.s juga Sakit berpuluh tahun – adakah Baginda ditimpa Musibbah Penyakit kerana Beliau Berdosa?
Ingatlah Kanser Bukan Hukuman Tuhan.
Kanser Bukan Kematian kerana ramai kami yang `survive’ dan menjalani hidup normal seperti anda semua.
Ketahuilah ramai antara kami yang sembuh setelah menjalani Pembedahan dan rawatan Radio & Kimo. Me … i m ONE of them!
KANSER BUKANLAH KEMATIAN:
Mati merupakan Pertemuan dengan ALLAH SWT. Semua kita bercerita tentang Nak masuk Syurga. Bagaimana kita akan masuk syurga jika kita tidak melalui Kematian.La Tahzan
Sumber : hjh zk
founder cancer survivor malaysia
#CSM
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Patutlah ramai yang nak tanam daun kucai selain menjadi penyedap rasa atau penyeri hidangan, tanaman ini mempunyai banyak khasiat seperti menurunkan tekanan darah tinggi, kesihatan jantung, melancarkan penghadaman dan menguatkan memori.
Bau daun kucai yang sedikit hanyir tapi banyak khasiat nya untuk kesihatan dan perubatan petua lama.
Jadi apa lagi, jom kita tanam kucai di halaman rumah sebagaimana perkongsian seorang guru ini, Mohd Amri yang gemar berkebun di halaman rumahnya.
Suka saya berkongsi hasil tanaman kucai. Saya maklum, tanaman kucai dari ahli di dalam group ini lebih menarik. Sekadar berkongsi ya.
Kat rumah ni hanya ada tiga pasu kucai sahaja. Saya semai dari benih. Cuma untuk makluman tuan dan puan, kucai ini memang mengambil masa untuk bertunas. Lebih kurang tiga minggu juga, barulah saya pindahkan ke dalam pasu besar.
Yang menariknya, kali ini tanaman kucai saya mengeluarkan bunga yang sangat cantik bersama-sama dengan benih-benihnya. So, dapatlah saya gunakan untuk semai kucai baru nanti.
Tips menanam kucai ini saya
1. Peringkat semaian, saya prefer untuk menggunakan peatmoss kerana medium ini sangat membantu untuk proses semaian berlaku dengan lebih baik dan stabil. Setiap lubang semaian saya akan tabur 6-8 biji benih kucai.
Proses semaian kebiasaannya saya akan ambil selama tiga minggu. Barulah dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.
2. Jangan siram direct ke daun, tetapi saya siram secara mengelilingi pasu, iaitu terus kepada medium tanah atau apa apa medium yang dipakai.
3. Pembajaan, untuk pengguna baja organik, jangan terlalu kerap memberi baja atau terlalu banyak kuantiti yang diberi. Saya hanya guna 1 sudu setengah baja organik dua minggu sekali.
Bagi yang menggunakan baja AB, pastikan bacaan ec meter tidak melebihi 1.5 ec. Tapi saya sarankan tuan puan menggunakan baja organik.
Jika pembajaan yang diberi terlalu kerap atau terlalu tinggi dosnya, daun kucai mudah rosak dan boleh mati.
4. Dari segi penjagaan, pokok kucai tidak atau jarang terkena serangan perosak. Hanya sekali sekala saya semburkan dengan cuka kayu.
Di samping itu, penggunaan plant booster atau kita panggil sebagai vitamin pokok saya berikan seminggu sekali untuk memastikan daunnya lebat.
5. Untuk harvest, teknik yang selalu saya gunakan ialah dengan memotong 2 hingga 3 inci dari perdu. Selepas itu, pokok kucai akan tumbuh semula.
Info tambahan:
Tapi kalau dah lebih 2 minggu tak nampak apa2, mungkin ada kesilapan
1. Tanam terlalu dalam.
2. Benih kurang berkualiti
3. Medium semaian terlalu basah, sepatutnya lembab sahaja.
Guna benih kucai yang lebih matang untuk buat semaian yang baru.
Jadi, tanamlah kucai tuan/puan di halaman rumah masing-masing. Banyak kegunaan dan khasiat kucai yang akan kita perolehi.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu. Rezeki remaja lelaki 17 tahun ini telah membuatkan ramai teruja untuk menabung. Remaja berkenaan adalah pemenang untuk cabutan bertuah utama bagi bulan April.
Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, berkata remaja berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu mula menyimpan dalam BSN SSP dengan bantuan ibu bapanya yang memulakan simpanan itu sebagai saluran untuk beliau menyimpan wang.
“BSN sentiasa komited untuk menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan muda. Usaha berterusan telah kami laksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa seperti produk terunggul kami iaitu BSN SSP,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu untuk cabutan BSN SSP Istimewa bagi bulan Mei dimenangi oleh Dzulkfley bin Zanudin dari Selangor.
Tahun ini BSN menawarkan hadiah bernilai lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang dengan majlis cabutan yang diadakan mematuhi SOP ketat serta disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi Facebook BSN Malaysia.
Khas untuk Jun dan Disember sahaja, dua pemenang bakal diumumkan sebagai jutawan berbanding hanya seorang pemenang pada bulan lain.
Menurut kenyataan itu, pelanggan sedia ada yang ingin menambah simpanan BSN SSP boleh berbuat demikian di kaunter Cawangan BSN, Mesin Teler Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), perbankan Internet myBSN atau menerusi saluran Ejen Bank BSN (EB BSN) manakala pelanggan baharu boleh membeli SSP di kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.
Meninjau FB BSN Malaysia ramai yang bertanya bagaimana syarat untuk mendapat cabutan istimewa berkenaan. BSN Malaysia menjelaskan bahawa pembelian minimum SSP adalah RM 10 bagi 1 unit dan layak untuk cabutan yang diadakan pada setiap bulan.
Manakala untuk layak cabutan istimewa RM 1 Juta, simpanan minimum diperlukan adalah RM 3,000 dan tempoh simpanan minimum 90 hari sebelum tarikh cabutan.
Pembelian SSP boleh dilakukan melalui kaunter BSN, ATM/CDM BSN, Perbankan Internet myBSN atau melalui Ejen Bank Berdaftar BSN (EBB).
Apa lagi, buatlah tabungan untuk anak anda!
Sumber: BSN Malaysia dan Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang murid lelaki tahun lima yang mengalami kecederaan akibat dipukul guru lelaki dalam satu kejadian di sebuah sekolah rendah di sini, bulan lalu.
Ia susulan seorang ibu yang tampil mendakwa anak lelakinya yang berusia 11 tahun cedera akibat ditampar dan ditumbuk oleh seorang guru lelaki sehingga mengalami gegaran koklea.
Syahmina Mohd Azim menyatakan, tindakan seorang cikgu memukul Amirul Akil sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman telinga, telah memadamkan harapan anaknya untuk terpilih menjadi wakil ke SUKMA dan Sukan SEA dalam acara akuatik renang.
Kekecewaan itu turut dirasai jurulatih renang yang meletakkan harapan tinggi pada Amirul Akil untuk mengharumkan nama Malaysia.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat ibu tersebut, anaknya yang hampir terjatuh tidak sengaja tersentuh belakang badan cikgu berkenaan yang sedang mengambil barang.
Akibat salah faham, Amirul Akil telah ditampar sebanyak dua kali sehingga mengalami kesakitan dan lebam di bahagian telinga, selain ditumbuk di bahagian belakang kepala.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, laporan kejadian itu telah diterima daripada seorang ibu mangsa yang berusia 40 tahun pada 10 Disember 2024.
“Pengadu mendakwa anaknya telah mendapat kecederaan akibat dipukul oleh guru lelaki berusia 30 tahun namun dia menarik semula laporan pada 11 Disember 2024 kerana enggan memanjangkan kes tersebut.
“Baru-baru ini pengadu sekali tampil membuat satu laporan memohon polis meneruskan siasatan dan mahu tindakan lanjut diambil ke atas guru tersebut,” katanya.
Menurut beliau, siasat telah dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan selanjutnya.
Pengacara dan pelawak terkenal, Jihan Muse, selamat melahirkan anak ketiganya pada 15 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di Shah Alam. Perkhabaran gembira ini dikongsikan oleh suaminya, Ungku Hariz, menerusi laman Instagram, mencuri perhatian ramai.