Untuk seseorang itu nak berubah tak tunggu masa, tatkala sampai masa dan dengan izinNya, maka berubah lah dia.
Demikian juga dengan pelakon, Betty Rahmad. Mengambil keberkatan Awal Muharram Selasa lalu, dia mendedahkan dia kini sudah tampil dengan imej berhijab.
Katanya, dia kini sudah perlahan-lahan mengubah rutin hidupnya dan mengamalkan surah Ar-Rahman serta Al Waqiah setiap pagi.
“Setiap kali solat saya akan berdoa untuk menjadikan saya lebih baik, diberi hidayah dan dijadikan orang beriman. Saya terdetik, saya tengok anak saya dah pandai mengaji dan baca Iqra manakala saya yang dah umur berapa ini tak lancar lagi.
“Setiap hari saya akan baca surah Ar-Rahman dan Al Waqiah. Namun, saya tersentuh setiap kali membaca ayat yang bermaksud ‘nikmat Tuhan yang mana engkau dustakan?’
“Saya terfikir, Alhamdulillah syukur apa yang saya nak, semua Allah bagi. Suami baik dan penyayang, anak bijak dan bisnes yang masih berjalan pada waktu sukar begini sedangkan orang lain bergelut.
“Saya pun dah jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik tapi ada yang tak cukup iaitu aurat,” kongsinya dalam sesi siaran langsung di akaun Instagramnya.
Sesi siaran langsung itu turut disertai dua kakaknya iaitu Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida yang terharu menyaksikan perubahan adik mereka.
“Masa arwah masih ada, saya ada pesan tudung jualannya. Waktu itu saya macam ada niat untuk bertudung tapi tak pakai lagi. Tetapi saya tak tahu bagaimana.
“Ketika membaca doa Awal Muharam, saya solat dan baca al-Quran bukan sebab sedih, takut atau susah. Tapi terlalu bersyukur dengan apa yang saya ada, saya tak tahu apa nak dikejar lagi,” jelasnya.
Sumber: bettyrahmad & sinarplus
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/
atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520