Nak Masak, Tapi Tak Cukup Masa? Resipi Dry Chilli Chicken Ini Penyelamat Anda. Mudah, Cepat & Menyelerakan!

Share

Setiap hari mak-mak masuk dapur, masak. Kadang rasa sampai ketandusan idea dah nak masak apa pula keesokan harinya. Tu belum lagi bila datang penyakit ‘M’, lagilah parah!

Kang kalau tak masak, merajuk pula che abang, iye la sentiasa nak makan air tangan isteri lah katakan… Nak tak nak, isteri masuk lah juga ke dapur sediakan makanan untuk keluarga tercinta!

Bagi yang dah ketandusan idea dan nak masak benda cepat tapi lazat, moh ler cuba resipi dari ana suliana 

ni! Memang terbaik lah! Jangan terkejut tau kalau keluarga tambah nasi nanti time makan. hehe.

RESIPI DRY CHILLI CHICKEN

Bahan2 kuah :

1. Sebiji bawang – bahagi kepada dua bahagian. Bahagian luar bawang potong kasar, bahagian dalam bawang potong cam biase.

2. Bawang putih 2-3 ulas – hiris nipis

3. Cili api – 3 tangkai & cili merah 1 tangkai

4. Cili kering 5 – 10 tangkai potong kasar ikut tahap kepedasan masing – (BAHAN WAJIB �)

5. Daun kari

6. Satukan sos cili, sos tomato dan sos tiram dalam mangkuk.

7. Asam jawa cup setengah sudu (masam masam baru jadi)

Bahan ayam :

1. Isi ayam potong dadu

2. Sebiji telur

3. Tepung goreng BESTARI.

Step: pecahkan 1 biji telur dalam magkuk berisi ayam tadi , sebatikan.
Celup satu2 isi ayam dalam tepung bestari dan terus goreng sampai masak.
Ketepikan jap. Kita masak sos pulak.

Cara-caranya:-

Tumis cili kering & daun kari sampai sedikit garing

Masuk bawang merah, bawang putih dan cili2. Bahagian luar bawang yang potong kasar tadi jangan masukkan,yang tu nak pakai last sekali.

Masukkan sos-sos dan tambah sedikit air.

Masukkan asam jawa, garam secubit and gula secukup rasa.

Masukkan isi ayam crunchy dan bawang bahagian luar tadi. Time ni kalau nak tambah cili benggala pun bolehh. Potong size macam bawang tu. Kacau sampai sebati

Siap! Rasa masam manis pedas gigit cili kering tu so paduuuu. Makan kering2 dengan nasi panas pun dah sedap tak payah lauk lain!