Nak Masak Rendang Padang Ori Macam Di Indonesia, Buatkan Dulu Ramuannya Guna Rempah Ni!

Share

Nak Masak Rendang Padang Ori Macam Di Indonesia, Buatkan Dulu Ramuannya Guna Rempah Ni!

Sesiapa yang pernah pergi ke Indonesia khususnya di Padang, tentu telah merasai betapa enaknya masakan Rendang di sana. Ramuannya begitu berasa dan enak sekali. Jadi tidak hairanlah boleh buat kita makan berselera dan teringin untuk menikmatinya lagi!

Jadi apa kata Raya kali ini anda cuba buat Rendang Padang dengan sediakan terlebih dahulu  rempah atau bumbu rendang seperti yang dikongsikan oleh Nur Ateekah

ni.

Menurutnya rempah ini adalah resipi asli dari Padang Indonesia untuk memasak 3 kg daging. Sesuai sangatlah di musim perayaan ini, buat banyak untuk kita nikmati seisi keluarga dan sanak saudara yang berkunjung ke rumah di Hari Raya nanti.

Selamat mencuba!

 

 

UNTUK 3 KILO DAGING LEMBU@KAMBING

BAHAN KISAR (B) REMPAH

3 batang kayu manis

3 kuntum bunga lawang

9 Biji buah pelaga

6 kuntum bunga cengkih

3 sudu besar biji ketumbar

3 sudu kecil jintan

3 sudu kecil lada hitam@lada putih(tambahan)

3 biji buah pala

CARA-CARANYA:

1.Masukkan semua bahan rempah ke dalan kuali.

  1. Sangai (goreng tanpa minyak dengan menggunakan api yang kecil selama 3-4minit.

3. Kemudian masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar sehingga halus tanpa menggunakan air atau minyak.

Ektra Info:

Bila sudah ada rempah nih, tak perlu mengunakan rempah daging…ini rempah asli untuk RENDANG PADANG.

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club