Nak Masak Nasi Carrot & Ayam Merah Paling Simple Tapi Berasa. Ni Resipinya!

Share

Andai buntu menentukan menu yang mana  istimewa untuk dihidangkan kepada keluarga, apa kata mencuba resipi nan satu ini; Nasi Lobak Merah bersama Ayam Masak Merah.

Menyediakannya tidaklah sukar dan pasti keluarga anda menggemarinya. Jom semak bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu ini.

“Nasi carrot dengan ayam masak merah orang kawin. Saya masak yang paling simple.. Barang semua ada kat rumah”-Nur Aisya

Nasi carrot

Bahan-bahan:

Beras basmathi (rendam 30 minit toskan.. Letak dalam rice cooker)
Carrot 1 batang (direbus dan diblend)
Tomato 1 biji dan dibuang biji ( rebus bersama carrot dan blend)
Kiub ayam 1
Bawang besar dihiris
Halia dihiris
Daun pandan 2 helai
3 sekawan
Majerin dan minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

1. Letakkan majerin dan minyak masak kedalam kuali. Tumis 3 sekawan, bawang besar dan halia.. Tumis sehingga garing.. Kemudian masukkan daun pandan..tumis bersama…
2. Masukkan carrot dan tomato yang telah diblend.. Dan masukkan juga kiub ayam dan garam serta sesudu gula pasir.
3. Pindahkan semua bahan kedalam periuk nasi berisi beras.. Kalau basmathi sukatan 2 cup beras 4 cup air.. Kalau beras biasa.. Sukat seperti masak nasi biasa.
4. Tekan je.. Tunggu sehingga masak.

Ayam masak merah

Bahan-bahan:

Ayam (digoreng bersama kunyit dan garam)
3 sekawan
Tomato dibuang biji dan hiris
Daun pandan
Cili kering blend bersama bwng putih dan merah
Sos cili
Gula merah (suka gula merah jenis dulu2 tu.)

Cara-cara :

1. Tumis 3 sekawan, bawang besar dan daun pandan.. Kemudian masukkan tomato yang telah dihiris
2. Masukkan cili blend tumis sehingga garing
3. Masukkan sos cili, garam dan perasa serta gula merah
4. Masukkan ayam yang telah di goreng gaul sebati beberapa minit..

Siap!!

sumber : Nur Aisya via MAHN