Nak Masak Daging Yang Simple & Cepat, Buatkan Je Daging Masak Asam. Memang Sedap!

Share

Bila sebut hendak masak daging tentu sudah ada yang membayangkan agak payah disediakan dan perlu masa yang lama untuk memasaknya.

Namun jika anda menyediakan menu Daging Masak Asa mini, ianya begitu mudah disediakan, daging tak liat dan yang paling penting enak rasanya. Senang cakap, mampu membangkitkan selera!

Jadi ini resipinya dan bolehlah dicuba untuk dijadikan juadah istimewa berbuka nanti.

DAGING MASAK ASAM by MARIANA ZAINAL
Bahan-bahan:
1 kilo daging..jangan hiris besar2 tau
2 biji bawang besar hiris
6 ulas bawang putih hiris
Halia sebesar ibu jari hiris
2 batang serai diketuk(sy buh ekstra lg 2 batang serai)
1 helai daun kunyit dicarik2
1 cawan air asam jawa sederhana pekat
1 sudu besar jintan manis(tumbuk halus..sy kisar dengan air asam jawa)
1/2 sdb garam
1 sdt gula
Sedikit bahan perasa jika suka
1 sdb serbuk kunyit
2 1/2 cawan air
3 senduk minyak masak
Sedikit cili padi atau cili merah(utk hiasan)

Caranya
1.Panaskan minyak dan masukkan serai dan bila serai sudah agak garing masukkan bahan-bahan hiris.

2.Tumis hingga layu dan  kemudian masukkan daging, guna api sederhana.

  1. Biarkan perlahan-lahan masak hingga air daging kering dan naik minyak.

5.Apabila sudah elok naik minyak masukkan serbuk kunyit dan air asam jawa.

6.Biarkan mendidih dan naik minyak, masukkan air dan bila kuah sudah mula kering masukkan daun kunyit, cili besar, garam, gula dan bahan perasa(jika perlu).

7.Masak hingga pekat, jika suka berkuah boleh tambah 1/2 cawan air