“Nak Marah Buat Apa…”-Rita Rudaini Tak Melenting Bila Netizen Persoal Wajah Anak Copy Paste Aidil Zafuan
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah yang lazim kita ucapkan bila melihat personaliti seorang anak yang mewarisi ciri-ciri yang dimiliki oleh orang tuanya.
“Kuat muka bapa, adik ikut muka mak. Terus sebiji muka macam bapa dia, kacaknya!”
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Itulah antara komen yang diterima kebanyakan pengikut pelakon Rita Rudaini yang memuji ketampanan anak sulung pelakon itu, Airit Rayyan Rizqin yang dikatakan mempunyai iras seperti bapanya, Aidil Zafuan.
Ads
Anak lelaki Rita ini menjadi perhatian ramai apabila wajah remaja berusia 13 tahun tersebut semakin menyerupai pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu apabila Rayyan tampil dengan gaya rambut pendek menyerlahkan bentuk wajahnya.
Sebelum ini, Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, 46, memberitahu, Rayyan ingin membotakkan kepalanya namun dia tidak mengizinkan dan hanya membenarkan anak lelakinya itu tampil dengan gaya rambut pendek yang lebih kemas.
“Bila dia minta nak botak, tapi mommy cakap cukup setakat itu,” kata Rita yang berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di TikTok.
Ads
Dalam pada itu, Rita tampil memberitahu yang dia tidak melenting dengan komen pengguna laman sosial tentang wajah mirip bapa dan anak berkenaan kerana Aidil atau nama penuhnya Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak, 35, adalah bapa kandungnya.
“Nak marah buat apa, dah memang itu bapa dia. Bekas suami kepada mommy dia,” ujarnya ketika membalas komen salah seorang pengikutnya.
Untuk makluman, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun pasangan itu bercerai pada September 2013. Selain Rayyan, mereka dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 11 tahun.
Bagi yang rajin mengikuti perkongsian pelakon cantik manis Faezah Elai, dia rajin memuatnaik kisah anak-anaknya.
Malah kepetahan anak sulungnya, Dealova Heyrinna yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris membuatkan ramai yang kagum.
Terbaru menerusi laman akaun Instagramnya, dikongsikan satu lagi video baru Dealova yang sedang belajar bahasa Mandarin secara online. Kelihatan bacaan Dealova begitu lancar sekali.
Rupa-rupanya Dealova juga boleh bercakap dan membaca dalam bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Faezah juga mendedahkan anaknya ini fasih berbahasa Inggeris sejak masih kecil lagi.
“She speaks and read mandarin too..So tak kan lah dia tk tau ckp melayuu!!!!!
“English fluency is not something that impressive anymore these days,almost 80 percent of children today are fluent in english.. english ni lg mudah compared dgn bahasa melayu..
“Cheq share previous video Dealova bout tips nk naik flight bukan nk tunjuk english dia konon power.. tk terlintas dlm otak pon..she speaks with that accent drp kecik.. klu betoi nk tunjuk,masa umoq 2 taun ku dh tunjuk!!
“Yg dok kalut kata ckp arab tau dak? Mengaji tau dak? Ehhh cheq ni share bideo anak 6 bulan sekali pon payah.. ibadah aku pon tk penah share ni kan pulak anak2..my ibadah it’s between me and Allah..
Haihhh… cuba belajaq jgn busuk peghot..
P/S : And owh,yg dok tanya sekolah,yg dok merapu sendiri konon anak cheq pi international school,ni nk habaq.. Tkdak pasai nk buang duit hantaq pi international school or private school!!
Cheq hantaq pi sekolah kerajaan sajooooo!!! Convent Girls!!! Jgn dok pandai2 naaa buat pitnah kata sekolah org kaya.. we are not rich!! We are comfortable Alhamdulillah !! 🙄
Sekarang ni sana sini muat naik di sosial media tentang ‘healing’. Apa itu healing?
Penyembuhan diri atau lebih dikenali sebagai self-healing adalah satu usaha untuk menyembuhkan atau merawat luka yang tidak nampak dalam diri terutamanya melibatkan hati. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, kadangkala tidak semua luka itu dapat sembuh. Jadi, bagaimanakah cara yang sesuai untuk self-healing ini ?
Daripada duduk dirumah, menyendiri, menagis dan tidur sepanjang hari. Lebih baik self-healing di luar rumah. Seperti dalam bentuk aktiviti, self-healing boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti yoga, bersenam, riadah dan sebagainya yang boleh memberi kesan kepada endorfin atau sering dipanggil ‘hormon gembira’.
Tidak ketinggalan, baru-baru ini pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha berkongsi satu video anak perempuannya, Alisa Aisyah yang sedang ‘healing’ mencuri tumpuan pengikutnya di aplikasi TikTok.
Menerusi video tersebut, anaknya yang berusia tiga tahun itu dilihat sedang membuat rawatan kecantikan seperti di sebuah spa dengan penuh bergaya.
Rakaman berdurasi 11 saat itu memaparkan Alisa memakai topeng muka untuk penjagaan kulit wajah, selain santai menikmati rawatan ‘manicure’ bagi mendapatkan kuku yang bersih serta berkilat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberi komen terpegun melihat gaya hidup Alisa yang berbeza dengan kanak-kanak lain seusianya. Tidak kurang ada juga segelintir individu berseloroh mengatakan cara ‘healing’ atau ‘merawat hati lara’ itu seolah-olah bertaraf kayangan.
Untuk rekod, Hanis berkahwin dengan aktor Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3.
Sejak minggu lepas, ramai antara kita dah mula membuat open house untuk menjemput kawan-kawan datang ke rumah.
Memang benar, untuk mengadakan majlis open house memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Lantaran itu, diharap tetamu dapat makan dengan sebaik mungkin untuk mengelak pembaziran.
Sebagaimana perkongsian oleh doktor ini dilaman facebooknya, Kamarul Ariffin Nor Sadan yang beranggapan tetamu perlu mengambil makanan secara sederhana untuk mengelak daripada pembaziran.
Ikuti perkongsian ini untuk peringatan bersama.
Gambar sekadar hiasan
Boleh tak tetamu hentikan pembaziran
Dah beberapa rumah terbuka aku pergi, kalau ada hidang sate, mesti ada orang ambil banyak dalam pinggan, tuah kuah kacang berladung dan akhirnya tak habis.
Lepas tu dia balik, biar sate tu atas meja. Aku yakin benda tu sampai ke sudah tak ada orang makan sebab tetamu lain mesti tak lalu nak makan sisa orang.
Tuan rumah terpaksa buang. Sedih tahu tak nak buang makanan yang kita niat nak jamu orang. Kadang-kadang boleh makan hati.
Boleh tak kita sebagai tetamu hentikan pembaziran macam ni?
Mohon sedar, semakin banyak kita buang rezeki, semakin sempit pintu rezeki buat kita. Sampai satu tahap, mungkin akan tertutup terus.
Bila sampai tahap itu, tak mustahil kita akan sanggup geledah tong sampah, mengharap ada rezeki untuk kita di situ.
Jadi, tak usah tamak. Ambil berpada-pada, jika tak cukup baru ambil lagi.
Moga perkongsian ini menjadi manfaat bersama untuk mengelak pembaziran. Moga kita menjadi tetamu yang tahu adab apabila ke open house.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.