“Nak Marah Boleh, Tapi Lepas Tu Kena Pujuk…” Rasa Bersalah Marah Anak Ajak Bermain, Warganet Puji Cara Saharul Ridzwan!

Share

Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Namun ada masanya, kita tidak dapat mengawal amarah itulah yang dilepaskan pada anak-anak. Tetapi cepat-cepat tersedar dan mula rasa bersalah kan.

Mungkin faktor tekanan baik kerja mahupun sekeliling membuatkan kita tidak dapat mengawal diri. Ditambah pula dengan karenah anak-anak membuatkan mudah nak naik angin.

Bagi pelakon terkenal, Saharul Ridzwan dalam satu perkongsian di laman instagramnya, dia bercerita mengenai situasi di mana tanpa sengaja memarahi anak sulungnya.

Selamat pagi anak Baba. Sorry marah2 Ali 😘
.
Kesian Ali, minggu lepas selalu dia kena marah dengan Baba. Kadang2 sebab kita stress and busydengan sesuatu benda, kita tak perasan terlepas marah tu dekat anak. Anak datang nak main, kita cakap, Nantiii! Jangan kacau! Dah anak merajuk dengan kita barulah terkial2 nak datang peluk. 😭

Kawan kawan, agak2 kita ni selalu marah anak or isteri kita, cepat2 lah kita mintak maaf, peluk orang yang kita sayang. Tanpa doa dari dorang ni kan, mungkin itu pun akan sekat sesetengah rezeki kita.

Ali nangis sampai sedu2 kadang2 bila kena marah, sudahnya Baba pulak berair mata bila tengok anak tak sihat lepas tu. Sayang family kita, baru Allah sayang kita ❤️

Perkongsian dari Saharul itu turut dipersetujui oleh warganet. Ada yang berkongsi pengalaman sendiri.

haniesulaiman84 Alhamdulilah suami sy blik penat2 kje seharian dri mlm ke pagi tak pernah pn die tingi kn suara dgn ank..klau ada ajak bergusti pn die layan je lagi suka ank lasak sebb ank memang ada belajar taekwando so die traning kat rumah 2 branak🤭tp memang btul selama jd suami dn ayah, suami sy tak pernah campur kn hal kje dgn hal di rumah..ada apa2 die sembang dn cite dgn sy dn ank pn faham sangt pragai ayah die🤗
jessiey.edd Betul tu. Nak marah anak boleh, tapi lepas tu kita kena pujuk. Sbb apa? Kanak2 ni dia cepat ingat apa yg kita buat kat dia. Boleh jadi penderaan mental juga utk mereka kalau dibiarkan.
geroboksofia Kan.. kita ni kadang2 x sangka melukai hati anak2. Akk pun. Moga kita semua jadi ibu bapa yg peka dgn emosi anak2.
Sama-sama minta maaf
alynn_rozeli Moga diberi ketabahan dan kekuatan kita sbg ibubapa dlm mendidik anak3 syurga… Kalau kat fb boleh follow maznah ibrahim.. dia mmg share pasal parenting..menarik dan mmg boleh kita ikut dan kdg2 kita deep dgn segala nasihat nya 😢..
yati_majut Betul. Kdg2 sblm tdur,sy tnya anak,sy ada marah dia tak hari ni,bila dia ckp ada,sy tnya sebab salah siapa,dia akan mengaku juga salah dia,tp kdg2 tuduh mmy yg salah,lepas tu sama2 minta maaf.

Sumber: saharulridzwan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club